Pages

Thursday, November 10, 2011

KEBIJAKSANAAN KU LI; ANWAR MANGSA KONSPIRASI

Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Negara pada dekad 80-an. Tapi barangkali bukan selepas tahun 2000. Bukan rahsia bahawa beliau adalah antara tokoh politik yang sangat bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri (walaupun sehari, khabarnya). Gagal dalam percubaaannya untuk mendapat jawatan Presiden UMNO, keluar dan menubuhkan Semangat 46, kemudian membina kerjasama dengan PAS dan DAP dengan nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Di bawah pimpinan beliau, untuk kali pertama dalam sejarah politik Negara, BN ditentang hebat oleh parti pembangkang yang bergabung. Tidak sesuai untuk membuat persamaan, tetapi liku politiknya hampir sama dengan anwar Ibrahim. Namun bila beliau mengatakan bahawa keyakinannya tetap tinggi kepada UMNO, itu mungkin berdasarkan pengalaman lengkap, berada di dalam, di luar, kemudian di dalam UMNO semula.

Sejarahnya itu menjadikan beliau sangat kritis sebagai pemerhati politik. Tetapi sebagai ahli politik, sesekali beliau kelihatan tidak sabar melihat, walaupun kerenah kecil dalam politik UMNO dan Negara. Sebagai orang yang pernah atau mungkin masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, memang beliau sangat yakin untuk menjadi Perdana Menteri yang lebih baik. Sebenarnya perasaan seperti itu bukan bermula sekarang, tetapi mungkin sejak beliau mula bercita-cita demikian, barangkali seawal zaman Tun Hussien Onn.

Percubaan menentang Perdana Menteri dibuat di zaman Dr. Mahathir, kemudian Pak Lah, lalu apa bezanya di zaman Najib. Walaupun nampak jelas Ku Li sudah begitu jauh dari arus perdana politik UMNO dan Negara, sebagai polikus yang bijak dan berpengalaman luas, dia tahu untuk meletakkan diri di tempat yang betul pada ketika yang sesuai.

Sekarang, kedudukan anwar sebagai de facto dan PKR sebagai “glue” kepada PAS dan DAP yang sentiasa seperti minyak dan air, sudah semakin lemah, hilang taring, hilang wibawa. Anwar kelihatan seperti ‘dinasour yang tak berkaki dan cedera parah’. Kalau bukan ke penjara pun, kredibilitinya telah menjunam serendah rumput di bumi. PKR pula menjadi parti yang tak boleh langsung dijadikan model parti yang bakal memerintah Negara.

Maka, Ku Li terhidu pantas vakum yang serius itu. Ada khabar yang mengatakan DAP turut menjadi “pemandu” kepada momentum itu, sementara PAS yang semakin rimas dengan percikkan “darah dan nanah” anwar Ibrahim, dalam senyap memberi ‘blessing’ kepada hasrat Ku Li dan DAP itu. Kalau begitu, anwar yang selama ini ‘takut dengan bayang konspirasi’ akan benar-benar menjadi mangsa konspirasi DAP dan Ku Li.

Peluang berbeza, keadaan berbeza, era yang berbeza. Ku Li mungkin faham kalau kemungkinan dia harus menentang UMNO secara besar-besaran dan membuta tuli, pengalamannya mengatakan, dia akan dilihat penderhaka oleh majoriti orang Melayu yang sebahagiannya bukan ahli UMNO pun. Strategi Ku Li kali ini mungkin lebih “bersifat Melayu” seperti Brutos yang menikam Ceaser, Ku Li menyanjung UMNO tapi mempertikai seluruh kepimpinannya.

Sejauh mana kebijaksanaan political game Ku Li kali ini membuktikan beliau mempunyai finishing yang bagus, hanya masa dan kebijaksanaan Najib dan UMNO akan menentukannya.

Wednesday, November 2, 2011

SEKSUALITI MERDEKA; JIJIK, LUAR TABIE, MUSIBAH - DATO' AIDIT GHAZALI

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama menentang keras penganjuran Seksualiti Merdeka yang mahu memperjuangkan hak golongan homoseksual berlandaskan hak asasi manusia. Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Aidit Ghazali berkata, semua pihak perlu membantah sekeras-kerasnya penganjuran program tersebut kerana ia suatu yang jijik, luar tabie dan tidak selari dengan nilai-nilai suci agama.

“Program ini bukan setakat barah kepada negara malah boleh dianggap satu musibah kerana perjuangan mereka yang mahu menghalalkan hubungan golongan-golongan tersebut sememangnya bertentangan dengan agama dan nilai moral. Mereka yang anjur program ini adalah golongan yang menipu diri sendiri kerana ia langsung tidak mencerminkan moral masyarakat di negara ini.”

“Jadi, saya menyeru semua persatuan agama termasuk agama-agama lain, pihak media dan orang ramai agar membantah penganjuran tersebut,” Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan dengan program itu yang dianjurkan oleh Majlis Peguam, Amnesty International Malaysia dan Justice For Sister. Program berkenaan akan mengadakan beberapa aktiviti seperti bengkel, forum, pameran dan persembahan seperti Drag Queens.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, program tersebut adalah satu provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan terhadap masyarakat negara ini kerana majoritinya tidak pernah bersetuju dengan pendirian golongan tersebut.

“Malah saya difahamkan di Amerika Syarikat (AS) hanya enam daripada 50 buah negeri yang mengiktiraf golongan ini. Ia jelas menunjukkan majoriti masyarakat dunia tidak menghalalkan perkara yang menentang undang-undang itu,” Tambah beliau, semua pihak tanpa mengira agama perlu menentang dan mengecam penganjuran aktiviti tersebut yang boleh menjejaskan pembangunan modal insan golongan muda khususnya. “Penganjur perlu menarik balik program tersebut dan sekiranya mereka berkeras, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang yang ada.

Timbalan Pengerusi Hindu Sanggam Wilayah Persekutuan, P. Chandiran menegaskan kerajaan harus memainkan peranan penting dalam mengekang program seumpama itu. “Jelas dan nyata program itu bertentangan dengan budaya dan kehidupan masyarakat kita. Jadi kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan berkaitan agar penularan gejala itu dapat dibendung. “Tidak mustahil sekiranya gejala ini tidak ditangani segera ia akan menjadi barah di kalangan masyarakat kita di masa hadapan,” ujarnya. petikan U. Malaysia.

Saturday, August 6, 2011

UNISEL MANGSA PERCATURAN POLITIK

Desas-desus mengenai kedudukan Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang kedengaran sejak hujung minggu lalu akhirnya benar-benar terjadi apabila beliau nekad meletak jawatan dengan notis 24 jam! Seperti tindakan Kamikaze, keputusan seperti itu jarang berlaku. Tindakan itu benar-benar memaparkan sikap seorang ketua yang bertanggungjawab ke atas pegawai bawahannya. Beliau tidak sanggup melucutkan jawatan tiga pegawai kanannya tanpa mengikut prosedur.

Namun, oleh kerana arahan melucutkan jawatan pegawai tersebut datangnya daripada kuasa seorang Menteri Besar, maka jalan terbaik adalah beliau melepaskan jawatan Naib Canselor Unisel secara sukarela. Ternyata kemelut yang melanda Unisel yang berjaya dihidu sejak kerajaan negeri mengambil langkah menjenamakan semula universiti daripada nama asal Universiti Industri Selangor. Peletakan jawatan Rosti menyaksikan kemelut itu ibarat 'bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru' lagi.

Apa yang tidak kena dengan Rosti sebenarnya? Sedangkan pelantikannya dibuat sendiri Abdul Khalid Ibrahim. Rosti yang berasal dari Klang itu dipelawa pulang ke Selangor untuk melakukan tugas 'khidmat negara' dan beliau bersetuju menyahut seruan murni itu. Khalid melihat pengalaman Rosti yang pernah menjadi Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai aset penting memajukan lagi Unisel.

Namun, apa yang menghairankan mengapa beliau tidak bersikap mempertahankan Rosti sebagaimana beliau begitu hebat mempertahankan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki membabitkan masalah pengurusan kewangan yayasan itu. Ihlam adalah orang pilihan Menteri Besar. Beliau dipanggil pulang ke tanah air untuk menerajui Yayasan Selangor meskipun panel pemilihan mencadangkan orang lain.

Berbeza dengan Rosti, Menteri Besar sedia maklum bahawa tekanan yang dihadapi bekas Naib Canselor Unisel itu adalah akibat politik dalaman yang ada unsur politik kepartian apabila terdapat usaha terancang peringkat tertinggi untuk menyingkirkan beliau sejak Januari lagi.

Faktor sentimen politik dan kem peringkat atasan kelihatan lebih dominan untuk membuatkan Rosti meletakkan jawatan meskipun dalam keadaan beliau dikatakan mendapat kepercayaan warga kampus termasuk 5 daripada 7 dekan di Unisel. Abdul Khalid juga sedia maklum tentang kemelut itu lebih awal dan mungkin telah menyaksikan betapa serabutnya perbalahan di kalangan manusia akademik di Unisel itu.

Beliau telah menubuhkan pasukan petugas khas dianggotai tiga ahli lembaga pengarah Unisel sendiri. Namun ia gagal diselesaikan, sebaliknya membiarkan kemelut itu berlarutan sekali gus memberikan tekanan kepada Rosti yang akhirnya terpaksa meletak jawatan. Difahamkan berlaku perebutan politik di Unisel apabila Pas dikatakan cuba memasukkan elemen pengaruhnya dalam pentadbiran universiti itu. Apatah lagi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dipegang oleh Dr. Halimah Ali dari Pas.

Menteri Besar dikatakan asyik ditekan agar mengambil tindakan ke atas Rosti. Pelbagai alasan dikeluarkan termasuk menimbulkan pelbagai kelemahan beliau. Namun apa yang ketara ialah soal politik dijadikan alasan utama mengapa Naib Canselor perlu diganti. Sepatutnya masalah harus diselesaikan di peringkat dalaman seperti Lembaga Pengurusan Unisel dan bukannya bertindak sehingga peringkat membawa dakwaan-dakwaan tertentu membabitkan kontrak-kontrak telekomunikasi hingga ke peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gerakan terancang pengurusan atasan Unisel antaranya menimbulkan persoalan mendakwa Rosti lebih mengutamakan Putrajaya berbanding Selangor. Beliau dituduh tidak menghayati dan tidak menyokong perjuangan pakatan pembangkang antaranya dikatakan tidak tunjuk muka semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Sedangkan apa kaitan seorang Naib Canselor turun pada pilihan raya kecil itu. Selama ini parti pembangkang sering mengkritik Barisan Nasional jika terdapat jentera kerajaan digunakan semasa kempen.

Kem parti pembangkang dalam Unisel juga tidak puas hati apabila Rosti tidak hadir ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Unisel. Beliau juga dikritik apabila dikatakan tidak selesa dengan kehadiran Penasihat Ekonomi Selangor itu dalam wacana 'Pendita Za'aba' di universiti itu. Ketika program itulah Anwar tanpa segan silu menyatakan Unisel adalah satu-satunya universiti yang membenarkan beliau masuk. Sesi wacana tersebut telah diambil kesempatan oleh Anwar untuk menggunakan pemikiran kritikal Za'aba bagi menghentam kerajaan.

Rosti juga dikritik kerana dikatakan tidak membenarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk berceramah di Unisel atas jemputan persatuan pelajar universiti tersebut. Dan yang terbaru apabila Rosti tidak memberikan kerjasama program politik melibatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Difahamkan masalah pengaruh parti politik itu telah dibawa kepada pengetahuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan baginda dikatakan murka dengan keadaan tersebut. Menteri Besar sepatutnya mengingati kembali titah Sultan Selangor semasa majlis penyampaian watikah pelantikan Tan Sri Raja Arshad Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru pada Mac lalu yang mengingatkan agar Unisel tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan politik kepartian.

Ini kerana ia akan menjejaskan kepercayaan pelbagai pihak terhadap universiti tersebut. Selain itu Abdul Khalid perlu ingat tindakan Dr. Halimah mengumumkan pelantikan Raja Arshad lebih awal mendahului Sultan Selangor telah mencalarkan imej pentadbiran kerajaan negeri. Pengurusan tertinggi Unisel wajar dibersihkan daripada campur tangan individu-individu yang cuba menanam pengaruh politik masing-masing.

Antara usaha terpenting sekarang adalah menyelesaikan masalah penurunan kemasukan pelajar baru seperti Fakulti Perniagaan yang dikatakan mengalami penurunan mendadak dari 5,000 kepada 2,600 pelajar sedangkan fakulti lain menunjukkan pertambahan. Pada masa sama, kepimpinan tertinggi Unisel perlu menjalankan fungsinya dengan baik untuk kemajuan pendidikan dan pelajaran anak bangsa.
Petikan U.Malaysia Oleh HELMI MOHD. FOAD

Friday, July 15, 2011

TAKTIK BERSIH DIMPORT DARI LUAR.

Taktik BERSIH Diimport Dari Luar Negara

Srdja Popovic adalah seorang pelatih revolusi (non violent warfare) yang berlaku di Tunisia, Iran dan Mesir. Sdrja Popovis telah berperanan menunjuk ajar bagaimana untuk berusaha menarik keluar pihak polis atau tentera dan menyatakan "there is a place for them in the news". Maksudnya mengumpan pihak polis untuk keluar dari "stand in & defense position" untuk bertindak terhadap pendemonstrasi. Bila polis bertindak, maka kamera dan video akan mengambil apa sahaja aksi polis terhadap mereka yang berdemonstrasi. Video ini akan upload dalam Youtube dan gambar tersebut akan dipusingkan dalam blog untuk menarik simpati rakyat.

