Pages

Tuesday, December 21, 2010

DAP KATA UTUSAN RASIS ? TENGOK CERMIN....

SEORANG wartawan akhbar Utusan mengirim e-mel kepada sebuah syarikat dalam industri pelancongan untuk menawarkan satu bentuk kerjasama. Niat rakan media tadi adalah murni iaitu untuk mempelawa syarikat tersebut menjadi sumber kepada bahan berita bagi ruangannya. Sepanjang penulis menjadi wartawan, pelawaan sebegitu kebiasaannya akan disambut dengan tangan terbuka.

Ini kerana ia memberi peluang kepada pihak terbabit mempromosikan aktiviti atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai secara percuma. Ia sebenarnya lebih kepada satu situasi menang-menang kerana kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Namun keadaan sebaliknya berlaku kepada rakan wartawan tadi. Pelawaannya bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi turut disertakan dengan sindiran yang sinis dan menyakitkan hati.

Balasan e-mel yang diterima selepas diterjemah ke dalam bahasa Melayu berbunyi lebih kurang begini: ''Minta maaf, saya memiliki pandangan yang tidak baik terhadap akhbar ini. Akhbar ini menyebarkan sentimen perkauman dan tidak sepenuhnya benar. Saya tidak boleh membenarkan syarikat ini bekerjasama dengan perkara (perkauman dan tidak sepenuhnya benar) sebegitu,".

Kami tidak kisah jika syarikat tersebut menolak untuk bekerjasama. Tetapi untuk mengatakan akhbar ini rasis dan berbohong, ia adalah satu tuduhan yang melampau dan sangat tidak berasas. Adakah wakil syarikat yang mengirim e-mel balasan itu benar-benar membaca akhbar Utusan Malaysia untuk membuat penilaian sedemikian terhadap akhbar ini?

Penulis berpendapat, wakil syarikat itu sebenarnya langsung tidak pernah meluangkan masa untuk meneliti akhbar ini. Kerana jika beliau berbuat demikian, tuduhan sebegitu tidak akan dibuat secara melulu. Penulis juga sangat yakin, wakil syarikat itu juga tidak pernah membaca akhbar lain termasuk akhbar bahasa ibundanya sendiri iaitu akhbar Cina.

Jika wakil syarikat itu benar-benar membaca dan meneliti akhbar Cina, penulis kira tanggapan beliau terhadap akhbar ini akan berubah serta-merta. Rakan-rakan media di akhbar Cina jangan salah faham dengan kenyataan ini. Penulis tidak mengatakan akhbar Cina rasis atau menggalakkan sikap perkauman. Tetapi apa yang cuba penulis jelaskan di sini ialah, pada kebanyakan masa, akhbar-akhbar Cina akan menjadi jaguh dan menjuarai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Cina.

Ini termasuklah dalam soal agama, budaya, bahasa, pendidikan, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Justeru, apa bezanya perjuangan akhbar-akhbar Cina itu dengan akhbar Utusan Malaysia? Bukankah akhbar ini juga perlu menjadi suara bagi orang Melayu dalam isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan masyarakat Melayu dan bumiputera?

Atau mungkin wakil syarikat tadi mahu semua akhbar di negara ini tidak kira berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau Inggeris hanya fokus kepada masalah masyarakat Cina semata-mata? Baru akhbar di negara ini boleh dikatakan tidak perkauman, tidak berbohong, adil dan bebas?

Apa yang boleh disimpulkan daripada e-mel wakil syarikat itu ialah satu bentuk ketidakfahaman yang jelas orang ramai terhadap peranan media. Sebagai akhbar arus perdana, Utusan Malaysia menjunjung tinggi semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Itu adalah tanggungjawab yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pengamal media sekali pun. Begitu pun penulis mengakui akhbar ini terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008, agak lantang dan ke hadapan dalam perjuangan berkaitan isu-isu orang Melayu dan agama Islam.

Namun pembaca terutama yang bukan Melayu perlu faham, selepas pilihan raya 2008, terlalu banyak serangan ditujukan terhadap orang Melayu dan agama Islam. Ia termasuk dalam isu bahasa, biasiswa, kuota, ekuiti, kedudukan raja-raja, sehinggalah kepada kesucian kalimah Allah. Malah, suara-suara sedemikian masih lagi kedengaran sehingga ke hari ini. Sedangkan perkara-perkara itu sudah disebut dengan jelas di dalam perlembagaan sebagai hak-hak istimewa orang Melayu. Maka, Utusan Malaysia perlu menjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara tersebut kepada khalayak pembaca agar orang ramai tidak dipesongkan daripada hakikat sebenar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan isu tersebut.

Penulis tidak melihat apa yang dilakukan oleh akhbar ini serta akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lainnya itu sebagai satu tindakan perkauman. Ia sebaliknya lebih kepada tanggungjawab dalam mempertahankan apa yang hak dan memperbetulkan salah tanggapan di kalangan sesetengah pihak yang bersikap oportunis.

Apakah dalam hal ini, orang Melayu boleh berharap kepada akhbar Cina, Tamil atau Inggeris untuk memainkan peranan itu? Begitu pun, penulis tidak menyalahkan wakil syarikat itu kerana penulis yakin beliau tidak berseorangan dalam berpandangan sedemikian. Ramai sebenarnya yang mendapatkan gambaran yang tidak tepat mengenai Utusan Malaysia. Sentimen politik juga tidak menyebelahi akhbar ini apabila pembangkang boleh disifatkan berjaya membalikkan imej akhbar ini sebagai rasis dan tali barut kerajaan.

Lihat sahaja bagaimana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh pendokong dan peminat akhbar ini sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana kononnya menggunakan fahaman ekstremis. Sikap pemimpin politik seperti ini yang menyalahkan akhbar kerana melaporkan kepincangan parti dan pentadbirannya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Guan Eng serta pemimpin politik sealirannya tidak boleh mengharapkan media memuji beliau melangit ketika kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di Pulau Pinang tidak diendahkan. Penulis tidak mahu menulis panjang mengenai sikap ahli politik sebegini kerana cukup faham agenda di sebalik tindakan mereka menghentam akhbar ini. Tetapi pembaca di luar sana perlu lebih realistik dalam menilai akhbar ini dan tidak terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan oleh ahli politik.

Nasihat penulis kepada wakil syarikat tadi serta pembaca lain di luar sana, luangkan masa meneliti kandungan akhbar ini dan fahami apa yang kami perjuangkan. Penulis yakin jika peranan Utusan Malaysia sebagai 'Penyebar Fikiran Rakyat' benar-benar difahami, wakil syarikat tersebut serta ramai lagi yang berpandangan seperti beliau akan menjadi pembaca setia Utusan Malaysia selepas ini. Petikan U.Malaysia


ULASAN : Tesis saya di peringkat M.A ialah: AKHBAR DAN ISU PERKAUMAN 1987; TUMPUAN KHUSUS KPD WATAN, THE STAR & SIN CHEW JIT POH. Apabila juara-juara perkauman Cina cuba menuduh akhbar Melayu spt Utusan sebagai rasis, saya fikir dia sedang cuba memperbodohkan masyarakat. Pertama spt tulisan di atas akhbar-akhbar berbahasa Cina adalah medium yg jauh lebih rasis. Kedua dlm kajian itu terbukti bahawa tokoh-tokoh DAP dan Cina yg lain ketika itu telah menjadi demagogue yg sgt berkesan membakar semangat perkauman di kalangan kaum Cina.
SEMOGA MASYARAKAT FAHAM ITU DAN TIDAK MUDAH TERPENGARUH DGN LAKONAN-LAKONAN POLITIK YG CUBA MENGELIRUKAN MEREKA.

