Wednesday, January 26, 2011

ANWAR PELACUR POLITIK - SIASAT FIRMA KARPAL

Kerajaan khususnya Menteri Kewangan digesa menyiasat firma guaman milik Pengerusi DAP, Karpal Singh bagi menentukan jumlah pendapatan yang diterima firma tersebut.
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Anuar Shaari berkata, selain Menteri Kewangan, siasatan itu juga perlu melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Menurutnya, LHDN dan JKDM mempunyai autoriti untuk memeriksa pendapatan firma guaman milik Karpal itu melalui cukai pendapatan dan perkhidmatan yang dibayar kepada dua agensi tersebut.
"Karpal dilihat cuba menyembunyi pendapatan yang diterimanya melalui firma guamannya itu termasuk dalam perbicaraan kes liwat melibatkan anak guamnya iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Anwar pula cuba memperbodohkan rakyat apabila berkata tiada bayaran dikenakan ke atasnya oleh Karpal kerana atas semangat setiakawan dan gabungan parti dalam pakatan pembangkang.

"Jadi, saya mahu kerajaan melalui Menteri Kewangan, LHDN dan JKDM menyiasat firma guaman milik Karpal itu. Ia juga bagi memastikan benar atau tidak Pengerusi DAP itu akan mengadili sesuatu kes perbicaraan secara percuma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anuar berkata, tindakan menyiasat firma guaman milik Karpal itu juga perlu dilakukan kerana umum mengetahui Anwar dan Pengerusi DAP itu mempunyai agenda tersembunyi terutama dalam memenuhi kehendak politik mereka.

"Anwar adalah 'pelacur politik' kepada DAP dan beliau akan mengheret semua pengikut-pengikutnya bagi merealisasikan agenda politik jahat DAP di negara ini," katanya.
Beliau berkata, Karpal juga tidak perlu takut untuk memberikan kebenaran kepada Menteri Kewangan, LHDN dan JKDM untuk menyiasat firma guaman miliknya itu sekiranya Pengerusi DAP itu tidak menyembunyikan sesuatu.

Sementara itu, beliau masih menunggu cabarannya kepada Anwar supaya mengisytihar harta peribadinya sebagai bukti Ketua Pembangkang itu tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak dari luar negara.
"Tindakan itu juga sekali gus mampu membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersikap telus dan integriti dalam kepimpinannya," katanya.  Petikan U Malaysia


ULASAN : APABILA ORANG YG BELUM TENTU BETUL, APA LAGI JIKA DALAM BANYAK HAL DIA JUGA ADA BUAT SILAP, TAPI DIBIARKAN BERBUAT SEGALA MACAM PERKARA SECARA BERLELUASA DAN SESUKA HATI, TANPA DITEGUR DAN DIDEDAH KESILAPANNYA, PERSEPSI YG TERBENTUK IALAH; ORANG INI SEOLAH-OLAH SENTIASA BETUL.
TANPA SEDAR, KITA MENGHIDUPKAN SATU WATAK YANG BERLAGAK SEPERTI "RAJA KEBENARAN",  DISANJUNG SECARA FALASI OLEH SEGELINTIR PENGIKUT YANG TERCUCUK HIDUNGNYA.
"SI RAJA KEBENARAN" PALSU ITU PULA SEMAKIN BONGKAK, SEDANGKAN PENGIKUT DAN MASYARAKAT TAK SEDAR, DI SEBALIK BATU BESARNYA, ADA BERBAGAI SPESIS UDANG YG SENTIASA JADI HIDANGAN PERIBADI DAN KELOMPOKNYA.

Monday, January 24, 2011

BERTAUBATLAH ANWAR - TAN SRI HARUSSANI

Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya. Sambil mengakui perubahan yang berlaku pada Anwar pada masa ini amat memeranjatkannya, beliau berkata, antara perbuatan itu ialah pengiktirafannya terhadap gerakan pluralisme yang jelas amat bertentangan dengan Islam. Tegasnya, walau apa alasan sekalipun Anwar sebagai seorang Islam haram mengiktiraf gerakan tersebut kerana kesannya boleh membawa seseorang itu menjadi murtad.