CONTOH: Video Neda dirakamkan ketika jatuh dalam revolusi Iran.
Taktik Sdrja Popovic ini telah digunakan dalam demonstrasi di Bulldozer Revolution di Serbia. Taktik non violent warfare yang sama digunakan di Iran, watak seorang wanita bernama Neda yang kononnya ditembak oleh militia yang pro pada Ahmedinejad telah disebarkan untuk cetuskan Green Revolution. Di Tunisia, Bouazizi telah dijadikan simbol kebangkitan dan di Mesir, kematian Khaled Said telah dijadikan satu cetusan revolusi untuk jatuhkan Hosni Mubarak.

Watak Suhardi pula telah digunakan untuk berlakon di jalan Puduraya.
Suhardi berlakon seolah- olah hendak mati ketika demonstrasi BERSIH.

Di Malaysia, BERSIH (pimpinan anwar & ambiga) cuba adaptasi taktik yang diajarkan oleh Sdrja Popovic ini. Lihatlah bagaimana Tian Chua mengumpan polis untuk bertindak kepadanya di KLCC, bagaimana Anwar Ibrahim berlakon memakai sarung tengkuk, bagaimana Suhardi boleh berlakon jadi watak arwah Baharuddin yang meninggal dunia. Taktik ini diimport dari Sdrja Popovic yang mendapat pembiayaan daripada Open Society Insititute yang dimiliki Soros. Usah biarkan negara ini terperangkap dengan taktik ciptaan luar ini. Suhardi, Tian Chua dan mereka yang mengamalkan taktik luar ini perlu dikenakan tindakan. petikan dari blog angin perubahan.
anginperubahan.blogspot.com

Tuesday, June 28, 2011

BERSIH: MANIPULASI TREND & EKSPLOITASI RAKYAT

Pengaruh dalam konteks politik, sangat kuat hubungannya dengan PERSEPSI. Salah satu faktor kejayaan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 lepas ialah keberkesanan propaganda mereka mewujudkan persepsi buruk rakyat kepada pihak pemerintah.
Sebaliknya kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kemenangan 2/3 pula ialah kebergantungan berlebihan kepada medium propaganda tradisi (media arus perdana) yg sudah tidak berkesan.

Akibatnya, tidak pernah berlaku sejak pilihanraya diadakan di Negara ini, darjah persepsi buruk rakyat kepada BN berada pada tahap yang paling tinggi.
Penggunaan pelbagai strategi propaganda yang efektif, seperti “mencipta lebel”, serangan pribadi secara bertalu @ berulang-ulang, membina stereotaip negative, membina testimoni melalui bekas pemimpin BN atau kakitangan kerajaan yang memburukkan BN dan sebagainya; tiba-tiba menjadi sangat berjaya dengan bantuan media baru.

BN pula ‘terleka’ dengan kurang memberi tumpuan kepada medium itu. Sehingga kini, PRU 12 telah 3 tahun berlalu, BN kelihatan masih tertinggal dari penguasaan media baru.
Sementara PR pula terus meningkatkan cengkaman, serta terus ‘menuai’ hasil dari persepsi buruk yg berjaya dibina di kalangan sebahagian rakyat.

BERSIH. Isunya cuma sekadar cadangan kepada SPR, tentang beberapa perkara yang boleh diperbaiki dalam sistem pilihanraya, yang sebenarnya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya, tetapi sejauh mana perlunya suatu demonstrasi besar-besaran melibatkan ratusan ribu pengikut perlu dibuat ?
Ternyata, ia hanya menunjukkan kebijaksanaan PR memanipulasi trend persepsi negatif yang telah mereka bina, serta bertindak mengeksploitasi ‘fikiran dan tenaga’ pengikutnya untuk matlamat menggegarkan kerajaan BN.

Maka sebenarnya, bagi mereka isu tidak penting. Kalau bukan soal SPR, mereka boleh memilih apa sahaja isu lain, tetapi yang penting, mereka mahu menggerakkan tenaga massa, sebesar yang mungkin bagi menunjukkan bahawa BN kerajaan yang sangat teruk dan gagal.
Ini dilakukan pada ketika persepsi dan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN kelihatan sedang berada pada tahap agak rendah berbanding sebelumnya, sementara keyakinan kepada pembangkang berada pada tahap tertinggi dalam sejarah Negara.

Mungkin kerajaan BN tidak mudah ditumbangkan dengan demonstrasi seperti pengalaman di Mesir, tetapi jika mereka berjaya mengumpul jumlah yang besar turun ke jalanraya, mereka yakin itu akan memberi impak psikologi yang besar kepada moral rakyat untuk menyokong pembangkang dengan lebih yakin pada PRU akan mendatang.

Jika benarlah begitu, maka PR sebenarnya adalah sekumpulan parti politik yang sangat pintar dan tangkas memanipulasi situasi dan mengeksploitasi penyokong, demi mencapai matlamat politik mereka sendiri, iaitu menang pilihanraya.

Thursday, June 23, 2011

ORANG MELAYU JADI TARUHAN

PERHIMPUNAN haram yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) dipengerusikan oleh S.Ambiga, seorang peguam wanita yang pernah mengguris perasaan umat Islam apabila terlibat dalam Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commission (IFC).

Apa yang pernah dituntut oleh IFC yang disokong Ambiga? Antara tuntutan paling ketara ialah ''Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.'' - Terdapat 13 lagi tuntutan lain yang dilihat menggugat agama Islam. Tetapi Ambiga kini seolah-olah diangkat sebagai heroin oleh orang Islam yang berada dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Alasan yang diberikan ialah apa yang diperjuangkan oleh Ambiga sekarang ada persamaan dengan perjuangan kedua-dua parti tersebut. Justeru orang Melayu dalam kedua-dua parti ini sudah menyatakan komitmen mereka untuk menjadi benteng utama perhimpunan haram Bersih.

Masing-masing menyatakan kesediaan untuk menggerakkan ribuan Melayu daripada parti masing-masing bagi menyertai perhimpunan haram tersebut. Menurut maklumat diterima penulis, ketika ini orang Melayu dalam Pas dan PKR sedang menyusun strategi bagaimana hendak berhadapan dengan pihak polis pada hari berkenaan. Mereka juga dikatakan sudah bersedia untuk 'berkampung' di Dataran Merdeka, Masjid Kampung Baru, Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin-pemimpin utama mereka yang juga terdiri daripada orang Melayu akan turun ke Perak dalam tempoh terdekat bagi melancarkan perhimpunan haram tersebut. Dari satu pihak lain, dua kelompok orang Melayu iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Pribumi) dan Pergerakan Pemuda UMNO sudah melaungkan amaran bahawa mereka juga akan turun ke jalanan pada 9 Julai ini.

Akhirnya apabila ia menjadi kenyataan, kita akan melihat pertembungan sesama Melayu di tengah Kuala Lumpur. Ini belum lagi termasuk orang Melayu yang berhimpun di negeri-negeri bagi tujuan sama, manakala yang akan turut mengalami kerugian ialah peniaga-peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi di Jalan Tunku Abdul Rahman yang sudah tentu terpaksa menutup perniagaan mereka pada hari berkenaan.

Sebab itulah Ambiga menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berunding dengan beliau. Ambiga tahu beliau tidak akan rugi apa- apa. Bukanlah beliau atau kaum beliau yang akan terjerit-jerit di jalan raya, memegang poster memaki hamun kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak polis. Begitu juga kaum lain, mereka juga sudah menyatakan tidak akan menurunkan penyokong mereka kerana amat memahami apa yang bakal dilakukan oleh pihak berkuasa memandangkan ia perhimpunan haram.

Kesudahannya yang akan bertembung dan kemudiannya bergaduh ialah orang Melayu, kaum lain hanya akan melihat daripada tingkap-tingkap bangunan dan kaca-kaca televisyen bagaimana orang Melayu yang sudah terkongkong dengan pemikiran politik sempit mereka sedang berkejaran sesama sendiri di jalanan. Yang paling malang, sekumpulan anggota keselamatan yang pastinya juga orang Melayu terpaksa berkorban demi menjaga keamanan akan berdepan dengan orang Melayu yang berhimpun secara haram tersebut.

Dalam soal ini, kita tidak boleh menuding jari menyalahkan orang Melayu dalam Perkasa mahupun Pemuda UMNO. Keduanya turun ke jalanan selepas peringatan mereka kepada orang Melayu yang berada dalam Pas dan PKR supaya tidak menjadi kuda tunggangan kepada individu seperti Ambiga, tidak pedulikan.

Malahan orang Melayu dalam kedua parti itu juga turun ke jalanan akibat mata dan hati mereka sudah ditutup dan dikaburi dengan ketaksuban sehingga mereka terlupa orang yang mencetuskan perhimpunan haram itu tiada pun kaitan dengan politik. Ambiga bukan ahli politik, beliau tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya tetapi kenapa Ambiga sibuk dengan agenda perhimpunan haram berkenaan.

Tidakkah orang Melayu yang turun ke jalanan menyahut seruan Bersih itu faham mereka hakikatnya diperkotak-katikkan melalui mainan pihak lain yang bertujuan menambah parah perpecahan Melayu? 'Permainan' ini diatur begitu rapi dan terancang supaya orang Melayu yang menjadi 'benteng utama' Bersih menjadi 'pak turut' kepada pihak lain atas alasan menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya.

Lebih malang lagi, gerakan ini disokong pemimpin utama Melayu dalam PKR yang amat gembira dengan apa yang bakal terjadi pada 9 Julai ini. Ternyata perhimpunan haram itu, tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada orang Melayu. Sebaliknya Melayu akan mengalami kerugian dari segala segi biarpun sehari sebelumnya mereka juga sama-sama bersolat Jumaat dan sujud kepada Allah yang satu.

Namun semuanya dilupakan kerana api kebencian dan perpecahan yang ditiup kononnya untuk mewujudkan pilihan raya bersih dan adil telah melumuri jiwa dan minda mereka. Kita tidak pasti sampai bila Melayu akan terus menjadi alat kepada pihak lain meraih keuntungan.
Mungkin orang Melayu yang nekad untuk turun ke jalanan ini sudah tidak boleh dinasihatkan lagi kerana mereka tidak mahu mendengar tetapi ingatlah pesanan pantun lama ini:

Kata tua kata bermanfaat,

Banyak manfaat dapat dirasa,

Hina bangsa tiada muafakat,

Tidak muafakat umat binasa!!!

Oleh itu janganlah sampai akibat menjadi mainan halus kelompok lain, orang Melayu suatu masa nanti menjadi pelarian di tanah air sendiri. Semua itu tidak mustahil akan berlaku jika orang-orang Melayu dalam PKR dan Pas masih tidak sedar akan agenda tersembunyi pihak yang tidak sekiblat dengan mereka. Fikirkanlah! Petikan dari : ZULKIFLEE BAKAR. U. Malaysia

Wednesday, June 15, 2011

TSUNAMI PERSEPSI: UMNO KURANG EFISYEN

UMNO dan BN digesa menguruskan persepsi masyarakat dengan bijak bagi membolehkan rakyat memahami jasa parti itu yang telah dilaksanakan sejak kemerdekaan lagi. Perdana Menteri berkata, persepsi serta sentimen rakyat perlu dipupuk supaya mereka dapat melihat UMNO dan BN sebagai parti yang paling baik, bercakap benar serta mampu membela nasib rakyat.
Perkara itu perlu dilakukan segera memandangkan pembangkang kini semakin galak membentuk persepsi palsu dalam masyarakat dengan melakukan pelbagai pembohongan. “Yang dah benar pun boleh bersilat lagi, nak minta profil asid deoksiribonukleik (DNA) tak beri, kata pula hakim macam-macam, soal jam tangan Omega tak terjawab sampai sekarang, masih lagi bersilat kata kita jahat, kita fitnah, kita bohong.
“Moral mereka memang dipersoalkan, bukan kerajaan yang persoal tetapi orang dia juga, bukan kita yang bawa dia ke mahkamah, tetapi pembantu peribadinya,” ketika merasmikan Persidangan UMNO di Ampang.