Monday, December 20, 2010

KITA ADALAH PEWARIS YANG SETIA

Dari darah,

Dari keringat dan dari air mata

Para pejuang silam

Nostalgia ini adalah penggugah

Kepada rasa kasih nenek moyang

Penggoncang rasa rindu dan tanggungjawab

Pada generasi yang bakal dilahirkan.

Kita adalah pendukung sumpah dan amanah, pejuang perkasa !



Di sini,

Mari kita bongkar segala kekuatan

Mari kita bongkar segala rahasia

Mari kita hayati segala amanah para wali,

Mari kita kembali suburgagahkan

Akalbudi kebijaksanaan dan tunjang jatidiri,

Menerobos segala caci maki

Menentang segala penggugatan teras dan tiang seri



Usah dipersiakan darah Jebat

Usah dikhianati janji Tuah

Jangan dihina tangisan Maharajalela

Jangan dinodai amanah Zaaba !

Mari kita tukar luka sejarah

Menjadi madu dan bangkitkan kekuatan luarbiasa !

Kita tidak perlu meratapi cahaya yang padam

Kita tidak perlu untuk terus kehilangan

Mari kita bina perpaduan yang goyah

Mari kita jalin kesetian pada bangsa kepada Tuhan



Kini,

Kita terpulas angin kencang perjuangan

Menitiskan titik-titik hitam sejarah dan watan

Terjebak dengan hujah yang mengelirukan,

Bersengketa sesama sendiri konon tajam ideologi

Bertimbang pada wasangka berdalil pada riak dusta.

Membisikan kebenaran tapi menutup pintu hati

Menanam kejujuran tapi menabur jarum fitnah

Menghulurkan tangan tapi melafazkan dendam curiga

Mengikat persaudaraan tapi luntur di tengah perlumbaan,

Petah berhujah tapi mencemar akidah

Sanggup mengalah kerana kuasa !!!

Memilih kera dari anak sendiri

Mengasah muslihat tapi memperdaya bangsa

Menjangkau globalisasi tapi menukar haluan hakiki

Menjulang kebebasan tapi daif berfikir dan merencana



Kita bukan bangsa yang ditenggelami emosi

Kita bukan bangsa yang kehilangan strategi

Kita bukan bangsa yang menolak paradigma

Kita bukan bangsa yang dangkal fakta dan hujah

Kita bukan bangsa yang rela menjual maruah !



Kita bukan bangsa yang daif berfikir

Kita bukan bangsa yang menyerah kepada takdir

Kita bukan bangsa yang dibelengu kebebalan

Kita bukan bangsa dayus bila ada yang cuba membongkar pusara nenek moyang !

Kita tidak rela hidup dijajah semula !!!



Kita bukan bangsa berjiwa kecil

Melayu adalah bangsa besar dalam kesejagatan

Yang merencana dan memayungi penuh ehsan

Mengukir Malaysia maju gagah perkasa

Mendukung maruah pengibar bendera Melayu Islam seluruh alam

Kita adalah warga dunia bermaruah tinggi penegak kebenaran !



Kita bukan pewaris yang bakal mengemis

Kita adalah pewaris yang gagah, perkasa dan setia.



Oleh :
zainal mohd jais/ahmad sarju
MPM 27 Feb 2010
KSS,  K. Lumpur

Thursday, December 16, 2010

JANJI TPM ANWAR ISU LAPOK & KALUT

Akhbar China Press terbitan 11 Disember menyiarkan sebuah artikel mengenai isu Timbalan Perdana Menteri daripada kaum Cina seperti yang dijanjikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Artikel bertajuk 'Isu Timbalan Perdana Menteri, pisau bermata dua' itu tersiar di ruangan perbincangan rakyat halaman 17 akhbar berkenaan.

Menurut penulisnya yang menggunakan nama samaran Pelangi Timur, isu Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang baru. Malah, Kit Siang sendiri sudah bosan mendengarnya. Justeru kenapa Anwar menimbulkan perkara itu ketika ini? Sudah semestinya beliau mempunyai agenda tersendiri. Ramai yang berpandangan Anwar menimbulkan isu ini kerana berharap mendapat sokongan daripada orang Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Apa yang disebut Anwar itu juga sudah tentu membawa mesej tertentu. Jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, adakah beliau menjadi ketua segalanya. Beliau mahu dua lagi parti komponen pakatan pembangkang tunduk dan setuju dengan pandangannya.

Anwar mungkin akan kecewa kerana strategi ini perlu mendapat sokongan penuh. Sedangkan jika kita lihat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah pun bersuara. Kata Nik Aziz, jika Kit Siang mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau perlu menjadi orang Islam yang kuat.

Hubungan Anwar dan Nik Aziz ini sendiri bermasalah. Ia menggambarkan ada perbalahan antara Pas dengan PKR. Lebih jelas, antara Anwar dan Nik Aziz banyak perkara yang perlu diselesaikan. Jika tidak, antara mereka akan timbul banyak perbalahan dan pandangan yang berbeza-beza.

Kerjasama mereka hanya nampak pada permukaan sahaja. Tetapi di bawahnya, mereka saling bertelingkah. Ini tidak menguntungkan penyatuan pakatan pembangkang. Tulis Pelangi Timur lagi, jika pakatan pembangkang mahu menumpukan sasaran ke Putrajaya, mereka tidak boleh mengabaikan pandangan yang berbeza-beza ini.

Tapi itu juga memang mustahil berlaku. Walaupun sepakat, pakatan pembangkang belum tentu melaksanakan tugas-tugas dengan baik. Dalam isu Timbalan Perdana Menteri juga, orang bukan Melayu tidak pernah mengambil berat mengenai perkara itu. Kerana jawatan itu hanya simbolik sahaja dan tidak ada kuasa penuh. Sedangkan orang Cina tidak berminat dengan kuasa yang tidak sepenuhnya.

Jika ia menjadi isu yang begitu hangat sehingga menyebabkan negara menjadi huru-hara, maka orang Cina sendiri akan menjauhinya. Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO mungkin berasa tidak selesa dengan isu ini.

''Tetapi kesannya tidaklah membimbangkan. Sebaliknya isu ini hanya akan melemahkan pakatan pembangkang. Sebab sebelum ini pemimpin UMNO juga pernah berkata, orang bukan Melayu boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri II. Ini menunjukkan isu itu tidak begitu tinggi dan penting," tulis Pelangi Timur. (petikan U.Malaysia)

Friday, December 10, 2010

MAMPUKAH MELAYU BERSAING PD ABAD BARU ?

B.Harian 2010/12/10

BAGAIMANA Melayu di negara ini bersaing dengan bangsa lain di rantau Asia pada abad ini? Adakah memadai dengan kuasa atau keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hasil perjuangan pemimpin terdahulu atau berbangga dengan jumlah cendekiawan, profesional mahupun pemimpin Melayu?
Tidak ada sesiapa mampu meramal tetapi berdasarkan sejarah, Melayu terkenal dengan warisan budaya, budi bahasa, pelayar terkemuka dan peniaga. Dalam konteks kontemporari dan akan datang, apakah generasi seterusnya mampu menandingi kejayaan Melayu terdahulu yang terbukti kehebatannya. Dalam konteks Malaysia, Melayu golongan majoriti daripada 28.25 j penduduk, bertutur bahasa serta mengamal budaya Melayu dan beragama Islam.