''Hanya Islam agama di sisi Allah dan ini jelas termaktub di dalam al-Quran iaitu dalam surah Ali Imran ayat 19: 'Sesungguhnya Din (agama) di sisi Allah hanya Islam'. ''Bagi saya apa yang dilakukan oleh Anwar ini hanya mengikut nafsu. Anwar sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Sebagai seorang sahabat saya menasihat supaya Anwar kembali ke pangkal jalan dan segera bertaubat kepada Allah SWT,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap perjuangan Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mengulas lanjut Harussani berkata, sekiranya dikatakan semua agama sama, itu sebenarnya merupakan tindakan yang jelas melawan Allah kerana agama di sisi-Nya hanya Islam.

''Murtad dibuatnya. Pluralisme hanyalah merupakan pendapat John Hick bagi memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke-16,'' katanya. Justeru Anwar, harus sedar kehidupan di dunia hanya sementara dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan apabila berhadapan dengan Allah di akhirat kelak. Dalam perkembangan sama, beliau mengakui amat terperanjat dengan perubahan yang berlaku kepada Anwar jika dibanding pada zaman dahulu terutama semasa menjadi pemimpin utama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

''Saya akui pada masa itu saya melihat Anwar merupakan seorang pemimpin Islam yang cukup hebat. Saya juga yakin terhadap kemampuannya membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih islamik. ''Bayangkan melalui pengaruh Anwar kebanyakan mahasiswi yang berada di universiti tidak lagi memakai skirt tetapi berbaju kurung. Perubahan itu hasil daripada pengaruh Anwar sendiri,'' katanya.

Namun beliau berkata, harapan yang disandarkan kepada Anwar itu tidak lagi berpanjangan kerana Penasihat PKR tersebut berubah 360 darjah. ''Anwar sekarang bukan Anwar yang dahulu. Anwar sekarang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Anwar sekarang bertindak hanya mengikut nafsunya demi untuk berkuasa,'' katanya lagi.

Dalam pada itu ketika ditanya sejauh mana hubungannya dengan Anwar, Harussani berkata, beliau merupakan individu awal yang bersama-sama berusaha menubuhkan ABIM. ''Saya bukan tidak kenal Anwar. Mula-mula berceramah pasal (penubuhan) ABIM di Pulau Pinang), saya yang pertama buat perhimpunan. Majistret pun saya panggil, ketua polis, semua hadir, saya himpun.

''Apabila diluluskan penubuhannya saya tidak menjadi ahli ABIM. Puncanya, Anwar ketika itu mahu ABIM ke istana. Saya kata, Anwar, sekarang kita baru jadi 'tauge'. Tauge ini, pukul orang, dia patah, orang pukul (pun), dia patah. Biarlah kita jadi batang kacang orang langgar, dia bercalar, kita sebat, dia bercalar,'' katanya. Ekoran kenyataannya itu, Anwar berkata kepadanya yang beliau telah mati semangat jihadnya.

''Anwar kata, sudah mati, pada kami, Harussani sudah mati, tidak ada lagi (semangat) jihad, jadi saya tidak masuk ABIM,'' ujarnya. Bercerita lebih lanjut, Harussani juga mengakui yang beliau turut terlibat dalam pernikahan Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika bertugas sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang. Harussani berkata, berdasarkan kuasa yang ada padanya pada masa itu, beliau telah membenarkan Anwar dan Wan Azizah dinikahkan atas wali hakim setelah bapa Wan Azizah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

''Bukan saya yang nikahkan tetapi oleh seorang ustaz lain. Saya hanya beri kebenaran sahaja. Akibat kebenaran yang saya berikan itu sepasukan anggota polis datang menemui saya untuk disiasat. Pasukan itu diketuai oleh seorang Asisten Supritendan (ASP). ''Saya tanya sebab apa mereka masuk ke pejabat saya. Pasal kahwinkan (Anwar dan Wan Azizah). Itu hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang? Saya yang berkuasa dalam perkara ini. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah,'' katanya.