Najib juga memberitahu, para pemimpin parti dari setiap peringkat perlu berusaha lebih keras mendampingi rakyat dan bukannya berbalah bagi merebut kuasa serta menjadi calon pada pilihan raya akan datang.
Katanya, ini bagi memastikan rakyat tetap menyokong bagi meneruskan usaha membangunkan negara serta memelihara nasib rakyat. “Kalau jadi pemimpin kawasan, kita tengok prestasi sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti atau dia disukai rakyat dan adakah cukup nilai moral sebagai pemimpin yang boleh kita pilih sebagai calon pada masa akan datang,”

ULASAN:
1. PERSEPSI - Oleh kerana UMNO/BN memerintah negara sejak merdeka, dan kerja mereka hanya merancang dan melaksanakan pelbagai usaha membangun negara dan rakyat, mereka terlupa di satu pihak yg lain (PEMBANGKANG), tidak mempunyai tugas lain sejak merdeka hanya berusaha merosakkan imej pemerintah supaya rakyat hilang keyakinan.
PRU 12 YG LEPAS ADALAH SEMBOYAN KECEMASAN UTK BN YG MENUNJUKKAN BAHAWA KERJA PEMBANGKANG MEROSAKKAN PERSEPSI RAKYAT YG DIORKESTRAKAN OLEH SEORANG MANIPULATOR, BERJAYA MENCAPAI KLIMAKSNYA. 
ADAKAH UMNO BINGKAS & TANGKAS MELAKUKAN APA YG SEPATUTNYA BAGI MENGHADAPI TSUNAMI PERSEPSI ITU ?  
AKIBAT MENJADI PEMBANGKANG TERLALU LAMA, DITAMBAH OLEH BEBERAPA KERAT BEKAS PEMIMPIN KERAJAAN SENDIRI YG TELAH BERSAMA MEREKA, KEUPAYAAN MEREKA UTK MANIPULASI, SPIN DAN EKSPLOIT BENDA PUTIH MENJADI HITAM BEGITU BAGUS. RAKYAT FIKIR MEREKA INI LEBIH BAIK SEDANGKAN YG PERNAH BERADA DLM KERAJAAN ITU REKODNYA PUN TAK PERNAH BAIK.

2. MENINGKATKAN MORAL & KHIDMAT - Untuk menjadikan upaya menang BN lebih besar, sudahkah setiap ahli dan pemimpin di setiap peringkat berbuat sebaik mungkin ke arah itu. Semboyan kecemasan sudah berbunyi sejak tahun 2008. Hari ini, selepas 3 tahun, PM masih terus memberi penekanan kpd isu itu. 
SUDAHKAN PERSEPSI PENGUNDI DIKEMBALIKAN SEMULA BAHAWA CALON DAN PARTI ITU PATUT DIBERI KEYAKINAN BESAR SEMULA ? SUDAHKAH PERANGAI BURUK RAMAI PEMIMPIN DI BAHAGIAN YG BERCAKARAN SESAMA SENDIRI, DIAKHIRI ? 

Thursday, June 2, 2011

DAP REKRUT ORANG MELAYU

AKHBAR Sin Chew Daily terbitan 26 Mei 2011 menyiarkan artikel mengenai langkah DAP merekrut lebih ramai orang Melayu dan cadangannya untuk meletakkan mereka sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Artikel ditulis, Liew Soon Yong bertajuk ‘DAP akhirnya hadapi kenyataan’ disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 36.
Menurut beliau, langkah itu seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memang benar-benar berlaku dan ia bertujuan membolehkan calon Melayu DAP menjadi Menteri Besar. Ketika PRU Ke-12, DAP menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Parti itu menyesal kerana tiada seorang pun orang Melayu menjadi calonnya di negeri berkenaan sehingga ia terpaksa akur dengan Perlembagaan negeri dan menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Pas yang hanya menang enam kerusi.

Perkara sama berlaku di Selangor, apabila DAP yang menang 13 kerusi DUN, kurang dua kerusi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar, kerana terdapat sekatan di dalam Perlembagaan negeri.
Langkah berkenaan juga adalah bagi membolehkan calon DAP dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri memandangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini secara terbuka menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik ke jawatan itu dengan alasan beliau bukan orang Islam dan berketurunan Melayu.

Selain menerima kenyataan bahawa DAP perlu mendapatkan kerjasama orang Melayu untuk berkuasa, langkah itu turut membuktikan parti berkenaan tidak mahu terus dibelenggu oleh PKR dan Pas, sebaliknya berhasrat menjadi sebuah parti yang benar-benar mantap dan berkuasa penuh.
Dalam pada itu, DAP tidak mahu terus dibayangi dengan kemenangan 12 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina.

Kemenangan di kawasan yang pengundinya mempunyai warna kulit sama dengan kebanyakan pemimpin DAP adalah tidak selaras dengan apa yang dilaungkan oleh DAP iaitu parti itu adalah untuk semua kaum.
Bagaimanapun, langkah DAP untuk merekrut lebih ramai orang Melayu nampaknya tidak menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Perkara itu, diakui sendiri Naib Presidennya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Sebenarnya, bukan mudah untuk DAP berbuat demikian kerana ia terpaksa berebut-rebut dengan PKR dan Pas yang turut berkempen untuk menambah keahlian.
Satu masalah lain adalah bagaimana DAP hendak memastikan calon-calon Melayu yang diletaknya pada PRU Ke-13 akan menang.

Jika ini tidak berjaya dibuat, nasib DAP akan sama seperti parti-parti Cina lain dalam Barisan Nasional (BN) yang hanya bertakhta tetapi tidak berkuasa.

Thursday, May 12, 2011

PERJUANGAN UMNO SANGAT BERMAKNA, TERUS RELEVAN – Syed Naquib

Profesor Datuk Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang sempena Hari UMNO ke-65 melihat UMNO sebagai sebuah parti yang sangat bermakna dan perlu terus diperturunkan kepada generasi akan datang untuk kesinambungan masa hadapan. Katanya, perjuangan UMNO hari ini jika dibandingkan dengan dahulu terlalu banyak perubahan-perubahan yang berlaku bukan sahaja kepada orang Melayu dan Islam tetapi ia juga turut memberi pengaruh kepada perkembangan semasa dari dalam dan luar.

“Dalam perjuangan UMNO ini, alhamdulillah saya lihat sudah mulai ada keinsafan bahawa soal adab itu penting kerana adab itu ilmu yang bukan dipelajari di Universiti tetapi harus diturun temurunkan untuk mereka terus faham maksud perjuangannya.”
Syed Naquib yang dilahirkan pada 5 September 1931 di Bogor, Jawa Barat adalah tokoh yang merialisasikan berkibarnya bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ apabila Presiden UMNO pertama, Datuk Onn meminta ilham daripada beliau untuk menciptanya. “Pada tahun 1945-46, Datuk Onn mengatakan kepada saya cuba reka berkenaan bendera, walaupun umur saya ketika itu baru dalam 14 tahun.”

Jelasnya, berdasarkan pengalaman beliau dalam revolusi yang berlaku di Indonesia dan juga tema yang perlu ada dalam bendera tersebut maka beliau mencipta ‘Sang Saka Bangsa’ sebagaimana yang ada hari ini.
“Soal merah putih dalam bendera UMNO ini tentu sekali terpengaruh kepada pengalaman Revolusi Indonesia. Kemudian Datuk Onn mengatakan dalam bendera ini harus ada fahaman kesetiaan, keberanian, mengenai kewibaan Sultan dan Islam serta kekuatan orang Melayu. Ini yang dimahukannya.

“Setelah saya fikir-fikir maka pada merah putih itu di tengah-tengah saya letakkan satu warna kuning untuk menandakan kewibawaan para Raja, mengenai keris saya berikan warna hijau sebagai agama Islam dan keris adalah simbol yang paling digunakan oleh orang Melayu sebagai kekuatan. Jadi, idea-idea itu semua yang digabungkan dalam satu bendera.”
Beliau yang mendapat pendidikan dalam bidang keagamaan, kebudayaan, sastera, bahasa dan banyak menyumbang kepada penghasilan karya-karya besar telah menyuntik semangat nasionalisme dan falsafah dalam tradisi masyarakat Melayu.

“Berkenaan dengan relevannya perjuangan UMNO maka ia tetap relevan bukan hanya sekarang tetapi di masa-masa lain pun, apa lagi sekiranya sudah banyak perubahan untuk membuat pembetulan dalam kesilapan-kesilapan lampau. Ini bermakna ia akan terus relevan apatah lagi sekarang banyak fahaman intelektual yang didatangkan kepada pemuda kita.

“Menuntut ilmu itu penting walaupun kita harus tuntut ilmu kemajuan seperti sains dan teknologi tetapi ia harus dilandaskan atas dasar tradisional kita sendiri terutamanya soal-soal adab, soal akhlak. Bukan saja semata-mata satu dua perkara, yang disebut integriti tapi tidak ada diberi makna apa yang harus dilakukan bagi mendatangkan integriti itu.”

Jelasnya lagi, semua perkara harus diberi pemahaman berkaitan agama dengan betul apatah lagi perjuangan UMNO hari ini bukan seperti dahulu untuk kemerdekaan atau keluar dari kemiskinan tetapi jauh lebih luas lagi hingga ke dunia luar.

“Saya fikir tugas seperti ini akan menjadikan UMNO terus relevan, iaitu kita harus dengar dan perhatikan kata-hikmat daripada orang yang mempunyai ilmu tentang hal-hal macam ini dan lebih dari itu kita perlu praktikannya. Kalau kita tidak mahu dengar ini semua maka akan timbul banyak masalah.” Tegasnya, UMNO harus sedar dan menggunakan ilmu dengan mendengar dan belajar daripada orang yang benar-benar tulen ilmunya dan bukan yang hendakkan pangkat atau yang mahukan cita-cita sahaja.

“Pemimpin mesti belajar dengan orang yang ikhlas dengan dirinya sendiri yang ilmunya itu ditujukan untuk bangsanya, kebaikan bangsanya dan dengan ikhlas juga melakukannya. Saya fikir ini yang kita hadapi selain cabaran-cabaran daripada intelek barat dalam melihat ketamadunan kita,” ujarnya.

Beliau yang merupakan ahli falsafah dan ketamadunan Islam telah menulis lebih 20 buku dan monograf, baik dalam bahasa Inggeris, Melayu dan banyak selain diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti bahasa Arab, Persia, Turki, Urdu, Malayalam, Indonesia, Perancis, Jerman, Rusia, Jepun, India, Korea, dan Albania. Ketokohan beliau meliputi pelbagai bidang termasuk bertanggungjawab merancang dan merekabentuk bangunan kampus Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan Antarabangsa (ISTAC).

Syed Naquib adalah penerima ketujuh sejak anugerah Tokoh Melayu terbilang diwujudkan pada tahun 2005 dengan dimulakan kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir (2006), Datuk Ibrahim Hussein (2007), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (2008), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (2009) dan Tan Sri Zainuddin Maidin (2010). – Dipetik dari MediaUMNO 11 May 2011

Wednesday, May 11, 2011

KRISTIAN AGAMA RASMI? REAKSI MESTI BIJAK, TANGANI DGN BIJAKSANA

PM MINTA RAKYAT BERTENANG
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.
Katanya, dakwaan tersebut tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun, justeru mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu tersebut.
‘‘Saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa bukti, ia boleh menjadi api dalam sekam. Kalau tidak bendung, boleh jadi polarisasi yang amat serius’’
Perdana Menteri ditanya laporan mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan. Laporan tersebut memetik laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com. menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.
Perdana Menteri mengingatkan agama adalah perkara sensitif dan semua pihak mesti menjaga keadaan supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan. Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi, di samping itu, agama lain bebas dianuti.
Tegasnya, prinsip tersebut sangat penting dan dijadikan antara sendi utama pembentukan Malaysia, tidak boleh dipersoalkan. ‘‘Kalau ada sesiapa yang cuba gugat ketenteraman, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku. Yang penting adalah keharmonian Malaysia.’’

APA REAKSI KITA ?
Orang Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Mengapa ? Salah satu puncanya ialah, terlalu mudah melatah dengan provokasi. Sedangkan Islam adalah agama yang sangat mementingkan keilmuan dan kebijaksanaan, sangat mementingkan kredibiliti dan nilai kasih sayang.
Lalu soalnya, adakah kenyataan tersebut (1)benar dikeluarkan oleh sekumpulan yang (2)sedar bahawa Islam sebagai agama rasmi itu sudah termaktub dlm perlembagaan ?

Jika ia berita tidak benar, dan cuma manipulasi media, apakah implikasinya, dan apakah sikap atau reaksi yang seharusnya.
Jika benar ia telah secara sedar dilafazkan, apakah kelompok itu terlalu ‘tolol’ untuk tidak mengetahui status yang ada dalam perlembagaan? Justeru, kalau begitu, apakah hasrat mereka yang sebenarnya?
Syarat wajib dalam hukum persaingan ialah kita perlulah lebih bijak dari pesaing kita. Justeru apakah sebarang sikap dan reaksi yang telah dan akan diluahkan, menggambarkan ‘kebijaksanaan luarbiasa’ atau sekadar stereotaip dan klise kelemahan atau sikap negatif yang telah diwarisi sejak sekian lama ?
Tepuk dada Tanya hati....

Wednesday, April 27, 2011

SEBUAH LAGI PNB ?

Kerajaan tidak bercadang menubuhkan sebuah lagi entiti seumpama Permodalan Nasional Bhd. (PNB), sebaliknya mahu terus memberikan tumpuan kepada dasar-dasar mengukuhkan firma itu pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berpuas hati dengan prestasi PNB yang kini muncul sebagai firma pelaburan terbaik di dunia.

''Setakat ini, memang kerajaan tiada perancangan seperti itu (penubuhan PNB kedua) kerana apa yang kita ada sekarang sudah cukup baik," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-12 yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebuah negara pun di dunia berjaya mengguna pakai model PNB sebagai satu instrumen untuk menyusun semula masyarakat dan melakukan transformasi minda secara besar-besaran. ''Saya difahamkan setiap tahun banyak delegasi dari negara membangun berkunjung untuk mempelajari model PNB.