Pensyarah Universiti La Trobe, Australia, Prof Dr Joel Simmons Kahn, ketika membentangkan kertas bertajuk Malay-ness: Other Pasts, Other Futures menggambarkan Melayu sebagai bangsa yang memiliki sifat taat, pasif, berserah, sederhana, jujur, pemurah dan mudah membantu. Beliau berkata, lebih menarik apabila garapan filem Tan Sri P.Ramlee menjadi bayangan siapa sebenarnya Melayu ketika itu.
Joel memberi gambaran menerusi watak dalam filem Penarik Beca apabila P.Ramlee menjadi pemuda miskin dengan latar belakang kampung ketika Melayu belum kenal pembangunan dan perbezaan darjat yang menjadi ukuran kedudukan mereka. Umum sedia maklum, P.Ramlee banyak memaparkan watak baik dan jahat yang digarab secara berkesan. Watak jahat yg sering diwakili golongan atasan menggambarkan bagaimana sikap atau cara mereka menindas golongan bawahan.

Joel menjadikan filem P Ramlee seperti Penarik Beca, Semerah Padi dan Labu Labi sebagai contoh. Latar hidup dan watak dalam filem itu banyak menggambarkan sikap dan cara hidup orang Melayu. Watak Haji Bakhil umpamanya, seorang ahli perniagaan, berkedudukan dalam masyarakat dan seorang haji. Beliau mencerminkan kedudukan Melayu atasan yang baik, namun kedekut.
Joel pakar antropologi selama 3 dekad berkata, apa yang digambarkan P.Ramlee adalah gaya hidup Melayu selepas merdeka yg ternyata sebelum itu mempunyai cerita tersendiri. “Dari sudut demografi, Melayu tinggal di kampung, bertani sebagai sumber ekonomi dan hidup sederhana. Mereka juga terdiri daripada apa yg saya namakan Melayu lain. Golongan ini terdiri daripada Melayu yang datang dari seluruh kepulauan Melayu dan selatan Thailand malah hingga ke Hyderabad, India. Selepas merdeka, merekalah kaum yang membentuk Melayu dan Bumiputera.

Diberi keistimewaan dan kerana terlalu ingin mengangkat kedudukan Melayu di tengah masyarakat, P.Ramlee lupa memasukkan unsur kaum lain yang ketika itu wujud di negara ini.” Selepas beberapa fasa perubahan seperti penjajahan British, Jepun dan kembali kepada British membuatkan Melayu mula berfikir kedudukan mereka dan nasib jika terus dijajah. Mereka sedar perlu berubah, akhirnya bangkit menentang. Mereka melakukan sedikit demi sedikit perubahan dan berhijrah ke bandar. Melayu mula membabitkan diri dalam perniagaan hingga semakin ramai Melayu yang berjaya.
Persoalannya pada abad baru ini, di manakah kedudukan Melayu? Adakah mereka mampu bersaing untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa Jepun, China dan bangsa lain di Asia untuk membentuk abad baru Asia yang bakal menjadi kuasa baru dalam bidang ekonomi, politik dan membentuk satu identiti bangsa Asia

ULASAN : Tidak salah untuk membuat satu analisis bandingan dari filem-filem P.Ramlee dgn masyarakat Melayu semasa. Satu percubaan yg bagus juga oleh seorang ahli antropologi utk menggunakan filem sbg medium membaca karektor masyarakat.
Walaupun benar karya seni itu satu cerminan masyarakat, namun saya fikir tentu kurang adil utk membuat penyeluruhan kpd karektor umum org Melayu ketika itu dgn menyelak beberapa buah filem sahaja.
Ini kerana;
1. P.Ramlee telah menggunakan filem sbg alat menyindir/mendidik masyarakat. Maka sudah tentu banyak insiden-insiden kecil dalam masyarakat yg secara sengaja diperbesarkan utk memberikan implikasi nasihat. 
Maka tentu yg dipaparkan bukan watak dominan Melayu spt yg diramalkan itu.
2. Kalau benar Prof Dr Joel Simmons Kahn, seorang pakar antropologi berwibawa, dan ingin melihat @ menganalisis manusia Melayu secara tuntas, beliau sepatutnya membuat satu kajian komprehensif. Filem barangkali hanya satu persepuluh dari bahan analisisnya.
3. Apa lagi dalam konteks utk membuat ramalan @ jangkaan, kepada keupayaan masa depan orang Melayu mengharungi persaingan global. Analisis spt itu menjadi sangat dangkal utk menjadi "satu titik tolak yg bermaruah" bagi seorang ahli akedemik, dlm membentuk sikap atau memberikan pandangan. 

Friday, November 26, 2010

ASAL-USUSL MELAYU

Oleh:Djazlam Zainal
Asal-usul Melayu memang tidak habis-habis digali biarpun pendapat dan pelbagai siasatan mengenainya telah banyak dilakukan orang. Melayu di nusaantara difahamkan berasal dari benua Asia iaitu dari Indo-Cina menurun ke kepulauan- kepulauan di selatan seperti Indonesia, Borneo, Filipina, Semenanjung Tanah Melayu hinggalah ke Pulau Madagascar di barat, Pulau Marqueses di timur dekat kepulauan Paskah di Amerika Selatan. Ada pula yang mengatakan pemboyongan nenek moyang Melayu dari daratan Asia Tengah dan Kalinga ( India Selatan ) ke Semenanjung Tanah Melayu dan ke segenap kepulauan Alam Melayu termasuk Filipina dan Madagascar 4 - 5 abad sebelum Masehi. Namun satu pendapat yang agak kronik seperti pendapat Thor Meyerdhal yang menaiki rakit dari pelabuhan Calloa di Peru pada tanggal 29 April 1947, bahawa bangsa Melayu Polynesia berasal dari suku asli Amerika Selatan. Katanya, " ada pun pelayaran kami ini ialah dengan tujuan hendak menyiasat berkenaan dengan penduduk-penduduk asli di Kepulauan Selatan itu sama ada mereka itu keturunan dari bangsa-bangsa Amerika Selatan atau tidak, atau seperti yang telah dipercayai bahawa mereka itu ialah seketurunan dengan bangsa-bangsa di Timur Jauh.

Mengikut cerita-cerita dahulukala yang masih belum terang lagi mengatakan bahawa bangsa-bangsa yang menduduki di merata-rata Pulau Polynesia itu ialah berketurunan dari satu bangsa yang berkulit putih, sebab 'Tuhan' mereka yang dinamakan Kon-Tiki itu berkulit putih. Kon-Tiki yang dianggap mereka mereka seolah-olah 'Tuhan Matahari' itu telah biasa menyeberang ke seluruh pulau-pulau selatan hingga ke Amerika Selatan kerana merosakkan berhala-berhala dan candi-candi yang dibuat oleh bangsa-bangsa INCAS di Peru. Hingga sekarang kerosakan-kerosakan yang dilakukan oleh Tuhan Matahari itu masih ada lagi didapati di merata-rata di Kepulauan Selatan sampai ke Pulau Baster dan Pulau Marqueses ( Readers Digest. hal. 7. 1951 ) Walaupun agak sukar diterima, sebagai satu perbandingan ia harus dihormati, bagaimana bangsa Melayu sentiasa menarik minat orang mengkajinya.