Akhirnya beliau berkata, pasukan polis terbabit tidak ambil apa-apa tindakan. Sementara itu dalam satu majlis keraian selepas berlangsungnya perkahwinan itu Harussani pernah bertanyakan kepada Anwar mengenai tahap penerimaan bapa Wan Azizah. ''Pada masa itu Anwar sudah menjadi timbalan menteri. Beliau kata pada saya sekarang ini bapa mertua sayanglah,'' katanya lagi. Petikan U. Malaysia

Saturday, January 22, 2011

ANWAR RAJA PUTAR ALAM - TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘raja putar alam’ kerana dakwa beliau, ketua pembangkang itu adalah penipu paling besar dalam sejarah politik Malaysia. Gelaran itu sewajarnya ‘dikalungkan’ kepada Anwar kerana terlalu banyak pembohongan dan putar belit dilakukan ketua pembangkang itu termasuk mengkhianat kepada negara.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan segala janji-janji manis yang cuba ditawarkan oleh Anwar dan pembangkang.
“Anwar ini adalah ‘raja putar alam’ kerana segala kejayaan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan tidak pernah dihargai sebaliknya dia lebih suka memaki-hamun dan memutar-belit isu bagi menimbulkan kebencian.

“Sebab itu saya berkali-kali memberitahu bahawa Anwar ini adalah pengkhianat, dia sanggup melakukan apa sahaja dan berbohong apa sahaja demi kepentingan politik,” katanya.
Beliau berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kampung Bukit Mambai, di sini malam ini.
Beliau turut menempelak janji pembangkang melalui ‘buku jingga’ yang antara lain mahu melupuskan tol dan menyerah kembali tanah Felda kepada peneroka. Kata beliau, pembangkang hanya berani menjanjikan 10 perkara tidak berpijak di alam yang nyata tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini sejak 53 tahun sudah melaksanakan ribuan janji kepada rakyat.
“Jangan ada di kalangan kita terpedaya dengan hanya 10 janji kosong sedangkan manifesto pada 2008 pun masih banyak yang mereka belum tunaikan. Hanya kerajaan BN yang terbukti dan sentiasa komited untuk membangunkan negara.” Petikan U. Malaysia

Wednesday, January 12, 2011

INTERLOK MANGSA PRASANGKA LIAR MANUSIA JAHIL

Oleh: S. M. Zakir
Novel Interlok karya Abdullah Hussain menjadi polemik yang tidak berkesudahan apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA) menimbulkan isu tentangnya. Novel Interlok menjadi teks Komsas tingkatan lima bermula sesi persekolahan 2011 dikatakan mengandungi unsur sensitif kepada masyarakat India kerana memaparkan sejarah susur galur kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu.

Kenyataan T. Murugiah yang menyebut tentang pengharaman dan ugutan untuk membakar novel tersebut bukan sahaja mencetuskan isu yang sepatutnya tidak timbul tetapi juga membawa kepada tindakan tidak rasional pihak tertentu terhadap novel Interlok. Lebih buruk Interlok menjadi bahan bagi political mileage untuk ahli politik atau pihak yang berkepentingan.

Bahkan ia menjadi rebutan dari pihak parti politik yang berlawanan untuk saling menjuarai kepentingan masyarakat India kononnya tanpa melihat kepada rasional tindakan tersebut. Penglibatan kepentingan politik dalam isu Interlok menjadi faktor besar kepada memburuknya keadaan dan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Malahan ia tidak memberi apa-apa kepentingan besar kepada masyarakat India selain mempergunakan mereka untuk kepentingan politik perkauman. Novel Interlok merupakan sebuah garapan yang sangat baik dan ideal terhadap sejarah pembentukan hubungan kaum yang harmoni di Malaysia. Novel ini dibahagikan kepada empat buku iaitu buku Keluarga Seman, buku Keluarga Chin Huat, buku Keluarga Maniam dan terakhir buku empat Interlok (interlock). Secara keseluruhan Interlok menggambarkan latar awal bermulanya hubungan masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1910 sehingga 1940-an.