''Kalau ada yang berjaya pun mungkin di Fiji iaitu Fijian Holdings Ltd., yang pegawai-pegawai mereka telah datang ke PNB untuk tujuan latihan dan menubuhkan struktur mirip PNB. Begitupun, saiz dana yang diuruskan tidaklah sebesar PNB," Katanya, bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan model PNB dan memastikan ia berjaya mencapai objektif.

Ini kerana, tambah beliau, di peringkat makro, kejayaan sesuatu skim penyusunan semula, pengagihan pendapatan dan kekayaan masyarakat memerlukan komitmen, dokongan serta kemahuan politik yang tinggi di pihak kerajaan untuk melaksanakannya. Pertumbuhan ekonomi yang mapan dan berterusan tinggi tidak kurang pentingnya supaya kekayaan negara dapat diagih-agihkan kepada kaum yang ketinggalan dan pada masa sama tidak meminggirkan peluang kaum lain.

Katanya, di sebalik aspek-aspek itu, rakyat jangan lupa kestabilan dan perpaduan masyarakat juga merupakan kunci utama. ''Faktor-faktor ini telah menjadikan model penubuhan PNB yang diilhamkan lebih 30 tahun lalu menjadi realiti kerana kerajaan, Yayasan Pelaburan Bumiputera, PNB dan masyarakat bersatu sehingga terbentuk satu institusi terserlah dan berintegriti." Petikan U.Malaysia 

ULASAN: Cadangan seumpama ini pernah saya kemukakan beberapa bulan lepas, melalui komunikasi di FB bersama dato' Zuraidah Atan. Berdasarkan kejayaan besar PNB dalam mengembleng 'tenaga ekonomi Melayu', saya yakin penubuhan organisasi yg seumpamanya, walaupun sudah tentu ada perbezaannya, adalah jalan pantas dan efektif membangunkan Melayu dan meningkatkan ekuiti Melayu.
Konsep korperasi misalnya, adalah satu lagi pilihan yang seumpamanya yang perlu diberi 'motivasi baru' dalam konteks menjana 'tenaga ekonomi Melayu'.
Saya kira, "JALAN PENYELESAIAN" spt itu perlu difikirkan dgn serius oleh pihak kerajaan.

Friday, April 22, 2011

GERAKAN "1MELAYU 1BUMI" TIDAK BAIK UTK NEGARA

Gerakan ‘1Melayu, 1Bumi' tidak baik untuk negara - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.
"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini hari ini.

Semalam Perkasa mengumumkan gerakan “1Melayu, 1Bumi” akan menjadi sebahagian daripada ”Perhimpunan Melayu” yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.
Dr. Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku. - Bernama

ULASAN: BILA ORANG YG KETIADAAN KEBIJAKSANAAN GHAIRAH NAK BERJUANG. DAN APABILA ORANG YANG BIJAKSANA SEMAKIN HILANG DARI BARISAN HADAPAN....PERLU SENTIASA ADA YG BERUPAYA MENEGUR. 

RAMAI RAKYAT TAK PEDULI DASAR NEGARA

Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak peduli ataupun memahami dasar-dasar negara yang diguna pakai sekarang. Kekecewaan itu disuarakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah yang berharap kesemua dasar negara perlu 'dimasyarakatkan' kepada rakyat Malaysia.
"Macam-macam dasar dirangka dengan menggunakan tenaga dan sumber yang begitu besar, namun pada amalannya agak mengecewakan apabila masih ramai tidak mengetahui atau memahami mengenai dasar-dasar ini," katanya ketika membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.
Firdaus berkata, usaha 'memasyarakatkan' dasar negara itu penting demi memastikan kesinambungan pemerintahan dan kestabilan negara pada masa depan.

Ia juga katanya, perlu sebagai usaha menjamin generasi muda pada masa depan tidak lupa bahawa dasar-dasar sedia ada adalah penting kepada mereka.
"Kesilapan kita kini adalah kecuaian kita 'memasyarakatkan' pelbagai dasar yang ada dengan berkesan sedangkan proses penggubalannya menggunakan tenaga dan masa yang begitu banyak demi kepentingan negara," katanya.

Sebagai contoh, Firdaus berkata, begitu ramai tidak menyedari komponen-komponen yang terkandung di dalam Wawasan 2020 terutama mengenai sembilan strategi yang dirangka untuk memajukan negara.
"Begitu juga dengan Perlembagaan Persekutuan, Rancangan Malaysia, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pendidikan dan sebagainya. Sehubungan itu, saya menyeru supaya kerajaan meningkatkan usaha 'memasyarakatkan' dasar-dasar ini," katanya.

Thursday, April 7, 2011

NAJIB SELEPAS DUA TAHUN SEBAGAI PM

Genap dua tahun Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara. Sepanjang dua tahun ada pasang surutnya. Ada zaman kegemilangan dan zaman penuh onak dan duri, cabaran pula menggunung tinggi. Apakah signifikan kepimpinan Najib sejak 3 April 2009? Sewaktu Najib mengambil alih tadbir urus kepimpinan negara, beliau berhadapan dengan suasana politik tidak menentu, krisis ekonomi global dan hubungan etnik yang rapuh.
Seiring dengan persekitaran sedemikian, Najib telah mengemukakan beberapa gagasan besar untuk dijadikan dokumen rujukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Ini termasuklah konsep 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Pelan Ekonomi Kerajaan (PTE), RMK-10 dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang membolehkan ‘pasukan’ beliau diberikan penelitian pencapaian jika sokongan ke atas kepimpinan Najib mahu diterjemah kepada sokongan terhadap parti yang beliau pimpin pada PRU-13 nanti.

Konsep 1Malaysia dilihat menjadi ‘penggerak’ kepada gaya kepimpinan Najib. Kajian yang dilakukan Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mendapati 84 peratus daripada 15,353 responden yang ditemui sepanjang Jun dan Julai 2010 mempunyai pemahaman yang jelas ke atas konsep tersebut, berbanding 69 peratus pada Oktober 2009. Malahan, konsep 1Malaysia berada pada tahap membina kesedaran dan kefahaman sejak April 2009 kini memasuki fasa baru iaitu untuk diterap dalam proses pengukuhan jati diri warga Malaysia dan merupakan fasa paling penting jika mahu menguji penerimaan sebenar konsep ini.

Ramai menganggap salah satu kejayaan Najib pada pilihan raya kecil adalah kerana penekanan berterusan ke atas konsep ini yang perlahan-lahan membolehkan kepimpinan beliau mendapat kepercayaan. Jika di peringkat awal, ramai yang sangsi dengan konsep ini sehingga menyoal mengapa ‘SATU’ Malaysia diperkenal hari ini, tetapi proses membina keyakinan secara tidak bermusim membolehkan ia menjadi salah satu mekanisme untuk Najib menjana perubahan. Teras kemuafakatan yang mahu dibina oleh beliau mencerna nilai kemanusiaan dan melangkaui nilai kepentingan diri dalam mengupas persoalan etnosentrik dan prejudis yang sukar ketika tahun 2008.

Hubungan etnik di Malaysia mempunyai sejarah yang sentiasa berubah mengikut rentak persekitaran dan kedudukan semasa. Isu-isu berkaitan keagamaan, kebudayaan, etnik serta ras merupakan isu yang perlu ditangani secara berhemah. Ia tidak boleh dijadikan penanda aras kejayaan konsep 1Malaysia tanpa mengambil kira sejauh manakah pemimpin politik yang sepatutnya menjadi ‘idola’ menyalahguna kedudukan mereka untuk menjadi popular dengan menggunakan isu seperti ini tanpa memahami apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Fahaman politik berbeza tidak boleh menjadi senjata untuk memperkudakan isu sensitif yang boleh menggugat nilai kemasyarakatan yang terbina sekian lama. Kebanyakan isu sensitif wajar mencari mekanisme bersifat dialog dan perbincangan sebelum membuat keputusan akhir kerana kesannya ke atas masyarakat, satu usaha yang boleh direncanakan selepas dua tahun mentadbir negara. Begitu juga dari sudut ekonomi. Walaupun harga barangan naik tetapi masyarakat dididik memahami kegawatan global. Walaupun begitu, MBE perlu diberikan pemahaman berterusan kerana wujud tanggapan bahawa ia akan memberi kesan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Begitu juga dengan PTE yang sedang dilaksanakan. Apa yang penting buat masa ini adalah bagaimana transformasi dilakukan terutama melalui pendekatan sistem penyampaian yang dipuji, kos efektif dan lancar.

Sekiranya sektor swasta, awam, perangka dan pelaksana dasar serta rakyat sebagai kumpulan sasar saling bergandingan dan mempunyai hubungan saling perlu memerlukan dan mahu memahami sepenuhnya MEB, maka dasar ekonomi Najib akan melonjak selepas dua tahun mentadbir urus, bukan sahaja atas kapasiti sebagai Perdana Menteri tetapi juga selaku Menteri Kewangan. Apa yang ketara adalah sepanjang dua tahun ini, Najib sedang menerajui perubahan dan sudah diiktiraf oleh masyarakat umum berbanding dengan kedudukan sejurus pasca PRU-12 pada Mac 2008. Jika populariti Najib berada pada kedudukan 44 peratus pada April 2009, pada Disember 2010 ia meningkat kepada 69 peratus. Najib merupakan salah satu faktor suntikan kemenangan di pilihan raya kecil Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi walaupun tewas di Sibu serta kemenangan di Tenang dan Merlimau.

Kemenangan dan kekalahan merangkumi pelbagai faktor tetapi tahun 2009-2011 juga melihat Najib berjaya menukar momentum yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Barisan Nasional (BN) memulihkan semula strategi pendekatan ‘keahlian terus BN’ yang membolehkan lahirnya Sahabat BN, Rakan Muda BN dan individu serta organisasi mahupun pertubuhan untuk menjadi sebahagian parti ini. Ia merupakan satu pembaharuan yang disesuaikan dengan kedudukan politik semasa agar masyarakat melihat parti sedang berubah walaupun ia bersifat luaran. Konvensyen BN memperlihatkan kesungguhan Najib membina semangat, motivasi dan keazaman untuk menang. Yang penting, Najib memberi nafas baru kepada pencarian ‘kepimpinan’.

Yang menunjangi peningkatan mendadak BN adalah nilai kepimpinan transformasi Najib. Tahun 2011 adalah kritikal bagi pembangkang kerana mereka akan cuba meneruskan tradisi bersifat populis tanpa memanjangkan agenda pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto 2008. Kini, ia menjadi pertembungan Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengantara barisan pembangkang. Yang menarik adalah bagaimana Najib mengekori dari belakang ketika mengambil alih teraju kepimpinan negara dan kini yang menjadi liabiliti adalah Anwar. Bersetuju atau tidak, pembangkang sedang berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan pengundi. Sekiranya gagal mengatasi segera, mereka boleh dilabel tidak efektif. BN juga perlu mencari kekuatan dan inilah cabaran besar Najib untuk memobilisasi sokongan bertunjangkan kepada kekuatan BN. Beliau akur dengan tuntutan persekitaran semasa yang mahu konsultansi berterusan dengan rakyat agar pencapaian dasar mahupun polisi kerajaan memberi refleksi daripada usaha mendahulukan rakyat. Kepekaan itulah yang menjadi kelebihan Najib.

Dengan kedudukan yang lebih stabil yang memberi legitimasi politik ke atas pentadbiran beliau, kini Najib memberi tumpuan ke atas transformasi politik yang dirungkai dalam gabungan besar BN yang jelas sehingga berubah pendekatan yang bersifat ofensif. Beralaskan kepada siri walkabout dan jelajah seluruh negara, sudah pasti beliau mahu memastikan isu kepartian ditangani secara berhemah termasuk isu calon dan jentera parti kerana kekuatan BN bergantung kepada keupayaan menggembleng keseluruhan jentera secara holistik dan berpasukan.

Barangkali latihan pilihan raya perlu mengasah amalan ‘politik pujukan’ dan bukan ‘politik konfrantasi’ terutama untuk menangani isu ketelusan, good governance, kenaikan harga barang, jenayah, rasuah dan kesamarataan yang dicanang oleh pembangkang, di samping pencapaian PTK, NKRA, PTE, MEB dan 1Malaysia. Ia harus dilakukan secara kreatif untuk mempengaruhi sentimen, imaginasi dan persepsi umum kerana akhirnya yang mahu dilihat dan dirasai rakyat adalah hasil akhir dari sebarang gagasan besar beliau.
PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN ; Timb. Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM

Friday, April 1, 2011

CARI PENDEKATAN BARU BANGUNKAN BUMIPUTERA – DAIM

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meminta kerajaan mengguna pakai pendekatan baharu untuk membangunkan usahawan bumiputera bebas, yang mampu bersaing secara berkesan. “Saya rasa agenda ini belum selesai dan kerajaan mesti berusaha untuk mengenal pasti model keusahawanan mampan untuk bumiputera,” katanya dalam Siri Syarahan Tun Abdul Razak bertajuk “Politik Ekonomi Pembangunan - Pengalaman Malaysia”
“Model ini mesti meliputi nilai-nilai Islam yang padu memandangkan Islam menggalakkan minat komersial yang kukuh di kalangan umatnya,” Pada masa lepas, beliau berkata kerajaan menggunakan instrumen seperti lesen, margin harga terpilih, pemerolehan kerajaan, permit import atau AP, selain bantuan kewangan untuk membantu usahawan bumiputera.