Dan bukti-bukti penyiasatan, dikatakan bangsa Melayu bermula dari satu induk sebelum berpecah kepada suku-suku. Semua suku bangsa itu yang mendiami Kepulauan Selatan dinamakan Austronesia. Tetapi ada juga yang memanggil Polynesia. Pemecahan suku dari bangsa-bangsa tersebut adalah berpandukan bahasa yang dipertuturkan. Di Filipina mereka berbahasa Tagalog. Manakala bahasa Tettum pula meliputi Melayu, Aceh, Batak, Lampong, Dayak, Jawa, Sunda, madura, Bali, Bugis, Makassar, Bima, Roti dan Timur. Bahasa Sikka meliputi Solar, Flores. Di Indo-Cina, Chempa dan Ambon. Di New Zealand, bahasa Formosa, Fiji, Samoa dan Maori. Di Madagascar, bahasa Malagasy. Sebagai contoh, sebutan anak digunakan juga dalam bahasa Tagalog, Bisaya, Minahasa, Jawa, Dayak, Bali, Sunda, Bugis, Makassar, Madura, Batak. Di Formosa disebut alak dan Madagascar menyebut yanaka. Manakala sebutan rumah, Melayu menyebutnya rumah, Jawa, omah, Sunda, imah. Roti dan Timur Tengah, umah, Farmosa, guma, Dayak, huma, Bali, umah, Bugis, peruma, Makassar, peuma, Madura, roma. Contoh-contoh di atas menunjukkan induk yang satu berpecah kepada beberapa suku bangsa.

Ada pendapat mengatakan perjalanan bangsa Melayu turun dari benua Asia melalui Semenanjung Tanah Melayu ( dibenarkan dengan penemuan arkeologi tulang-tulang dan tengkorak di Gua Musang, 1954 ) lalu menurun ke Sumatera, Jawa, Bali, Lombok, Suimbawa. dari Jawa ke Kalimantan dan Sulawesi terus ke Filipina, Farmosa dan sebahagian menyeberang pesisir tanah besar China. Dipercayai ( Colledrander ) bumuputra Jepang juga datang dari wilayah selatan sebelum bercampur dengan bangsa Mongol dan Caucasus. Di Sulawesi bangsa imigran bertemu dngan suku bangsa Negrito sebagai orang asal dan melahirkan suku bangsa yang dipanggil Melenesia. Prof. J.C. van Earde ( Belanda ) menyatakan bahawa bangsa Filipina adalah Melayu berdasarkan adat istiadat dan kepercayaan lama mengenai kematian serta bentuk rumah, senjata, pakaian, peralatan pertanian dan lain-lain.

Raut muka orang Filipina sama dengan orang Dayak, Minahasa dan Taroja. Barangkali bangsa Dayak dan Minahasa sampai ke Pulau Kalimantan dan Sulawesi yang berdekatan dengan Filipina atau sebaliknya bangsa Filipina datang ke Kalimantan menjadi suku-suku bangsa Minahasa dan Taroja. Bangsa Farmosa memyamai Melayu Polynesia yang mana terdapat tatoo, berasah gigi, bentuk panah, gelang tangan dan lain-lain. Di wilayah Imerina, Madagascar, ada adat hak kuasa ibu seperti adat Perpatih di Minangkabau. Dikatakan bangsa Polynesia di seloatan berasal dari bangsa Negrito. Tubuh bangsa Negrito ( Negro di Afrika ) berbadan kecil, berkulit hitam dan berambut kerinting. Di Tanah Melayu disebut Semang. Di Pulau Andaman ( Thailand ) disebut Maincopies. Bangsa ini juga terdapat di Filipina dan Papua. Orang laut yang tinggal di dalam sampan di Kepulauan Riau, di pantai Sumatera Timur dan Tanah Melayu hingga ke Kepulauan Margin adalah bangsa Melayu Asli yang bercampur darah Negrito ( Semang ).

Untuk mengenal bangsa, kita perlu asal-usul yang kukuh bagi menepis segala dakyah bahawa orang Melayu sebagai bangsa yang tidak berkualiti. Melayu sebagai bangsa yang paling lama dan mempunyai susur-galur yang kuat dan ternyata utuh oleh segala dugaan dan cabaran. Melayu bangsa yang telah diuji kualitasnya, ternyata benar.

Wednesday, November 3, 2010

'KONSPIRASI SYAITAN' MAKIN PANAS

Pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan PKR  semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan  ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.  Beliau mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan TPM diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.
Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai TPM  jika  berjaya membentuk Kerajaan  tetapi ia akan dilakukan secara halus. “DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai TPM untuk memenuhi kuota DAP.
“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai TPM. Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai TPM. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,” dakwanya.
Beliau membuat dakwaan terbaru itu dalam entri terkini bertajuk Konspirasi Syaitan II di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini, sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat semasa membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu. Sebelum ini, Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas P. Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.
Pendedahan itu kemudian dikukuhkan lagi dengan pengakuan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang percaya dalang utama di sebalik konspirasi tersebut adalah Anwar, memandangkan Ketua Umum PKR itu pernah menasihat agar tidak diberikan ruang kepada Pas. Beliau menambah, bagi memenangi hati bumiputera, DAP akan melaksanakan kempen kononnya parti itu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal negara ini apabila memilih kaum majoriti itu sebagai calon untuk bertanding di bawah bendera parti berkenaan.
Katanya, langkah tersebut disusuli pula dengan sokongan kelompok ‘Anwarinas’ dalam Pas yang gah mendabik dada kononnya, inilah bukti DAP mengiktiraf Islam selaras dengan slogan ‘kepimpinan khalifah’ seperti yang dilaung-laungkan sekarang. “Apa yang Pas tidak tahu adalah kepimpinan DAP dan PKR sebenarnya sedang bermain sandiwara dan silap mata bagi membuktikan parti itu bukan cauvinis atau rasis, kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka dan masa itu barulah golongan badut ini akan ternganga,” ujarnya.
Pada masa sama, Zulkifli mendakwa, calon Melayu juga akan diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain negeri-negeri pantai barat bagi membolehkan calon tersebut dilantik sebagai exco yang menjaga hal-ehwal Islam. Ini kerana jelas beliau, DAP tidak mahu jawatan exco tersebut yang berkuasa ke atas Majlis Hal Ehwal Islam, terlepas ke tangan wakil rakyat daripada parti lain memandangkan majlis itu mempunyai simpanan harta dan tanah wakaf bernilai ratusan juta di Pulau Pinang. Utusan Malaysia.

Thursday, October 21, 2010

Hak Melayu Terkunci Kemas Dlm Perlembagaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta  “terkunci kemas” dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.
"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

"Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit, sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Ketika menyampaikan ucapan bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran" itu, Najib dengan tegas berkata, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kedudukan Melayu sebagai bangsa yang dilindungi hak-hak tertentu, ternyata telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat akomadatifnya.

“Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan kaum yang telah terjalin semenjak dahulu,” katanya diiringi tepukan gemuruh tanda sokongan daripada lebih 4,000 perwakilan dan pemerhati. – Bernama

Wednesday, October 6, 2010

Azmin Wajib Minta Maaf Kpd Dr. Mahathir & Rakyat Malaysia

Pelbagai pihak hari ini mendesak Azmin Ali supaya memohon maaf secara terbuka terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tegas mereka, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak bukan setakat perlu membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi turut wajib bersemuka dengan negarawan itu bagi memohon keampunan.
Selain itu, orang kepercayaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat negara ini yang amat menyayangi dan menyanjungi Dr. Mahathir tetapi tersinggung akibat dihina oleh Azmin. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin ternyata amat kecewa, sedih dan tersinggung dengan kenyataan Azmin yang menggunakan istilah 'tersungkur' ketika merujuk kepada Dr. Mahathir yang dirawat di Australia.
Beliau menyelar Azmin  yang disifatkan sebagai lebih hina dan teruk daripada binatang kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih terhadap sumbangan Dr. Mahathir. "Binatang pun tahu berterima kasih apabila kita berbuat baik terhadapnya, contohnya anjing apabila kita memberinya tulang, binatang ini akan mengerak-gerakkan ekornya sebagai tanda terima kasih.  "Segala kekayaan dan kesenangan yang diperoleh Azmin kini semuanya dikaut semasa era Dr. Mahathir iaitu semasa bekerja dengan Anwar yang pada ketika itu menjadi anggota kerajaan, jadi kenalah bersyukur dan berterima kasih,"
Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengulas kenyataan Azmin kelmarin yang mengakui individu yang dimaksudkan sebagai sedang 'tersungkur' dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak ialah Dr. Mahathir. Malah, Azmin dengan angkuhnya berkata, perkataan 'tersungkur' itu langsung tidak kasar, sebaliknya amat lunak dirujuk kepada Dr. Mahathir berikutan kedegilan beliau bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Sementara itu, bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, walaupun berlainan pendirian politik tetapi Azmin masih perlu menghormati Dr. Mahathir yang banyak berjasa kepada negara. Beliau menarik perhatian bahawa agama Islam sendiri mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain yang lebih berusia sama ada beragama Islam atau sebaliknya. "Azmin kena ingat dulu dia langsung tiada apa-apa, Dr. Mahathirlah yang mencadang namanya supaya diambil oleh Anwar untuk bekerja dan membantunya.
"Malah saya semasa ditahan oleh kerajaan (Dr. Mahathir) bersama dengan Anwar pada 1998, tidak pernah berdendam atau memaki-hamun Dr. Mahathir kerana saya tahu jasanya terlalu besar kepada negara," katanya. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom menyifatkan Azmin sebagai pemimpin 'tidak sedar diri' yang langsung tidak layak menghina atau mengkritik Dr. Mahathir jika dibandingkan dengan jasa dan sumbangan calon Timbalan Presiden PKR itu.
"Azmin terlalu kerdil. Orang muda 'tidak sedar diri' ini perlu memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Mahathir dan seluruh rakyat negara ini. PVTM tidak boleh sampai bila-bila menerima penghinaan ini," katanya. U.Malaysia

Monday, August 23, 2010

JANGAN BIARKAN MELAYU JADI GILA

PULAU Mutiara terus menyajikan cerita menarik. Terbaru ialah mengenai isu khutbah solat Jumaat. Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat isu khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, kepada nama Guan Eng, dalam doa khutbah Jumaat.

Khatib didakwa membaca doa berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri P. Pinang."
Polis memperingatkan semua pihak supaya jangan menggunakan platform yang ada seperti ini untuk memecah-belahkan rakyat.

Apa yang diharapkan, isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam terutama di Pulau Pinang. Pelik juga apabila nama pemimpin negeri disebut dalam khutbah itu sedangkan selama ini, tidak ada nama Menteri Besar/Ketua Menteri malahan Perdana Menteri disebut dalam doa itu. Biasanya hanya nama Agong, sultan atau raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri disebut.

Mungkin jika perkara itu berlaku melibatkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), sudah tentu akan ada desakan pihak sebelah sana supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, jawatankuasa khas, tribunal, kertas putih atau macam-macam lagi.

Begitu jugalah dengan isu-isu lain yang menarik perhatian di Pulau Pinang seperti berkaitan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus berhubung 'lidah biawak', isu Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam, Bazar Ramadan Komtar, isu penjaja Melayu dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan kerajaan negeri. Kalau itu melibatkan kerajaan BN, maka akan ada dakwaan tidak telus, tidak mentadbir dengan cekap, tidak amanah dan entah apa lagi malahan mungkin pemimpinnya disuruh letak jawatan.

Apa yang diharapkan, isu-isu ini tidak dilihat sebagai rasis atau perkauman. Bukan kerana ia hanya melibatkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Sebaliknya satu kes lain membuktikan seorang peniaga Cina juga kurang senang dengan langkah pengurusan Komtar sehingga dia cuba membakar dirinya. Maknanya sudah tentu ada yang tidak kena. Begitu juga penduduk kaum India di Kampung Buah Pala.

Sebagai sebuah negara yang akan mencapai usia kemerdekaan yang ke-53 , kita mahu keharmonian masyarakat berbilang kaum dikekalkan. Kita perlu resah apabila masih ada di kalangan rakyat negara ini yang membangkitkan isu-isu yang boleh menyakiti hati orang lain. Ini termasuklah mempertikaikan institusi raja Melayu, mempersendakan lagu Negaraku, kepala babi dibuang di pekarangan masjid, membangkitkan isu kuota Melayu atau bumiputera dalam 'kek' ekonomi, biasiswa dan sebagainya yang semuanya berkaitan hak istimewa orang Melayu.

Begitu juga dengan isu demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam dan isu bakar Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati Kuala Lumpur. Syukurlah, dua kes ini sudah selesai apabila 12 yang menyertai perhimpunan mengarak kepala lembu didenda RM1,000 manakala dua lagi yang memijak kepala lembu didenda RM3,000. Manakala kes bakar gereja pula, dua beradik dipenjara lima tahun. Begitulah berakhirnya dua isu panas yang menimbulkan keresahan hubungan kaum di negara ini. Diharapkan isu lain juga dapat diselesaikan dengan segera.

Kita juga harus berbangga apabila UMNO dapat mengambil tindakan pantas setelah seorang pemimpin bahagian, Ahmad Ismail didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur rasis semasa berkempen pada PRK Permatang Pauh. Begitu juga dengan Nasir Safar yang memohon maaf secara terbuka dan meletak jawatan sebagai Pegawai Khas PM apabila beliau didakwa memberi ucapan berunsur hasutan. Langkah segera juga diambil oleh kerajaan apabila seorang pengetua sekolah di Kulai, Johor didakwa memberi ucapan berbau perkauman. Walaupun pengetua itu sudah meminta maaf tetapi sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Begitulah berhemahnya orang Melayu yang tidak keberatan menghulurkan tangan memohon kemaafan. Maka dalam kita menuju sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-53 janganlah ditiupkan kembali sentimen perkauman. Jangan sesekali menimbulkan perkara yang membuatkan kaum lain sakit hati, mencari sesuatu yang membuka ruang untuk 'bergaduh' atau memperjuangkan perkara yang boleh menimbulkan prasangka sesama kita. Ingatlah apabila ada pihak yang cuba menyinggung kaum lain, ia umpama bara yang boleh membakar pada bila-bila masa. Hanya perlukan secebis kertas untuk menyemarakkan api.