Tiga bab yang mewakili tiga kaum seperti yang disebut buku ini mewakili sistem sosial di bawah pemerintahan Inggeris yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris mengamalkan dasar menekan penduduk pribumi iaitu orang Melayu dengan amat halus iaitu secara psikologi dan politik yang terancang. Dengan memperkenalkan dasar pentadbiran dan ekonomi moden berasaskan perindustrian, Inggeris membawa masuk buruh- buruh dari China dan India untuk mengerjakan lombong bijih timah dan ladang getah bagi menyediakan bahan mentah untuk kegunaan industri moden di Eropah.

Pada masa yang sama Inggeris mencipta suatu rupa bentuk masyarakat selari yang terpisah-pisah dan berkotak-kotak, tidak mengenali antara satu sama lain, serta bergantung kepada Inggeris. Perhubungan antara masyarakat diputuskan dengan dasar penetapan bidang ekonomi mengikut kaum. Dengan cara tersebut Inggeris berjaya mewujudkan masyarakat berkotak-kotak dan mencipta apa yang disebut sebagai antagonisme etnik, iaitu setiap etnik melihat etnik lain sebagai antagonis kepada mereka.

Namun Abdullah Hussain melalui novel Interlok memecahkan doktrin Inggeris ini dengan memecahkan dasar pengkotakkan sosial dan penetapan bidang ekonomi mengikut kaum. Pertama penetapan bidang ekonomi mengikut kaum atau etnik dipecahkan apabila Seman memecahkan tradisi menjadi orang Melayu pertama bekerja di estet yang sebelum ini hanya dipenuhi oleh orang India.

Kedua, Abdullah Hussain memecahkan pengkotakkan sosial apabila menyatukan semua kaum menjadi masyarakat yang saling bantu membantu dalam buku atau bab terakhir yakni Interlok. Interlok ialah perkataan Inggeris interlock, yang dimaksudkan oleh Abdullah Hussain sebagai mengunci masyarakat yang terpisah-pisah menjadi satu masyarakat yang bersatu padu. Dalam buku ini ditonjolkan generasi ketiga yang lahir dan membesar di Tanah Melayu bersedia menjadi warga sebuah negara yang bakal tercipta iaitu Malaya, yang kemudiannya lahir sebagai Malaysia pada hari ini.

Ternyata novel ini mengangkat suatu bentuk perjuangan sosial masyarakat bawahan terhadap bentuk penjajahan Inggeris. Kemuncak atau ujian kepada perjuangan sosial ini dibuktikan dalam gambaran suasana menghadapi kekejaman tentera Jepun dan Bintang Tiga. Namun secara halus, Abddulah Hussain membawa ideal perjuangan sosial ini memecah tembok doktrin sistem penjajahan Inggeris yang mewujudkan pengkotakkan masyarakat dan seterusnya melahirkan politik perkauman di Malaysia.

Abdullah Hussain telah mencipta gagasan Satu Malaysia yang tulen dalam erti kata mengunci kepelbagaian kaum yang berbeza menjadi satu entiti yang berkongsi sebuah wawasan bersama. Lebih daripada itu Interlok bukan sahaja wujud sebagai sebuah novel sosial tetapi juga novel sejarah yang menyerap fakta-fakta sejarah ke dalam sebuah fiksyen yang mengagumkan.

Rujukan terhadap fakta sosial dan sejarah ini boleh dilihat daripada beberapa buku ilmiah seperti antaranya Communalism and the Political Process in Malaya oleh K.J. Ratnam (1965), The Naked Social Order oleh Collin Abraham (2004), The Malaysian Indians oleh Muzafar Desmond Tate (2008) dan sebagainya. Interlok tidak mempunyai sebaran unsur penghinaan terhadap mana-mana kaum atau agama di Malaysia. Munculnya perkataan yang menyatakan Maniam daripada kasta paria adalah sebuah pernyataan fakta untuk menjelaskan latar belakang Maniam, dan hal ini ternyata tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina.