“Adakah model ini melahiran usahawan yang mantap atau tidak? Saya rasa jawapannya mungkin “tidak”. Sekarang, dalam kedudukan kewangan kerajaan yang tidak berapa kukuh, pergantungan ke atas sektor awam tidak lagi boleh dilakukan,” katanya. Mengenai Model Baru Ekonomi (NEM), Daim berkata, lebih banyak dialog dan komunikasi mengenainya perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman orang ramai serta kaedah untuk bumiputera meraih manfaat menerusi liberalisasi ekonomi.

Beliau yakin profesional bumiputera kini lebih bersedia untuk berhadapan dengan saingan lebih besar, selagi terdapat dasar awam yang jelas mengenai pertumbuhan ekonomi, dengan agihan konsisten. Mengenai dasar awam untuk pembangunan ekonomi, Daim berkata, isu terbaharu yang membimbangkan ialah perlunya untuk menangani tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti, bagi membendung salah pengurusan dan amalan rasuah.

Beliau berkata, pemahaman lebih baik masyarakat mengenai perlunya sistem tender terbuka, dasar saingan dan undang-undang perdagangan yang adil, menunjukkan pentingnya peratusan ekonomi yang mencukupi dan pada masa sama memperkukuh saingan sihat dan ketelusan. “Sejauh mana prinsip-prinsip ini dipatuhi, bergantung kepada kesediaan masyarakat bertindak berasaskan transformasi pasaran dalam konteks rejim kawal aturan ekonomi yang sihat. “Berdasarkan ketidaksaksamaan yang sedia ada, tempoh masa lebih panjang diambil untuk membuat perubahan dan penyesuaian dalam menghadapi saingan lebih hebat dan peraturan berasaskan pasaran,”

Mengenai DEB, Daim berkata, dasar itu memberi manfaat semua komuniti secara langsung dan tidak langsung menerusi kesan limpahan dan peningkatan paras pendapatan secara menyeluruh. DEB sering kali dipersalahkan setiap kali prestasi ekonomi negara merosot, walaupun ia mungkin bukan puncanya. “Adakah ekuiti yang lebih baik dicapai dengan mengetepikan pertumbuhan ekonomi, dan kedua, adalah DEB menyumbang kepada pengurangan ketara dalam ketidaksksamaan antara etnik, yang menjadi tumpuan dalam politik ekonomi,” Daim berkata, isu perkongsian manfaat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi memastikan pengurangan ketara dalam perbezaan ekonomi, akan terus relevan dalam negara ini untuk dekad-dekad yang akan datang.

Wednesday, March 30, 2011

MENUTUP BUKU MISKIN TEGAR

Oleh: NURUL ANUAR KARI
KISAH isi rumah berpendapatan rendah dan miskin merupakan kisah lama yang semakin pudar dari ingatan rakyat Malaysia. Perangkaan sekitar 50 peratus rakyat miskin pada 1970 hampir lenyap pada 2009 dengan hanya 3.8 peratus penduduk negara ini masih dalam kategori miskin. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) isi rumah berpendapatan rendah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjaya mencapai hampir semua sasaran untuk merapatkan jurang antara kaya dan miskin sepanjang 2010.

Definisi miskin tegar bergantung kepada pendapatan isi rumah iaitu kurang RM440 di Semenanjung, kurang RM540 di Sabah dan kurang RM520 di Sarawak. Golongan miskin pula berpendapatan di bawah RM750 di Semenanjung, bawah RM960 di Sabah dan bawah RM830 di Sarawak, mereka yang berpendapatan bawah RM2,000 dianggap sebagai berpendapatan rendah.
Sasaran cabang NKRA ini melibatkan empat perkara utama iaitu mengeluarkan kesemua 44,643 isi rumah dari kategori miskin tegar, mengeluarkan 40,000 isi rumah dari kategori miskin, melatih dan melahirkan 2,000 orang usahawan wanita serta menawarkan 44,146 rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk dijual kepada penghuninya.

Bagaimanapun, usaha turut ditumpukan ke arah mengembangkan potensi individu untuk memastikan golongan terbabit dapat berdikari dalam tempoh jangka panjang melalui prinsip 'bukan memberi ikan tetapi mengajar cara memancing'. Di bawah inisiatif untuk memupuk kemampuan berdikari, pihak kementerian telah melaksanakan bantuan sokongan untuk perumahan serta program bantuan kebajikan dan program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).
1Azam merupakan inisiatif khusus dengan sasaran meningkatkan ekonomi isi rumah berpendapatan rendah dari kancah kemiskinan melalui keusahawanan (Azam Niaga), penggajian (Azam Kerja) serta aktiviti pertanian (Azam Tani) dan perkhidmatan (Azam Khidmat). Pangkalan data eKasih dibentuk sebagai pusat data untuk mengenal pasti, meluluskan bantuan & memantau perkembangan isi rumah berpendapatan rendah.

Namun, berikutan masalah geografi, kekangan masa dan sumber bantuan, terdapat sebahagian sasaran untuk 2010 tidak dapat dicapai sepenuhnya. Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 menyatakan cabang NKRA ini mencapai hampir kesemua sasarannya terutama menghapuskan miskin tegar. Selain itu, 15,868 isi rumah berjaya dikeluarkan dari kategori miskin, 2,000 usahawan wanita berjaya dilatih, 35,095 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam DBKL ditawarkan untuk dijual kepada penghuni sepanjang 2010.
Maklum balas Jawatankuasa Antara bangsa Penilaian Prestasi (IPR) untuk laporan NKRA ini turut memuji inisiatif kerajaan menghapuskan segera kemiskinan tegar dengan fokus kepada potensi individu dan bukan sekadar bantuan kewangan. Ahli jawatankuasa tersebut yang juga Wakil Tetap IMF di Singapura, Ravi Balakrishnan turut mencadangkan kerajaan menimbang menggunakan amalan terbaik dari Bolivia yang terbukti berjaya menyediakan kewangan mikro kepada golongan miskin di luar bandar.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa yang juga pengasas Transparency International, Michael Hershman berpendapat kelangsungan program yang dijalankan mungkin semakin mencabar kelak dan kerajaan perlu memastikan mereka yang telah dibantu tidak kembali berada di bawah garis kemiskinan. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM, Profesor Dr. Amir Baharuddin berkongsi pandangan dan merasakan usaha membasmi kemiskinan bukan sesuatu yang mudah tanpa keazaman, kecekalan, pengorbanan serta keikhlasan berkerja secara sukarela.
"Penurunan kadar kemiskinan yang dicapai sudah cukup bagus tetapi kerajaan perlu meneruskan dan memantau usaha ini supaya tidak terhenti setengah jalan. "Langkah menumpukan perhatian kepada mengembangkan potensi individu juga satu tindakan bijak kerana bantuan kewangan sahaja tidak elok untuk jangka panjang. Golongan miskin tegar yang baru dikesan selepas ini lebih mudah dibantu kerana bilangannya lebih kecil dan tumpuan seterusnya adalah meningkatkan taraf hidup golongan miskin pula."

Untuk 2011, beberapa sasaran baru telah ditetapkan untuk dicapai menjelang 31 Disember ini termasuk mengurangkan bilangan 57,793 peserta 1Azam yang mendaftar dengan eKasih bagi kategori miskin. Selain itu, permohonan eKasih yang tertunggak sepanjang 2010 akan disahkan dan didaftar menjelang 31 Mac atau menjelang Dis 2011 bagi kes bermula Januari. Tempoh pengesahan tidak melebihi 14 hari untuk Semenanjung atau 28 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Seramai 1,000 usahawan wanita juga akan dilahirkan sepanjang 2011 di samping usaha meningkatkan pemilikan 4,965 unit rumah di kalangan isi rumah miskin. Untuk memastikan inisiatif berkenaan berjaya, kerajaan akan menyediakan lebih banyak rumah kos rendah, skim kredit-mikro, meningkatkan bilangan klinik dan menambah bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukan anggota tiruan (prostetik).

Menjelang 2012, bantuan tambahan seperti hostel untuk pelajar sekolah pedalaman serta bantuan untuk rawatan dan pengangkutan ke pusat dialisis juga akan disediakan di samping polisi gaji minimum yang masih dalam perbincangan. Dengan komitmen dan inisiatif yang ditunjukkan semua pihak, sasaran berikutnya NKRA ini tidak lagi terikat sekadar menutup buku kemiskinan malahan mungkin mampu menutup juga buku isi rumah berpendapatan rendah serta sebahagian besar yang berpendapatan sederhana.
Setinggi mana sekalipun sasaran itu akan bergantung kepada kelangsungan program pembasmian kemiskinan serta GTP yang didokong semua kakitangan kementerian dan agensi kerajaan yang perlu bekerjasama untuk negara mencapai wawasan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Petikan U.Malaysia

Tuesday, March 22, 2011

VIDEO SEKS: SKRIP & LAKONAN ANWAR...

Seharian kami menggodak berita untuk mendapat maklumat sebenar kes video seks anwar, secara jujur kami katakan, 24% dalang disebalik isu video ini berpunca daripada internal problem (masalah dalaman) yang cukup meruncing dalam pkr.
manakala 75% konklusi yang kami memperolehi mengatakan teori sun tzu art of war yang pernah menyatakan akan taktikal untuk menumpaskan musuh adalah dengan mencederakan diri sendiri. dengan kaedah sebegini, maka fokus musuh dapat di alpa kan buat sementara waktu.

aku memberikan beberapa teori untuk rakyat berfikir.
harus diingat, bila memikirkan tentang anwar anda harus berfikir di luar kotak. bila aku melihat kelibat saifudin nasution semasa press conference video seks tadi, teringat aku akan cerita lama.
cerita semasa kami dalam pkr. pada waktu itu saifudin adalah calon pkr untuk dun lunas. dalam ceramah terakhirnya, di depan ribuan penyokong dia berpura-pura menjawap panggilan telefon. diperbualkannya dengan penuh serius dengan mimik muka penuh kerisauan. selang 2minit, dia berhenti bercakap. audience mula tertanya-tanya apasal dia berhenti, lalu diumumkan di khalayak umum bahawa umno sedang menghantar puluhan bas yang kononnya membawa pengundi hantu. kecoh prk lunas. insiden keganasan semasa prk lunas sudah termaktub dalam sejarah.
kami bertanya saifudin, betul ke ada bas yang membawa pengundi hantu ? DIA JAWAP TAKDE...
POLITIK SENSASI YANG MENCETUSKAN PANIK DIAJAR SECARA BAIK OLEH ANWAR IBRAHIM.

jelas keputusan prk lunas berpihak kepada saifudin, dengan majoriti tipis. permainan decoy (helah) yang penuh gempak adalah nyawa hidup pkr, sebut anwar ibrahim. sewaktu pemecatannya pada 2 september 1998, dia ada menyebut akan konsirasi peringkat tertinggi pimpinan negara untuk menjatuhkannya. ini fitnah jahat dan rekayasa cerita yang mahu menumbangkan anwar ibrahim.
pada waktu itu, hampir kesemua orang melayu jatuh simpati. buktinya keputusan pilihanraya umum 1999 hampir kesemua seat parlimen umno tumbang..

namun setelelah 10 tahun, baru kita tahu kes espionage(agen pengintip),betrayal,liwat,seks luar tabie,seks dalam tabie dan segalanya semakin terdedah. orang melayu sudah dikenali resam budayanya. budaya amok dan cepat melatah sudah sebati dengan tabie. anwar menggunakan kesempatan ini untuk meraih simpatisan.
kes mata lebam.. ramai yang menyalahkan kerajaan dan polis kerana bertindak kejam terhadap anwar.
seperti ulangan transkrip aku diatas yang menyebut akan ide sun tzu (mencederakan diri sendiri) anwar mengulangi kaedah yang sama.
anwar ibrahim provoke ketua polis negara rahim nor. bagaimana anwar tahu yang masuk ke dalam lokapnya sewaktu ditahan itu adalah orang yang bernama rahim nor ?

anwar cam rahim nor kerana rahim berdehem ! jadi inilah peluang untuk anwar meraih politikal mileage.. anwar berkata kepada rahim nor "KAU BAPAK ANJING ".. rahim melalui satu hayunan terus melepas tumbukan ke mata kiri anwar. inilah insiden yang digelar kumpulan reformis sebagai 'mata lebam'.
nampak tak rangka-rangka puzzle yang sudah mula aku cantumkan ?
anwar sanggup rosak/hina/cederakan diri demi mengalih isu yang sedang dihadapinya.
rahim nor orang yang baik. anwar pandai menggunakan 'kelemahan/geram' rahim nor dengan menggelarkannya sebagai bapak anjing. sejarah pahit lampau dimana sebuah keluarga diraja menahan seorang polis dalam kandang anjing dijadikan modal untuk anwar provoke rahim nor.
inilah....melayu bernama anwar. lepas kes mata lebam, apa isu yang tenggelam ? isu kenapa anwar dipecat. licik bukan manusia bangsat ini bermain politik.
kes arsenik. satu lagi ulangan rekayasa ciptaan anwar untuk memfitnah kerajaan.

harus diingat, arsenik timbul setelah anwar mendengar barisan alternatif (pas,pkr,dap) hampir berpecah kerana perbezaan idelogi. jadi untuk menarik balik sokongan yang hampir hilang itu, isu arsenik mula dimainkan. bila anwar tersepit , anwar akan melakukan diversion.
kes 16 september muncul kerana apa ?  kerana saiful sudah bersumpah di dalam masjid mengatakan anwar meliwatnya. disinilah kelicikan anwar bermain isu ,menutup isu dan mencipta isu.
siapa datok T ? apa motif beliau di sebalik penyebaran cerita video seks anwar ?

tak siapa mengenali datok T. ada yang berkata dia cina. tidak, dia bukan cina tetapi maklumat menyatakan dia mamak bernama tajudeen. seorang lagi rakan beliau sewaktu penyiaran video seks di carcosa seri negara bernama ali. pelik ? kenapa datok T nak bagi kata dua kepada anwar dan azizah untuk meletak jawatan dalam masa 7 hari ?
adakah datok T seorang politician. adakah datok T ditipu anwar ibrahim. pelbagai spekulasi boleh timbul. andaian ia melibatkan krisis dalaman antara mereka tidak boleh ditolak.
namun andaian planted (menanam) agen bernama datok T untuk mencemarkan namanya( anwar) juga tidak boleh disangkal.
seperti kes pemecatan,kes mata lebam,kes arsenik dan kes 16 september kesemuanya anwar cipta untuk divert isu dan masalah peribadinya.
1) pemecatan anwar kata ini fitnah, namun akhirnya kita tahu siapa dia
2) mata lebam anwar kata polis jahat,tetapi sebenarnya dia provoke rahim nor.