Justeru, janganlah kita ulangi kesilapan Ahmad Ismail, Nasir Safar, pengetua sekolah dan sebagainya. Elakkan tindakan atau kenyataan seperti yang dicetuskan oleh Namewee (isu Negaraku), Wee Ka Siong, Chua Soi Lek, Tony Pua dan apa saja yang boleh menyentuh hati dan perasaan orang Melayu di negara ini.

Seorang rakan risau melihat gelora yang berlaku selepas tsunami politik 2008. Beliau bertanya, kenapa perlu ada demonstrasi pijak kepala lembu? Kenapa ada Melayu bakar gereja? Kenapa Ahmad Ismail, Nasir Safar dan pengetua sekolah bercakap demikian? Kenapa Nik Ali bersuara? Kenapa Pak Ali berani menepuk bahu Guan Eng? Kenapa Melayu 'serang' Guan Eng semasa ke majlis berbuka puasa?

Tanya sahabat itu lagi : ''Apa sudah jadi dengan orang Melayu? Adakah mereka sudah tidak mampu membendung kemarahan?''. Penulis tidak memberi jawapannya. Cuma penulis terkedu seketika apabila, beliau bertanya ''Adakah itu semua menunjukkan orang Melayu sudah gila?''. Setelah merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis setuju apa yang dimaksudkan dengan 'gila' itu. Semoga Melayu tidak benar-benar 'gila'. HASSAN MOHD. NOOR : U.Malaysia

Monday, August 2, 2010

ELAK TRAGEDI : HORMATI SENSITIVITI KAUM LAIN

MALAYSIA berada dalam situasi bahaya jika isu-isu melibatkan sensitiviti sesuatu kaum terus dipersoalkan.Malah untuk sekian kalinya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan semua pihak supaya jangan menyentuh soal sensitiviti kaum di negara ini.
Nampaknya segelintir pemimpin politik tidak mahu mendengar titah baginda. Apakah titah perintah Yang di-Pertuan Agong supaya rakyat mesti sentiasa menjaga sensitiviti kaum itu sukar dilakukan? Rasanya cukup mudah. Sebelum mengeluarkan pandangan, fikir baik dan buruknya kepada kaum-kaum lain. Jangan ikut sedap mulut sahaja.

Lebih 50 tahun merdeka, perkara sensitif ini dijaga dan tidak dipersoalkan secara terang-terangan. Malah, isu-isu sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan dijadikan sempadan oleh semua kaum agar perpaduan antara mereka dapat dipertahankan. Tetapi kini seorang demi seorang pemimpin bukan Melayu mempersoal hak istimewa Melayu dan bumiputera sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan kaum ini.

Terbaru cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kepada kerajaan Selangor agar memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu. Cadangan pemansuhan diskaun bumiputera jika dilihat secara tersirat adalah usaha berterusan pihak cauvinis kaum itu untuk melemahkan keyakinan rakyat kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan dan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama.

Bukan pihak berkenaan tidak tahu bahawa perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini. Jadi masyarakat di negara ini perlu menghormati prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah kaum bukan bumiputera pun tidak pernah rugi selama ini sejak dasar-dasar membantu bumiputera dilaksanakan.

Malah Perdana Menteri pun akui dasar itu tidak mungkin akan kekal selama-lamanya tetapi pada masa ini, penghapusan diskaun itu belum sesuai dilaksanakan. Jadi, elok parti-parti politik diingatkan selalu agar jangan cuba bertindak melampaui batas. Kita tidak mahu kerana ghairah berpolitik sehingga ia boleh menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ada benarnya. Kita juga bimbang jika cara politik melampaui batas itu diteruskan parti-parti terbabit, ia akan menghancurkan keharmonian dan pembangunan yang dicipta sejak berpuluh tahun lalu. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri perlu melakukan sesuatu dalam memelihara keharmonian kaum. Tanpa kita sedari perbuatan mempersoal hak bumiputera hanya akan mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan yang mungkin berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.

Ingatlah, dalam politik pun ada had dan batasan dan bukan semuanya boleh dipolitikkan.
Petikan U. Malaysia.

Monday, June 21, 2010

MELAYU YG PRIMITIF @ CINA YG BARBARIC ?

Ular Makan Gajah
MELAYU DISERANG DARI SEMUA SUDUT!

1. Apa yang hendak saya tulis ini adalah satu demonstrasi yang jelas mengenai Newton’s Third Law of Motion dalam kehidupan seharian. The third law states that for every force there is an equal and opposite force. For example, if you push on a wall, it will push back on you as hard as you are pushing on it. Maka semua pihak, terutama dua orang ini, perlulah berhati-hati bila hendak menghentam / menghina pihak lain.
2. Kali ini saya ingin poskan penghinaan Dr Wee Ka Siong dan Tay Ting Yian terhadap bangsa Melayu dan keputusan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei 2010 di PWTC, Kuala Lumpur.
3. Mereka bukanlah calang-calang orangnya. Wee adalah Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran manakala Tay pula adalah seorang berjawatan Timbalan Editor Sinchew Jitpoh (SCJP). Mereka berdua bukan buta huruf seperti Cina yang tanam sayur di hujung kampong atau bela babi di pinggir hutan.

Thursday, June 17, 2010

KETUA PEMBANGKANG=KETUA PEMBOHONG - Zaharin

Tan Sri Yang Dipertua,
Cerita atas kertas melihat kerajaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat. 3 pendekatan digariskan bagi mencapai matlamat tersebut, berpusat kepada menjana pendapatan rakyat, meningkatkan taraf hidup semasa dgn meningkatkan akses kepada kemudahan asas serta melaksanakan program khusus untuk kumpulan sasar.

Konsesus Bebas menasihatkan Kerajaan Persekutuan JANGAN JADI MACAM KERAJAAN SETAHUN JAGUNG PAKATAN RAKYAT SELANGOR, JANJI TINGGAL JANJI, KALAU AIR DILAUT DIJADIKAN TINTA NESCAYA TIDAK CUKUP UNTUK MENULIS JANJI-JANJI MEREKA.

"ANWAR PENYOKONG KUAT MAGNUM"

Sikap berpura-pura dan 'talam dua muka' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan pelbagai kenyataan terhadap beberapa isu sememangnya sudah diketahui umum. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, daripada pembentukan 'Kerajaan 16 September' hingga kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, semuanya adalah palsu untuk menutup kes liwatnya yang masih dibicarakan di mahkamah.

''Terbaru sikap berpura-pura jelas dilihat dalam isu penentangan terhadap lesen pertaruhan sukan. Walhal, ketika masih dalam Kabinet dahulu, beliau adalah penyokong kepada syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum). ''Ini didedahkan sendiri oleh rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan yang jelas menampakkan lagi siapa dirinya yang sebenar. Pendedahan ini bagi saya tidak memeranjatkan kerana ia sudah diketahui,''

Wednesday, June 9, 2010

MENJAJAH BUMIPUTERA ? MENUMBANGKAN BN ?

1. Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei 2010 telah mengupas luar dalam Model Baru Ekonomi (MBE). MBE tersebut telah dibentangkan oleh Prof. Dr Normah, Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dan diulas pula oleh empat orang ahli panel – Senator Datuk Akbar Ali, Datuk Halipah Esa, En. Rajani Ramlan dan Prof. Datuk Ramlah Adam.