Jika tindakan membakar dan mengharamkan Interlok hanya kerana sebaris perkataan yang dikutip secara prejudis perkauman yang tidak berasas ini, bagaimana pula dengan novel-novel besar yang disanjung di India seperti Nectar in a Seive oleh Kamala Markandaya, He Who Rides a Tiger oleh Bhabani Bhattacharya, Coolies oleh Mulk Raj Anand yang terang-terang menyebut dan menggambarkan kehidupan golongan kasta paria yang diperjuangkan.

Malah sebuah buku Mulk Raj Anand bertajuk Untouchable telah diterjemahkan dengan judul Paria oleh Oxford University Press (1964) menggambarkan secara langsung dan terus terang kehidupan kasta bawahan yakni golongan paria. Mengapa novel-novel ini tidak menimbulkan sensitiviti dan dibakar oleh masyarakat India selama ini? Ternyata Interlok menjadi mangsa prasangka liar golongan yang jahil dan manipulasi pihak yang berkepentingan dalam amalan politik perkauman di Malaysia.

Sunday, January 9, 2011

100 ORG INDIA BAKAR NOVEL INTERLOK

Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK). Mereka yang mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima, turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya. Malah, pada satu ketika, seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya dilihat menampar gambar Abdullah dan menggelarkan beliau sebagai 'sasterawan bodoh'.

Turut hadir pada demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan. Ketika bercakap kepada pemberita, Mariah berkata, pihaknya mengaku Interlok adalah karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India di negara ini.

"Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris. "Kalau begitu perasaan orang India kita perlu menghormati mereka, apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar."

Katanya, orang India di negara ini sekarang bertungkus lumus untuk tidak membesarkan isu kasta dan jika boleh, mereka mahu membesarkan anak-anak tanpa mengenal kasta. "Sistem kasta adalah sejarah yang terlampau menghimpit orang India, jadi kita kena hormati mereka. "Terpulang kepada pengarang (Interlok) kalau beliau tidak sanggup mengubah frasa terbabit, itu haknya tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menghormati kaum India.”

Sementara itu, Manoharan pula melontarkan pandangan berbeza apabila mahu kerajaan mengharamkan terus Interlok yang telah mula diterbitkan pada 1971 dan ia wajar dibakar selain tidak dijadikan sebagai buku teks. "Buku (novel) ini harus diharamkan sama sekali kerana ia digunakan kepada pelajar tingkatan lima sebagai teks wajib, harus dianalisis dan terpaksa lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia.”

Beliau yang mengaku sudah dua kali membaca novel itu mendakwa, terdapat tulisan dalam karya tersebut menyatakan kaum India di negara ini semuanya berasal daripada kasta paria dan ia suatu yang amat sensitif. Dalam hal ini, beliau membangkitkan konsep kesamarataan kaum dengan menyatakan: "Kaum India tidak tergolong daripada mana-mana kasta, sebaliknya mereka adalah daripada kasta manusia."Beliau marah apabila dalam Interlok dinyatakan kaum India yang datang ke Malaysia terdiri daripada keturunan Tamil, Telegu dan Malayalam dan kesemuanya adalah dari kasta paria. Petikan U.Malaysia

ULASAN:
1. Itulah gambaran perangai atau karektor dangkal (tidak berilmu dan buta sejarah, buta sastera), sekumpulan orang dan 2 orang pemimpin Melayu (dr. mariah) dan india (m. manoharan) yg telah lupa daratan, lupa sejarah dan tidak berpijak di bumi nyata. Realiti sejarah yg tidak boleh dipadam adalah sumber kekuatan membina masa depan, dan pandangan sekumpulan manusia dangkal berwatak barbarian, tidak harus dibiarkan berlaku dlm masyarakat, apa lagi diberi layanan.