3) arsenik anwar kata dia diracun,tetapi sebaliknya dia mahu gabungan pembangkang bersatu.
4) 16 september dia cipta kerajaan tumbang,namun sebaliknya dia mahu menutup isu liwat.

hari ini stail politik murahan ala propaganda tepi jalan mula dilakukan anwar.
video seks saya tidak benar. jika ditakdirkan datok T tidak mengotakan janjinya untuk mendedahkan video itu selepas 7 hari...
anda rasa siapa yang bakal kena? umno jugak. typical stail politik pakatan, semuanya salah umno.
anak dorang berak cair pun disalahkan umno....dah nampak game ini. jadi gap, kenapa video seks ini diletupkan ?
tuan-tuan yang dihormati, ingat tak lelaki bernama azmin ali.
anwar sanggup mati kerana azmin ali. kasih sayang mereka tak boleh dipisahkan.
sehari dua lagi hakim kes liwat akan memberikan keputusan samada anwar wajib beri DNAnya kepada mahkamah . DNA ini bukan sahaja melibatkan kes anwar meliwat saiful , sebaliknya melibatkan persoalan siapa ayah afifa, anwar ibrahim atau azmin ali.
AZMIN ALI ARAHKAN ANWAR JANGAN BERI DNANYA !
teori kami yang lengkap ini menyatakan secara konklusif, isu video seks ini sengaja dibuat bagi menutup cerita desakan rakyat yang mahu anwar memberikan DNA nya kepada mahkamah.
kami cabar dato T, jangan jadi pembohong dan agen penipu yang berkerjasama dengan anwar.
jika benar kamu ada video tape skandal seks anwar, dedahkan pada umum.

percayalah lepas 7 hari, datok T ni takkan keluarkan bukti sepertimana yang dijanjikan.
fokuskan pandangan rakyat terhadap isu sebenar, anwar wajib berikan DNA nya kepada mahkamah !
kepada datok T, selagi video seks ini tidak diedarkan kepada rakyat selagi itu kami akan panggil kamu penipu besar, namun sekiranya sudah tersedar klip video seks itu dan terbukti suspek yang disyaki itu anwar ibrahim, maka aku akan tarik balik artikel ini.
Petikan Dari Blog GAP

Thursday, March 17, 2011

SETITIK DARAH ! KERAJAAN BERUBAH ?

16 MARCH 2011
Salam 2 all.
Mike semua sedar atau tidak, hanya dengan setitik darah, Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang, dan impian Anwar nak bersemayam di Putrajaya boleh tercapai. Hanya dengan setitik darah yop! Sebab itu teman semakin hairan dengan sikap berdolak-dalik manusia yang ditabal bininya sendiri yang membantah kepada permohonan Pendakwaraya supaya beliau memberikan darah beliau untuk dibuat ujian DNA sebagai perbandingan kepada DNA-Lelaki Y daripada airmani yang ditemui didalam dubur Saiful Bukhori Azlan. Peluang sudah terbuka luas untuk Anwar sekarang. Tetapi hairan bin ajaib teman nengok Anwar seolah-olah tidak berminat dengan haq dan kebenaran! Atau apakah semuanya demi politiking yang melampau sahaja?

Pertama yang kita semua perlu faham, tidak saperti kes dahulu (1998), kali ini DNA-Y yang ditemui adalah berdasarkan sumber DNA yang jelas iaitu airmani seseorang. Sumber DNA yang ditemui dalam dubur Saiful ialah airmani seseorang! Sedangkan didalam kes terdahulu (ingat lagi kes tilam), sumber DNA atas tilam itu tidak dapat disahihkan oleh pakar kimia Lim Kong Boon. Beliau hanya tahu diberikan 13 keratan tompok daripada tilam, dan menguji sumber DNA nya. Beliau sendiri tidak tahu secara sahih dan pasti sumber DNA itu. Dan bila ditanya mana sampel-sampel ujian utnuk DNA itu, beliau memberitahu telah memusnahkannya.

Itu adalah antara sebab mengapa mendiang YA Datuk Augustine Paul meminda pertuduhan kerana tiada bukti jelas apa sumber DNA tersebut diatas keratan tilam berkenaan. Dan kita perlu ingat kesan tompok diatas tilam itu berusia 5 tahun (kejadian 1993) semasa diuji (ujian 1998)!!

Tetapi didalam kes sekarang, sumber DNA didalam dubur Saiful itu dikenal pasti sebagai airmani seseorang. Masih fresh harum lagi yop, baru berusia 2 hari (liwat 26.06, pemeriksaan 28.06). Yang mengesahkannya adalah beberapa orang pakar perubatan, doktor, pakar forensik dan pakar kimia. Tak silap teman kesemuanya 5-7 orang pakar. Mereka ini semua adalah professional dan tidak kenal satu sama lain. Mustahil mereka boleh berpakat, dan tidak ada sebab mereka mahu berpakat. Dan kesemuanya mengesahkan sumber DNA itu adalah airmani seseorang dilabel sebagai Lelaki-Y.

Persoalan yang menjadi isu ialah siapa lelaki Y itu. Ada orang mendakwa airmani itu disumbat didalam dubor Saiful. Persoalannya siapa yang menyumbatnya? Pastilah ada seseorang, yang menyumbatnya; tak mungkin airmani itu boleh berjalan sendiri kot yop. Dan airmani akan berada didalam dubur seseorang (atau alat sulit wanita) hanya dengan satu cara sahaja, iaitu dengan perantaraan "spitol-air".

Dan tidak mungkin ada mana-mana pihak boleh memasukkan air mani Anwar kedalam dubur Saiful. Pertama mereka perlu dapatkan airmani itu dari Anwar. Kecuali Wan Azizah meminjamkannya kepada mana-mana orang, mustahil ada orang lain boleh dapatkannya! Takkan nak tuduh Wan Azizah pakat dengan Saiful kot? Dan Anwar sendiri mengesahkan dia tidak ada beri sampel airmani dia kepada sesiapa pun untuk ujian DNA atau apa-apa ujian, walaupun semasa ditahan polis.

Kedua, ada orang dakwa polis menggunakan DNA lama dalam kes 1998. Samada yang bercakap ni biol ataupun tak sekolah. Pertama, sampel DNA tahun 1998 telah pun dimusnahkan oleh ahli kimia Lim Kong Boon. Kedua, kalau betullah ada sampel DNA tu, dah kering lama dah pun yop. Sedangkan airmani yang ditemui didalam dubur Saiful adalah "barang fresh", mengikut kata pakar baru berusia beberapa hari. Jadi dakwaan ini ternyata tidak menasabah, apatah lagi menasarawak!

Pokok ceritanya, bagi Mahkamah untuk mengetahui identiti tuanpunya airmani didalam dubur Saiful itu yang dilabel sebagai Lelaki-Y, maka Mahkamah perlu mendapatkan DNA perbandingan. Kita boleh uji airmani seluruh lelaki yang ada di Malaysia ini untuk DNA perbandingan tersebut, tetapi kita mulakan dengan Anwar dahulu. Sebabnya mudah, Saiful mengadu Anwar yang "mengunyitkan" beliau. Maka sebab itulah pemberian sampel darah untuk ujian DNA oleh Anwar sangat penting.

Penting bukan kerana hendak membutikan Anwar "mengunyitkan" Saiful, tetapi penting kerana nak membuktikan yang hak dan kebenaran. Ada dua kemungkinan akan berlaku jika Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut.
Jika ujian darah itu mendapati DNA Anwar menyamai DNA Lelaki-Y tersebut, ada kemungkinan Anwar akan bercuti panjang di Sg. Buloh Resort, mungkin lebih daripada 9 tahun. Kerana ketepatan ujian DNA adalah 99.95% benar dan betul.

Tetapi kalau ujian darah itu mendapati DNA Anwar tidak sama dengan DNA Lelaki-Y tersebut, maka bukan sahaja beliau mungkin dibebaskan daripada pertuduhan, silap-silap Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang yop. Kerana rakyat akan terus hilang kepercayaan!!!
Nah, kalau Anwar benar-benar yakin dia tidak "mengunyitkan" Saiful, tidakkah ini peluang terbaik untuk Anwar bukan sahaja untuk membersihkan namanya, malah untuk menumbangkan Kerajaan BN?

Tak payah tipu-tipu, tak payah bohong-bohong, tak payah kelentong-kelentang, tak payah putar poosing, tak payah jual nama YDP Agong, tak payah lelong nama Panglima Angkatan Tentera, tak payah sogok Ahli Parlimen, tak payah kejor MP BN sampai ke Taiwan, tak payah pilihanraya, tak payah tiru Mesir atau Libya, pendekkata tak payah buat apa pun. Teman cukup yakin jika DNA itu tidak benar, rakyat sendiri akan bangkit menuntut Kerajaan dibubarkan. Malah tidak keterlaluan teman katakan rakyat sendiri akan mendokong Anwar dan diarak dari Mahkamah Jalan Duta ke mahkota Putrajaya!!! Bukankah itu jalan singkat ke Putrajaya; yang diidam-idamkan sangat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan!!!

Tapi risikonya besar yop. Jika DNA itu benar, teman cukup yakin bukan sahaja rakyat, para pak jangoat sendiri akan mendokong dan arak Anwar daripada Mahkamah Jalan Duta ke Penjara Sg. Buloh. Silap-silap haribulan mau Karpal pun tumpang sekaki yop!
Pendek story yop, semuanya terletak ditangan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. "To give or not to give - that's the question!"

Cuma teman nak landing dengan bertanya kepada segelintir pak jangoat yang berkiblatkan kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini; tidakkah terdetik sedikit pun dihati kecil mike nak mintak Anwar supaya berikan setitik aje darahnya untuk ujian DNA itu. Apa yang susah sangat. Setitik darah yang boleh menentukan kebenaran dan kepalsuan, setitik darah yang menentukan syurga atau neraka bagi pengikutnya. Pikior-pikiorkanlah yop. Janganlah kita menjadi golongan 'summum buqmum umyum fahuum - Kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Pada teman Anwar tidak sepatutnya berselindung disebalik teknikaliti dan peruntukkan undang-undang. Anwar tidak sepatutnya menyorok disebalik jubah Karpal. Iya, Mahkamah akan membuat keputusan; mungkin Hakim akan suruh, mungkin Hakim akan tolak. Itu hak Hakim dan Mahkamah untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh ganggu, apalagi mengacau prosiding Mahkamah.
Tetapi Anwar perlu ingat, Mahkamah Rakyat juga sedang menanti. Dan Mahkamah Rakyat hanya pentingkan haq dan kebenaran.

Cuma teman nak kabornya, umat dan rakyat sudah mula heran, kenapa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini liat dan susah sangat nak bagi setitik darah kebenaran itu. Ada rahsia besar yang nak disembunyikan ke?
Dan jangan lupa Mahkamah ALLAH juga sedang menanti, dan Mahkamah ALLAH juga berpaksikan kepada haq dan kebenaran! Pikior-pikiorlah yop; ALLAH bagi otak bukan suruh buat lauk masak lemak cili api, tapi untuk digunakan!!!

Hanya setitik darah
bisa mengubah arah
samada semakin parah
atau mahkota meriah
rakyat makin marah
umat makin resah
mengapa liat susah
menitik sebutir darah!

Adios amigos, grasias senor & senorita.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu, 10 Rabi'ul Akhir 1432
16 Mac 2011

Wednesday, March 2, 2011

SURVIVAL PARTI DLM PRU 13

Oleh: Saifuddin Abdullah
SEMPENA ulang tahun ketiga Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac ini, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menganjurkan forum bertajuk ‘Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)’. Ahli panelnya terdiri daripada Nurul Izzah, Mohd Nasir Zakaria dan saya sendiri, manakala moderatornya ialah Profesor Dr. Mohd Redzuan Othman.

Pada saya, PRU-13 akan ditentukan oleh amalan ‘politik baru’, yg menjadi judul buku saya (2008). Politik baru terdiri dpd dua komponen, iaitu integriti politik dan governans baru. Ia perlu dilengkapi dgn pemikiran politik progresif dan inovasi demokrasi. Integriti politik berasaskan perjuangan. Ia berdasarkan tiga rukun iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme serta amalan politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti.