Sunday, May 16, 2010

KERANA SYAITAN BESAR: PKR IPOH BARAT BUBAR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat hari ini dibubarkan selepas 19 daripada 25 Ahli Jawatankuasanya (AJK) bertindak meletakkan jawatan. Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, daripada jumlah itu, seramai 14 AJK bertindak keluar parti manakala lima lagi mengosongkan jawatan masing-masing.

Thursday, May 13, 2010

SIBU-PAS TERUS SOKONG DAP LAKNATULLAH

Zulkifli Noordin sedih dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu walaupun larangan mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Beliau sedih kerana Pas yang dahulunya terkenal jelas memperjuangkan Islam dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP melibatkan perkara seperti itu.

Monday, April 19, 2010

RAHMAT & LIMPAHAN RASAKSA DIMUSNAHKAN

UiTM SERENDAH:
Rahmat dan Limpahan Rasaksa Dimusnahkan


Ulu Selangor adalah daerah yang terluas di negeri Selangor tetapi masih ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Sembilan daerah lain di Negeri Selangor. Kedudukannya yang agak jauh dari kawasan tumpuan pembangunan dan pentadbiran berbanding lokasi lain di negiri ini, menjadikannya bukan pilihan utama industri atau perniagaan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional, secara berperingkat-peringkat telah membawa pembangunan dan mula mengubah wajah kawasan yang sebelumnya digelar sleeping hollow itu. Pembinaan industri otomobil kereta kedua Negara Perodua, dan kewujudan kawasan industri di Bukit Beruntung, dan peningkatan taraf dan prasarana di pelbagai lokasi tumpuan, pembinaan Bandar moden Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batangkali dan Lembah Beringin, telah banyak membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat di situ.

BILA KEPUTUSAN SUDAH DIBUAT

PRK : ULU SELANGOR
Bila Keputusan Sudah Dibuat.


Salah satu ciri amalan demokrasi yang matang ialah keupayaan untuk merapatkan barisan selepas sesuatu keputusan dibuat. Sebarang polemik, perdebatan, kritikan dan apa-apa perbezaan pendapat, boleh berlaku sebelum keputusan dibuat, tetapi selepas satu keputusan atau ketetapan diambil, semua itu menjadi tidak releven dan mesti dihentikan.

Proses seterusnya selepas itu ialah, melaksanakan segala tugas yang perlu bagi memastikan matlamat bersama mencapai kejayaan cemerlang. Seluruh tenaga, fikiran jentera dan fokus mesti tertumpu ke arah itu.

PRK Ulu Selangor. Polemik tentang kewajaran menukar calon berlangsung dengan sengit. Krisis keyakinan kepada calon lama MIC membawa kepada usaha penolakan sebarang kemungkinan calon parti itu menjadi wakil dalam PRK ini. Percubaan untuk melobi supaya BN menukar calon, khususnya kepada UMNO telah berlaku.

Friday, April 9, 2010

'KAMI LEBIH TAHU CERITA ANWAR'

Penyokong fanatik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan tidak keterlaluan mempertahankan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak tahu perkara sebenar. Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau dan rakan-rakan lain yang telah lama meninggalkan parti itu cukup kenal Anwar daripada luaran dan dalaman.

Katanya, ketika Anwar di dalam penjara, beliau dan rakan-rakan itulah yang berada di barisan hadapan dan amat rapat dengan keluarganya. “Kami lebih tahu cerita dalaman Anwar, (Presiden PKR) Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden) Azmin Ali.

“Saya sarankan kepada teman-teman yang masih berada dalam PKR, waspadalah dengan taktik Anwar, perjuangan kamu hanya sia-sia kerana kamu sebenarnya belum cukup kenal dengan Anwar,” katanya. Petikan u.malaysia.

ULASAN : Dengan pelbagai kerosakan besar yang sudah berlaku, saya kira memelihara maruah cuma seorang yang menjadi faktor kerosakan itu, adalah satu dosa. 28 juta rakyat berhak dan mesti diberitahu, siapa manusia ini sebenarnya, supaya dia terus tidak ‘dipupetkan’, supaya kerosakan lebih besar boleh dielakkan.
Menjadi tanggungjawab dan kewajipan, darurat, kepada para orang keliling yang tahu cerita-cerita benar itu, silalah tidak teragak-agak buat pengakuan.
Demi negara. Demi generasi yang akan kita tinggalkan.
BONGKAR SATU KEWAJIPAN. SIMPAN SATU SUBAHAT.

Tuesday, April 6, 2010

DENYUT NADI RAKYAT - MENGATAKAN....

Sentimen siapa menjadi ‘favourite’ pengundi kriteria utama mesti diambil kira

KEMPEN PRK Hulu Selangor bukan lagi membabitkan teori perancangan strategik. Usaha memenangi hati pengundi akhirnya berbalik kepada faktor perasaan dan hati. Dengan kedudukan dianggap 50-50, maka calon adalah faktor penentu kemenangan.

Calon popular, diterima rakyat, berjasa dan boleh memberi kemenangan antara kriteria yang perlu diambil kira. Ada 63,593 pengundi di Parlimen Hulu Selangor.

PRK ini menyaksikan ‘situasi sukar’ kepada PKR mempertahankan kerusi itu mahupun BN yang mahu memenanginya semula. Bermula dengan mencari calon hingga kempen, masing-masing bakal melalui pelbagai keadaan sukar kerana beberapa elemen yang bakal memberi kesan negatif jika tidak ditangani dengan bijaksana. Ketika PKR tandus calon, keadaan parti kucar-kacir dan pemimpin tertinggi dibelenggu ‘kes’, peluang parti itu mengekalkan kerusi berkenaan sangat samar. Siapa calon PKR di sana – Dr Halili Rahmat atau Mohd Nasharuddin Abd Aziz, nama Datuk Zaid Ibrahim turut disebut.

Monday, April 5, 2010

POLISI AFIRMATIF KEKAL

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan menghapuskan polisi afirmatif tetapi akan menyemak pelaksanaannya secara adil dan telus berdasarkan kepada merit dan keperluan. Perdana Menteri berkata, untuk menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) supaya bersifat lebih mesra pasaran, kebajikan bukan Melayu dan bukan bumiputera juga harus dijaga.
Menurut beliau, semua pihak tidak wajar terlalu taksub dengan satu pandangan sahaja tetapi ia sepatutnya dilihat dalam konteks yang akan memberi perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat. “Tetapi, tindakan afirmatif tetap kekal kerana kedudukan bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya, yang bermakna kita harus meneruskan tetapi pada masa yang sama memperbetulkan kelemahan. Kelemahan yang jelas kelihatan dalam cara pelaksanaan kita sebelum ini.
“Sebagai contoh, jika kita mahu menghapuskan kemiskinan, jika kita mahu menangani 40 peratus populasi yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan, kita juga harus menjaga kebajikan bukan Melayu dan bukan bumiputera juga. “Bila kita bercakap tentang bumiputera ia bukan sahaja mengenai Melayu, ia juga tentang Kadazan, Iban, Bidayuh dan lain-lain, mereka juga bumiputera dan mereka ada hak yang sama,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TV.