2. Novel ini telah diangkat menang hadiah pada tahun 1967, diterbitkan dan berada di pasaran pada 1971, dan pengarangnya, Dato' Abdullah Hussien telah diangkat menjadi Sasterawan Negara, anugerah tertinggi negara yg dikurniakan oleh DYMM YDP Agung. Lalu apa maknya membakar dan menghina gambar Sasterawan Negara ini.

3. TAHNIAH KPD MANUSIA BERNAMA anwar bin ibrahim, KERANA ANDA TELAH BERJAYA MENTERNAK BIBIT KURANG AJAR, MELAHIRKAN SEMULA BUDAYA BARBARIAN, YANG MEMBUAT TUNTUTAN DGN CARA MEMBUTA TULI DAN REBEL DAN TAK MENGHIRAUKAN PERASAAN ORANG LAIN.
APA LAGI SELEPAS INI ?
ADAKAH MEREKA AKAN MEMBAKAR AL-QURAN KERANA DI DALAMNYA ADA AYAT  TENTANG "KAFIR HARBI" ? 
DAN SPT ISU NAMA ALLAH DAN LAIN2, MANUSIA ANWAR INI AKAN TETAP MENYOKONG, SAMADA BERADA DI DEPAN @ DI BELAKANG....
ADAKAH INI MASIH BELUM MAMPU MEMBUKA MATA ?

Friday, January 7, 2011

KARPAL PERLU JADI SAKSI LIWAT

Karpal Singh perlu menawarkan diri sebagai saksi kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana Karpal pernah menyatakan secara terbuka dalam ceramah DAP di Hotel Federal pada 1997 yang beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Anwar terlibat melakukan sodomi.

Menurutnya, sekiranya Karpal menolak berbuat demikian, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada ahli Parlimen pembangkang itu kerana sanggup membuat kenyataan palsu di tempat awam."Saya tidak percaya Karpal sebagai pengamal undang-undang akan membuat kenyataan demikian tanpa mengenal pasti dan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kenyataan Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Anwar) bahawa beliau diliwat Anwar ketika itu."Bukan setakat itu, Karpal turut mendesak Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah melakukan siasatan.

"Berdasarkan kata-kata Karpal sendiri 'saya akan pastikan fakta sebelum membuat kenyataan umum', saya pasti beliau telah menilai fakta yang ada sebelum membuat kenyataan umum itu," katanya dalam entri terbaru di blognya http://weechookeong.wordpress.com hari ini. Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendesak Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua yang dihadapi Anwar.

Karpal bagaimanapun dalam kenyataan kepada satu portal berita menganggap desakan itu sebagai sukar dibayangkan kerana Anwar telah 'dibebaskan' oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes sodomi yang pertama. Mengulas kenyataan Karpal itu, Choo Keong berkata, beliau tidak percaya pemimpin pembangkang itu tidak membaca penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 yang turut diterbitkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (MLJ).

"Dalam penghakiman oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad menyebut 'Kami mempunyai bukti bagi mengesahkan perayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung percaya bahawa mengatakan kejadian di Tivoli Villa berlaku'. "Sesiapa yang membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan itu pasti membuat kesimpulan bahawa keputusan mahkamah itu adalah jelas. Saya pasti Karpal mengetahui perkara ini, tetapi apabila membaca kenyataan beliau di FMT, kepala saya pusing."

Justeru, beliau mengharapkan Karpal agar terus berpegang kepada perkara yang dikatakannya dalam ceramah DAP di Hotel Federal. "Sekiranya beliau salah cakap dalam ceramah itu, ini adalah peluang untuk membetulkannya dengan menawarkan diri menjadi saksi. Jika tidak, Peguam Negara perlu mempertimbangkan secara serius untuk mengenakan sapina bagi mendesak beliau mendedahkan bukti yang dikatakan dimilikinya."  Petikan U.Malaysia