Governans baru merujuk kerangka pengurusan negara yang lebih segar. Kini, ia terlalu berorientasikan kerajaan/politik. Kerangka governans baru melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil) sebagai rakan yang saksama. Dalam konteks ini, BN serius melakukan perubahan. Satu daripadanya ialah pemikiran progresif yang sesuai dengan keperluan universal dan kontemporari. Contohnya ialah Gagasan 1Malaysia serta transformasi kerajaan dan ekonomi yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebahagian rakyat menolak BN atas faktor-faktor lazim, seperti politik wang, rasuah, sistem penyampaian lemah dan sebagainya. Tetapi, di samping itu, terdapat sebahagian intelektual, profesional, kelas menengah dan belia (termasuk mahasiswa), yang menolak BN kerana ketinggalan dalam pemikiran politik. Sebab itu, BN mula mencetuskan pemikiran politik progresif tentang demokrasi, penghakupayaan, partisipasi, kerajaan, kesaksamaan gender, pembangunan lestari dan sebagainya.

Gagasan 1Malaysia ialah komitmen BN dalam membina masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, pembinaan tamadun, keadilan sosial, partisipasi demokratik, pengagihan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Kita sedar terdapat rakyat, terutamanya belia yang skeptikal dan sinis terhadap politik. Mujurnya mereka masih percaya terhadap demokrasi. Namun, kepercayaan itu disekalikan dengan gesaan pembaharuan demokrasi yang melampaui sistem dan institusi yang diamalkan kini. Inilah antara iktibar daripada gerakan prodemokrasi di Timur Tengah sekarang.

Justeru, kita perlu melakukan inovasi demokrasi. Matlamatnya ialah meningkatkan partisipasi rakyat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Sebagai Ahli Parlimen, saya berinovasi dengan menubuhkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) yang dianggotai perwakilan kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil.

Antara kuasa utama PRU-13 ialah belia, iaitu 49.7 peratus daripada pemilih. Ini lebih besar daripada 40 peratus pada PRU-12. Prasyarat kefahaman terhadap partisipasi belia dalam politik ialah dengan mengiktiraf tiga permintaan utamanya iaitu belia mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf, dan isu-isunya ditangani dengan berorientasikan belia. Kita perlu menyelami ciri-ciri partisipasi politik belia iaitu hubungan belia dan politik yang bersifat multi-dimensi; bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi; mengenal pasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik; dan kesaksamaan gender, iaitu partisipasi belia wanita.

Cara, corak dan citra politiknya mungkin berbeza dengan kita. Kita perlu menyelami minda mereka untuk menghakupayakannya agar dapat mengoptimumkan potensi politiknya. Sebahagian daripada belia ialah mahasiswa. Apabila saya mencadangkan mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik, ia mempunyai dua matlamat, iaitu memenuhi haknya sebagai warganegara dan mematangka demokrasi kita.

Kini, BN memberi lebih tumpuan kepada belia. Satu daripada gelanggang yang diterjuninya lebih bersungguh-sungguh ialah dunia maya. Namun, ia masih perlu banyak penambahbaikan, terutamanya dari segi kandungan dan pendekatannya. Mutakhir ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk lebih memahami belia. Antaranya ialah perjumpaan tidak rasmi, perbincangan, konvensyen, kajian dan makmal yang melibatkan perwakilan belia. Melalui langkah-langkah ini, banyak idea telah diluahkan oleh mereka.

Sebahagian dpd idea itu telah dilaksanakan dlm bentuk program dan aktiviti yang konkrit. Bagaimanapun, masih banyak belum diambil tindakan. Kini, belia menunggu, melihat dan menilai. Adakah kita benar-benar serius dlm merealisasikan idea mereka itu? Atau sekadar mendengar kosong iaitu untuk menunjukkan yg kononnya kita meraikan mereka, tetapi tidak lebih dpd itu? Umpama melepaskan batuk di tangga sahaja?

Justeru, menjelang PRU-13, jika ada perkara pokok yg mesti dilakukan untuk belia, ia adalah untuk benar2 memenuhi permintaan mereka. PRU-12 telah memberikan keputusan signifikan kpd pihak pembangkang. Mereka berjaya menafikan BN kedudukan 2/3 di Dewan Rakyat. Pihak pembangkang kini menguasai empat buah negeri. Ada yg menjangka kehidupan yg diwarnai oleh BN selama lebih 50 tahun telah berakhir. Ia telah memberikan harapan kpd penyokongnya bahawa reformasi akan berlaku.

Tetapi, kini perasaan optimis itu semakin pudar. Ini disebabkan beberapa faktor. Harapan penyokongnya bahawa pembangkang akan menjadi kuasa yg benar2 kuat ternyata meleset. Ramai pemimpin PKR keluar parti. Walaupun parti-parti komponen BN tidak terlepas daripada masalah sama, tetapi jumlah dan jawatan besar meninggalkan PKR dlm tempoh yg singkat menghampakan penyokongnya. Janji membentuk kerajaan pada 16 September 2008 gagal. Sebaliknya, sejumlah wakil rakyat pembangkang meninggalkannya.

Penyokongnya menyaksikan pergaduhan dalaman di kalangan wakil rakyat pembangkang. Terdengar tuduhan rasuah berlaku di kalangan kepemimpinannya. Mereka dipersoalkan sama ada berada dlm politik untuk berbakti kpd rakyat atau lebih memenuhi kepentingan peribadi. Pemilihan PKR dilanda banyak masalah. Perkembangan2 negatif ini mula menghakis keyakinan penyokongnya. Ramai mula bertanya, mampukah mereka membetulkan diri sendiri? Mampukah mereka membentuk kerajaan yg berwibawa?

Pada masa yang sama, BN memulakan transformasi politik. Dari satu segi, pindaan Perlembagaan BN tentang keahlian terus adalah manifestasi pemikiran politik progresif. Ia akan menghasilkan dua kesan. Pertama, ia memperkasa BN dan kedua, ia langkah ke hadapan ke arah pembinaan iklim politik yang lebih terbuka, inklusif dan segar, yang akan meningkatkan partisipasi rakyat, terutamanya belia dalam politik.

Ketika pihak pembangkang masih tercari-cari formula pembentukan parti gabungan, BN telah melangkah ke hadapan dgn melakukan satu transformasi politik yg berasaskan pengharapan dan cabaran semasa dan sejagat. Kesimpulannya, dalam PRU-13, parti yg dilihat rakyat mengamalkan politik baru akan mendapat sokongannya.

Wednesday, February 23, 2011

PENDEDAHAN PEMBOHONGAN HATTA WAHARI

Semalam Hata Wahri berkata dia akan menjual tanah milik keluarganya untuk dijadikan modal bagi menerbitkan sebuah akhbar bebas yang bernama Utusan Rakyat. Semua itu temberang semata-mata. Halo Hata Wahari, tak usahlah kau nak berselindung di sebalik nama bebas untuk mengabui mata orang ramai. Kami tahu dimana kiblat mu dan apa agenda sebenar kamu. Kamu bersekongkol dengan PKR untuk menjahamkan Utusan Malaysia dari dalam kemudian kamu kata bebas.
Alasan jual tanah keluarga untuk dijadikan modal ? kau nak tipu siapa bro ?Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya rancangan penubuhan akhbar Utusan Rakyat adalah rancangan PKR. Untuk mengabui mata rakyat kononnya mereka tidak terlibat dalam penerbitan itu maka mereka gunakan si kitol Hata Wahari sebagai alat mereka.

Perkara ini telah dibincangkan dalam satu forum pada 15. Feb yang lepas yang mana dalam forum itu Hata Wahari yang kononnya bebas turut sama membentangkan kertas kerja bagaimana cara untuk menjatuhkan Kerajaan BN dan cara untuk menjahanamkan Utusan Malaysia. Lihat di bawah, Rumusan yang dibuat oleh seketeriat forum terhadap kertas kerja yang dibentangkan oleh Hata Wahari, seorang pekerja U.Malaysia.

Kenyataan Hata dalam malaysiakini semalam berhubung Utusan Rakyat; "Ini bukan akhbar politik. Kita mahu tunjukkan sebuah akhbar sebenar yang bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak," katanya yang menjadikan kebebasan media sebagai agenda utamanya di NUJ. Bukan politik ya ? dicadangkan dan dibincangkan dalam forum PKR kemudian kata bukan politik.

Lihat perkara nombor tiga di tajuk Pandangan Yb Nurul Izzah Sedang berusaha wujudkan Utusan Rakyat dan berharap Hata Wahari boleh menjadi CEOnya. Kau nak kelentong apa lagi Hata. Jual tanah konon, padahal jual bontot kepada PKR. Sudah terang lagi bersuluh Nurul Izzah yang kata dia (PKR) sedang berusaha wujudkan Utusan Rakyat dan dia (PKR) berharap Hata boleh jadi CEO. Nak tunggu apa lagi wahai Utusan Malaysia ? masih nak simpan lagi pekerja seperti itu ? dia kerja dengan Utusan dalam masa yang sama dia pergi nak kerja dengan orang yang anti Utusan.

Malam tadi jam 11.02 malam saya menerima satu lagi panggilan dari nombor 01X-93XX 832 yang bercakap dengan lemah lembut dan penuh sopan serta membahasakan dirinya sebagai abang. Dia menceritakan masalahnya di Utusan kepada saya seolah-olah untuk menagih simpati supaya saya tidak menyiarkan apa yang saya janjikan pada hari ini.  Petikan dari rbf online


Utusan Rakyat hanya tujuan politik

Cadangan PKR untuk menerbitkan akhbar khusus untuk orang Melayu dilihat sekadar mahu meraih semula sokongan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang. Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian (gambar) berkata, langkah terbaru PKR itu merupakan cubaan terbaru untuk memberi imej positif terhadap parti tersebut.

Menurutnya, ini kerana sokongan terhadap parti pembangkang semakin merosot terutama di kalangan kaum Melayu. "Tujuan penerbitan akhbar itu hanya sebab politik kerana sejak kebelakangan ini sokongan terhadap mereka semakin menurun dan merosot. "Mereka bimbang kerana orang ramai sudah kembali kepada kerajaan.”
Beliau mengulas cadangan PKR menerbitkan akhbar Utusan Rakyat bagi menyaingi pengaruh akhbar Utusan Malaysia di kalangan orang Melayu. Cadangan itu muncul kerana Utusan Malaysia yang disifatkan rasis oleh PKR, diakui keberkesanannya dalam memperjuangkan hak orang Melayu. Sivamurugan berkata, isu-isu politik yang berat sebelah dijangka menjadi bahan utama Utusan Rakyat. "Jika akhbar ini diterbitkan, mereka selalunya akan melaporkan berita yang condong kepada pendirian politik yang dibawa hingga boleh menimbulkan bias."

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Alsagoff berkata, seharusnya kewujudan sesebuah akhbar ialah memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat. "Saya bimbang akhbar itu hanya memainkan sentimen politik dan bukan untuk memaparkan isu-isu semasa serta ilmu pengetahuan kepada pembaca, amat malang juga jika kewujudan akhbar baru itu hanya akan memecahbelahkan orang Melayu akibat manipulasi berita yang disiarkan. Petikan U.Malaysia

BLOGGER DIBAYAR RM 5 RIBU SEBULAN ?

Pada 15 Febuary 2011 satu forum tertutup telah diadakan untuk membincangkan bagaimana PKR dan pakatan rakyat dapat meningkatkan sokongan pengundi melayu. Salah seorang pembentang kertas kerja bersama dengan Nurul Izzah ialah wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari , orang yang sering mengatakan dia seorang yang bebas dan tidak berpihak kepada. Dia kata dirinya bebas, tetapi dia bentang kertas kerja dalam forum PKR bagaimana cara nak jatuhkan Umno dan BN. Bebas kepala angguk dia !
Antara perkara yang dicadangkan oleh Hatta ialah,
• Potretkan masalah bahagian-bahagian Umno supaya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Umno.
• Potretkan masalah PM dan TPM tidak sebulu dan PM akan mengenepikan TPM sekiranya BN menang besar dalam pru akan datang.
• Serang isteri PM, Datin Sri Rosmah Mansor.
• Wujudkan situasi isteri TPM tidak puashati dengan isteri PM.

Itu sebahagian cadangan yang dikemukakan oleh seorang wartawan Utusan Malaysia di mana Umno mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Boleh lihat cadangannya. Tujuan mereka cipta isu itu dan minta ianya disebarkan tidak lain tidak bukan ialah supaya timbul perasaan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Umno sehingga mereka berpecah. Apabila ahli-ahli Umno berpecah ianya akan terbawa-bawa sehingga dalam pru akan datang dan seterusnya membuatkan anda semua marah, tidak bekerja bersungguh-sungguh dan akhirnya BN yang terima kesannya.
Oleh yang demikian janganlah anda semua termakan propaganda-propaganda mereka. Jika anda termakan juga, maka terimalah padah dalam pru kelak. Anda merana, mereka yang untung. Jika ada orang datang kepada anda dan cuba untuk berbisik-bisik atau cucuk-cucuk janganlah anda layan. Itu semua kerja ejen-ejen iblis untuk memastikan kita bergaduh sesama kita dan akhirnya BN tersungkur dalam pru akan datang.