Saturday, February 27, 2010

KITA ADALAH PEWARIS YANG SETIA

(Majlis Perundingan NGO Melayu 27 Feb 2010 Kelab Sultan Sulaiman, K. Lumpur)

Dari darah,
Dari keringat dan dari air mata
Para pejuang silam
Nostalgia ini adalah penggugah
Kepada rasa kasih nenek moyang
Penggoncang rasa rindu dan tanggungjawab
Pada generasi yang bakal dilahirkan.
Kita adalah pendukung sumpah dan amanah, pejuang perkasa !

Di sini,
Mari kita bongkar segala kekuatan
Mari kita bongkar segala rahasia
Mari kita hayati segala amanah para wali,
Mari kita kembali suburgagahkan
Akalbudi kebijaksanaan dan tunjang jatidiri,
Menerobos segala caci maki
Menentang segala penggugatan teras dan tiang seri

Usah dipersiakan darah Jebat
Usah dikhianati janji Tuah
Jangan dihina tangisan Maharajalela
Jangan dinodai amanah Zaaba !
Mari kita tukar luka sejarah
Menjadi madu dan bangkitkan kekuatan luarbiasa !
Kita tidak perlu meratapi cahaya yang padam
Kita tidak perlu untuk terus kehilangan
Mari kita bina perpaduan yang goyah
Mari kita jalin kesetian pada bangsa kepada Tuhan

Kini,
Kita terpulas angin kencang perjuangan
Menitiskan titik-titik hitam sejarah dan watan
Terjebak dengan hujah yang mengelirukan,
Bersengketa sesama sendiri konon tajam ideologi
Bertimbang pada wasangka berdalil pada riak dusta.
Membisikan kebenaran tapi menutup pintu hati
Menanam kejujuran tapi menabur jarum fitnah
Menghulurkan tangan tapi melafazkan dendam curiga
Mengikat persaudaraan tapi luntur di tengah perlumbaan,
Petah berhujah tapi mencemar akidah
Sanggup mengalah kerana kuasa !!!
Memilih kera dari anak sendiri
Mengasah muslihat tapi memperdaya bangsa
Menjangkau globalisasi tapi menukar haluan hakiki
Menjulang kebebasan tapi daif berfikir dan merencana

Kita bukan bangsa yang ditenggelami emosi
Kita bukan bangsa yang kehilangan strategi
Kita bukan bangsa yang menolak paradigma
Kita bukan bangsa yang dangkal fakta dan hujah
Kita bukan bangsa yang rela menjual maruah !

Kita bukan bangsa yang daif berfikir
Kita bukan bangsa yang menyerah kepada takdir
Kita bukan bangsa yang dibelengu kebebalan
Kita bukan bangsa dayus bila ada yang cuba membongkar pusara nenek moyang !
Kita tidak rela hidup dijajah semula !!!

Kita bukan bangsa berjiwa kecil
Melayu adalah bangsa besar dalam kesejagatan
Yang merencana dan memayungi penuh ehsan
Mengukir Malaysia maju gagah perkasa
Mendukung maruah pengibar bendera Melayu Islam seluruh alam
Kita adalah warga dunia bermaruah tinggi penegak kebenaran !

Kita bukan pewaris yang bakal mengemis
Kita adalah pewaris yang gagah, perkasa dan setia.


Oleh : zainal mohd jais/ahmad sarju

Thursday, February 18, 2010

"SI KITUL, 'GUINEA PIG' & BOM JANGKA"

RUPANYA DIA BUKAN SI KITUL,
DIA BUKAN SI LUNCAI,
Dia adalah 'guinea pig' dan bom jangka !!!


Sejarah adalah cermin untuk kita membentuk masa depan yang lebih baik. Sejarah juga adalah asas kepada pengukuhan jatidiri dan patriotisma. Tetapi sejarah juga menunjukkan bahawa keruntuhan sesuatu tamadun, atau kemusnahan sesuatu bangsa itu ialah apabila mereka tidak lagi menghormati sejarah sendiri, malah memperlekeh, lebih buruk lagi cuba memadam sejarah.

Thursday, January 28, 2010

JALAN KELUAR untuk ZULKIFLI

ZUL DIPERSIMPANGAN

UMNO parti yang memiliki sejarah peranan dan sumbangan yang luas. Tapi kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan dalam proses pembetulan. Tahap mana ‘TRANSFORMASI’ itu kini berada, kita kurang pasti. Tapi usaha sudah dibuat, kesannya sudah mula kelihatan. Kekuatannya terletak kepada memelihara induk kuasa Melayu dan menghormati kebersamaan.

PKR parti baru pelbagai kaum yang asas perjuangannya ialah ‘hak ketuanan Malaysia’. Melayu dan Islam nampaknya bukan agenda utamanya, malah seolah-olah cuba memecahkan tradisi dan struktur yang ada. Parti ini juga sedang menghadapi perpecahan pemimpin, dan kemerosotan sokongan orang Melayu. Kekuatannya terletak pada personaliti Anwar dan perjuangan hak sama rata semua kaum.

Wednesday, January 6, 2010

AKIBAT POLITICAL GAME YANG TERLAMPAU

BILA SI KITUL DAPAT LABU DARI SI LUNCAI
APA LAGI YANG AKAN TERGADAI ?


Bermula dengan mencabar hak & ketuanan Melayu,
Kemudian memperlekeh dan mempersoal kedudukan & kuasa raja,
Sekarang nama Allah pula menjadi pertaruhan.


Pertama, saya melihat ini sebagai kesan klimaks kepada political game Melayu yang terlampau. Kegelojohan kepada kuasa, persaingan dan tawar-menawar, telah menjadikan Melayu yang menjadi bangsa teras kini mengemis simpati dari golongan minoriti dan seperti sanggup sujud dengan memberi pelbagai “tawaran istimewa”.

Kedua, jangan lupa bahawa setiap kali Melayu atau Islam lemah, orang lain akan dengan rakus menyabit dan menuai di bendang kita, sedangkan kita tertiarap cedera asyik bertikam sesama sendiri, hanya mampu melihat mereka menuai, sambil menyorok di celah semak.

Islam akan dipandang rendah, diperlekeh, bila penganutnya lemah dan bercakaran sesama sendiri. Penganut Islam di sini ialah 'Melayu', maka sikap memperlekeh Melayu yang dianggap tidak penting, kononnya Islam yang diperjuangkan, adalah perangai politikus yang separuh masak, yang dangkal tentang Islam dan survival masa depan, terperangkap dalam ideal rekaan barat, tetapi jumud dan taksub dengan diri sendiri.

Ketiga, kristian secara tradisinya, akan mencari sebab untuk memperlekeh dan menyaingi Islam di setiap pelosok yang dia boleh masuk, dengan strategi yang berbeza. Di bahagian lain di dunia, nama Allah langsung tidak penting pada mereka, tapi di sini mereka bermati-matian mahu menggunakan nama Allah. Itu adalah strategi di Malaysia.

Sangat malang apabila ada pemimpin Melayu berlagak telus dan terbuka, menjadi si kitul yang membukakan pintu untuk tikaman belakang yang sangat melukakan kepada bangsa dan agamanya sendiri.

Umat Islam patut bertenang, jangan memberi reaksi rebel, tetapi kita tidak boleh duduk diam sehingga memberi gambaran bahawa kita sudah sangat bersedia untuk dipijak-pijak dan dilumatkan. Kita perlu bangkit, beri isyarat dengan sangat bijak dan wajar.

Semoga Allah memberi petunjuk dan kiambang kembali bertaut.