Selain dari apa yang diperkatakan di atas, salah satu perkara lagi yang dibentangkan oleh Hata Wahari ialah tentang blogger-blogger pro Umno dan Kerajaan BN. Hata berkata, blogger-blogger Umno yang ada sekarang adalah blogger upahan. Katanya mereka (blogger) dibayar tidak kurang RM 5000 sebulan oleh pejabat Perdana Menteri dan diuruskan oleh Setiausaha Akhbar PM untuk dua tujuan. Pertama jatuhkan pak-khatan rakyat dan yang kedua, jatuhkan pemimpin yang anti Datuk Seri Najib.

Saya dah bertanya dan berbincang dengan rakan blogger yang pro Umno dan Kerajaan BN sejak semalam lagi. Saya tanya samada mereka ada menerima bayaran sepertimana mana yang Hata dakwa. Semua mereka jawab tidak, termasuklah saya sendiri. Satu keputusan telah dicapai di antara kami, iaitu mencabar Hata Wahari menamakan blogger yang dibayar RM 5000 sebulan oleh pejabat PM. Kita berani kerana benar.
Kita bagi tempoh selama 48 jam kepada Hata Wahari untuk menamakan blogger yang dia maksudkan. Jika gagal, kita semua telah bersetuju untuk mencari beliau dan membaling air kencing kami yang akan dicampurkan dalam satu plastik ke muka Hata.

Kepada rakan-rakan pembaca, saya ingin menyatakan di sini. Cerita-cerita tentang blogger-blogger pro Umno dan kerajaan adalah blogger upahan bukan perkara baru. Cerita ini telah lama disebarkan. Juak-juak sebelah sana sekarang ini sukar menerima hakikat yang blogger-blogger pro kerajaan telah menguasai dunia siber yang selama ini dikuasai oleh mereka. Mereka cuba potretkan blogger-blogger pro kerajaan berblog bukan kerana datang dari kemahuan sendiri sebaliknya hanya kerana duit yang diupah.

Sekarang saya pulangkan kepada pembaca untuk menilai. Sekiranya saya atau rakan-rakan adalah blogger upahan Umno tiadanya kami menghentam Umno sampai nak rak dalam blog masing-masing. Anda semua yang membaca blog ini atau blog rakan-rakan saya setiap hari, anda boleh lihat bagaimana kami menghentam Umno atau kerajaan sekiranya ada perkara yang tak betul. Orang gila manakah dalam dunia ini yang sanggup bayar upah untuk orang hentam dia ? Orang gila seperti Hata Wahari mungkinlah.
Kau jangan cakap banyak lagi Hata Wahari, tempoh 48 jam untuk kau dedahkan siapa blogger yang menerima bayaran RM 5000 sebulan dari pejabat PM beserta dengan bukti-buktinya bermula dari saat ini. Sekiranya kau gagal , maka kau terimalah persinggahan air kencing kami di muka kau.

Petikan dari blog rbf  online.

1 JUTA ORG BUNUH DIRI SETAHUN

Bunuh diri dan gangguan mental


GEJALA bunuh diri yang berlaku dalam masyarakat negara ini semakin berleluasa pada masa kini. Ia seperti satu fenomena yang sudah biasa berlaku, sama seperti kejadian bunuh diri yang berlaku di negara-negara luar, di mana masyarakatnya sudah biasa, lali atau masak dengan kejadian seperti itu.

Umpamanya, di negara China yang merupakan sebuah negara di mana rakyatnya paling ramai membunuh diri. Dianggarkan setiap tahun, lebih daripada 300,000 penduduk China membunuh diri, lebih 10 kali ganda dari jumlah bunuh diri tahunan di Amerika Syarikat. Negara-negara lain yang mencatat kejadian bunuh diri yang tinggi termasuklah Jepun dan Venezuela.

Gejala yang sama turut menunjukkan trend yang mengejutkan di negara ini. Data dari Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan (NSRM-National Suicide Registry Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan. Ia satu trend yang didapati menyamai trend bunuh diri di negara Amerika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati setiap tahun, satu juta orang akan meninggal dunia kerana membunuh diri, dengan anggaran purata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari.

Peningkatan gejala bunuh diri yang berlaku di negara ini menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan kajian mendalam dan agresif dilakukan, di samping merangka pelan pencegahan dan pemulihan yang komprehensif. Berdasarkan trend yang ada, ia seperti menggambarkan wujudnya satu penularan dalam kejadian seperti ini. Gejala yang berlaku di negara-negara luar didapati sudah merebak dan menjangkiti pemikiran dan tingkahlaku rakyat negara ini untuk melakukan perbuatan yang sama. Ini bukan sesuatu yang menghairankan. Memang gejala ini berjangkit dalam masyarakat, tidak kira di mana mereka berada, terutamanya dari segi kaedah dan cara bunuh diri itu dilakukan. Malah gejala bunuh diri lebih mudah berjangkit atau berlaku di kalangan mereka yang tidak stabil tahap kesihatan mentalnya, berbanding dengan individu yang sihat dan mempunyai tahap pemikiran yang waras.

Apakah bunuh diri? Secara umumnya, bunuh diri merupakan satu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan sengaja dan secara sedar dengan tujuan memusnahkan diri sendiri atau bagi mengakhiri kehidupan sendiri sehingga menemui kematian. Dalam kebanyakan kes bunuh diri, ia berlaku akibat ketidakmampuan seseorang individu itu menghadapi tekanan dalam kehidupan yang dialami. Mereka berasa bahawa langkah untuk meneruskan kehidupan bukan satu idea yang baik, sebaliknya lebih menambah kesengsaraan.

Terdapat juga mereka yang terlibat itu merasakan diri mereka disisihkan, berasa sunyi dan tidak dipedulikan, serta berasa kecewa dan dihantui masalah kemurungan. Gejala bunuh diri juga sering berlaku dalam kalangan pesakit mental kronik seperti skizofrenia, kecelaruan personaliti, dan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Individu yang pernah mengalami trauma sebagai mangsa buli dan keganasan juga didapati berisiko tinggi untuk membunuh diri akibat tidak mahu berterusan dibuli atau dipermainkan serta dikasari.

Walaupun gejala bunuh diri sering dikaitkan dengan penyakit mental kronik seperti kemurungan dan ketagihan dadah, namun trend seperti ini mula dipertikaikan. Pendekatan teori psikiatri Barat mendapati kemurungan merupakan punca utama gejala bunuh diri, walaupun ia juga boleh berlaku akibat daripada faktor ketagihan dadah dan gangguan mental yang lain. Di Amerika, kadar bunuh diri yang tinggi berpunca daripada kesan penyakit kemurungan dan ketagihan dadah serta alkohol yang sememangnya tinggi. Namun dalam konteks negara China, perkara ini tidak sedemikian.

Fakta yang wujud apabila mengambil kira terhadap situasi yang berlaku di negara China ialah apabila kajian mendapati peningkatan kes bunuh diri yang berlaku secara luar biasa, menandingi kadar di negara Amerika khususnya, sedangkan kadar penyakit kemurungan kronik dan ketagihan dadah adalah lebih rendah daripada kadar yang berlaku di Amerika. Ini menunjukkan ada perkara atau faktor lain di sebalik penyakit-penyakit mental tersebut yang dikatakan berperanan terhadap kejadian bunuh diri yang tinggi di China.

Ada kemungkinan ia terjadi akibat daripada kesan kadar pengangguran yang tinggi, tahap sistem sokongan sosial dalam masyarakat yang rendah dan bersikap individualistik, kurang kepintaran dalam menyelesaikan masalah atau tekanan budaya dari luar. Pokoknya, ia tidak lari dari faktor sosio-psikologikal dalam menyumbang kepada kes bunuh diri.

Berdasarkan penelitian terhadap fenomena ini, suatu perkara yang jelas ialah kes bunuh diri sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada tekanan atau stres dan juga kestabilan pemikiran individu dalam menjalani kehidupan yang banyak cabaran. Dari segi fakta, tiada mana-mana individu yang sihat dan berasa seronok menjalani kehidupan mereka sanggup membunuh diri sendiri, melainkan apabila keadaan menjadi sebaliknya, atau sistem sokongan dalam masyarakat bagi mencegahnya tidak wujud atau lemah fungsinya.

Namun apabila situasi menjadi lebih buruk, membunuh diri dilihat sebagai satu-satunya cara yang ada bagi menyelamatkan keadaan, ia menggambarkan sesuatu yang tidak kena pada diri individu terbabit, khususnya berkaitan dengan cara mereka berfikir atau menyelesaikan masalah yang ada. Secara tidak langsung, ia berkaitan dengan cara pemikiran mereka yang terjejas, mungkin akibat daripada sindrom kegagalan fungsi otak psikogenik. Pemikiran yang terjejas pula merupakan ciri-ciri kesihatan mental individu yang tidak stabil yang akhirnya membawa kepada pelbagai gejala gangguan mental dan tingkahlaku, termasuklah bunuh diri.

Selain gejala bunuh diri, terdapat satu lagi kategori yang berkaitan iaitu cubaan membunuh diri. Cubaan bunuh diri difahami sebagai satu tindakan bagi membunuh diri, atau cubaan untuk mendatangkan kematian bagi diri sendiri tetapi tidak semestinya berjaya. Dalam peringkat ini, individu terbabit berkemungkinan akan terus berusaha mencapai hasratnya sehinggalah kematian itu diperoleh, atau mereka akan berpatah balik untuk menjalani kehidupan seterusnya secara normal. Bagi keadaan ini, rawatan awal dan tindakan pencegahan mesti diberikan. Walau apapun keadaan dan alasan, bunuh diri tetap satu perbuatan yang dilarang keras dalam Islam dan merupakan satu dosa yang amat besar.

Oleh:
KHAIRUL AZHAR IDRIS
(Fellow IKIM)

Thursday, February 17, 2011

NASIB INTERLOCK DI TANGAN MIC ?

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

APAKAH maksud tersirat MIC apabila Presidennya G. Palanivel berkata, MIC hanya akan menyatakan pendiriannya selepas meneliti versi novel Interlok yang sudah dipinda? Siapa Palanivel untuk menentukan kedudukan Interlok, karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang digunakan dalam mata pelajaran sastera Tingkatan Lima?
Kenyataan ini sedikit angkuh malah dengan sendirinya menafikan kewibawaan sebuah panel bebas yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Difahamkan panel bebas yang dirahsiakan namanya tanpa sebab itu sedang melaksanakan tugas mereka.

Kenyataan Palanivel menafikan hasil perbincangan sebelum ini yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran hingga tertubuhnya sebuah panel bebas. Maknanya hasil pindaan yang dibuat oleh panel itu nanti akan disemak MIC. Hebat sekali MIC. Tentu sekali kalau pindaan itu tidak menepati kehendak orang India, MIC akan menolak versi pindaan itu. Kenapa Palanivel tidak memberi sepenuh kepercayaan kepada panel dilantik oleh Kementerian Pelajaran? Difahamkan panel itu terdiri daripada sasterawan, ahli akademik dan juga wakil kaum India.

Bukankah sikap begini bertentangan dengan amalan tolak ansur khususnya kalangan sasterawan Melayu hingga membenarkan Interlok disunting atas kehendak politik kaum India?
Membenarkan Interlok (sebenarnya tidak ada perkara sensitif) disunting oleh panel bebas mencerminkan pengorbanan besar kalangan sasterawan Melayu. Belum pernah karya Sasterawan Negara diperlakukan sedemikian selepas sebuah panel yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran memilih Interlok.

Kenyataan Palanivel boleh dianggap sengaja menunjukkan ego selepas banyak tuntutan mereka dilayan. Apalah gunanya panel bebas kalau MIC tidak mengiktiraf hasil kerja mereka? Tetapi tidak ada pula kalangan sasterawan dan orang Melayu yang berkata, mereka juga mahu melihat dulu sebarang pindaan sebelum bersetuju.  Kalau tuntutan Palanivel ini dilayan, ternyata ada layanan yang berat sebelah dalam menangani 'kontroversi dangkal' yang dicetuskan oleh orang India.

Adakah ini cara Palanivel menghargai sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh sasterawan Melayu termasuk pengarangnya, Abdullah Hussain? MIC harus belajar menjadi lebih beradab apabila ada pihak memilih jalan jernih dan sanggup mencemarkan maruah sendiri apabila membenarkan sebuah karya dipinda atas tuntutan satu kaum. Nampaknya, selagi pindaan itu tidak menepati kefahaman kaum India, selama itulah MIC tidak setuju. Mungkin kerana mahu memujuk MIC, jangan terkejut kalau selepas ini diadakan pula panel bebas kedua untuk meminda (sebenarnya mencincang) Interlok.

Banyak pihak melihat Interlok bukan isu perkataan 'paria', bukan juga gambaran watak Maniam yang datang dengan kapal untuk menyambung nyawa di Tanah Melayu. Interlok sebenarnya dijadikan 'kambing hitam' politik. Lihatlah bagaimana orang India yang berbeza fahaman politik - MIC, PKR, PPP termasuk pertubuhan haram Hindraf boleh bersatu memperjuangkan isu yang sama.
Maka penyelesaian isu Interlok juga perlu pendekatan politik. Orang Melayu sangat tersinggung cara kita menyelesaikan isu Interlok.
Tetapi dalam jiwa yang membara, orang Melayu diasuh bijak menyembunyikan lara. Tetapi selama manakah lara itu dapat disembunyikan?