Pages

Thursday, November 10, 2011

KEBIJAKSANAAN KU LI; ANWAR MANGSA KONSPIRASI

Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Negara pada dekad 80-an. Tapi barangkali bukan selepas tahun 2000. Bukan rahsia bahawa beliau adalah antara tokoh politik yang sangat bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri (walaupun sehari, khabarnya). Gagal dalam percubaaannya untuk mendapat jawatan Presiden UMNO, keluar dan menubuhkan Semangat 46, kemudian membina kerjasama dengan PAS dan DAP dengan nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Di bawah pimpinan beliau, untuk kali pertama dalam sejarah politik Negara, BN ditentang hebat oleh parti pembangkang yang bergabung. Tidak sesuai untuk membuat persamaan, tetapi liku politiknya hampir sama dengan anwar Ibrahim. Namun bila beliau mengatakan bahawa keyakinannya tetap tinggi kepada UMNO, itu mungkin berdasarkan pengalaman lengkap, berada di dalam, di luar, kemudian di dalam UMNO semula.

Sejarahnya itu menjadikan beliau sangat kritis sebagai pemerhati politik. Tetapi sebagai ahli politik, sesekali beliau kelihatan tidak sabar melihat, walaupun kerenah kecil dalam politik UMNO dan Negara. Sebagai orang yang pernah atau mungkin masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, memang beliau sangat yakin untuk menjadi Perdana Menteri yang lebih baik. Sebenarnya perasaan seperti itu bukan bermula sekarang, tetapi mungkin sejak beliau mula bercita-cita demikian, barangkali seawal zaman Tun Hussien Onn.

Percubaan menentang Perdana Menteri dibuat di zaman Dr. Mahathir, kemudian Pak Lah, lalu apa bezanya di zaman Najib. Walaupun nampak jelas Ku Li sudah begitu jauh dari arus perdana politik UMNO dan Negara, sebagai polikus yang bijak dan berpengalaman luas, dia tahu untuk meletakkan diri di tempat yang betul pada ketika yang sesuai.

Sekarang, kedudukan anwar sebagai de facto dan PKR sebagai “glue” kepada PAS dan DAP yang sentiasa seperti minyak dan air, sudah semakin lemah, hilang taring, hilang wibawa. Anwar kelihatan seperti ‘dinasour yang tak berkaki dan cedera parah’. Kalau bukan ke penjara pun, kredibilitinya telah menjunam serendah rumput di bumi. PKR pula menjadi parti yang tak boleh langsung dijadikan model parti yang bakal memerintah Negara.

Maka, Ku Li terhidu pantas vakum yang serius itu. Ada khabar yang mengatakan DAP turut menjadi “pemandu” kepada momentum itu, sementara PAS yang semakin rimas dengan percikkan “darah dan nanah” anwar Ibrahim, dalam senyap memberi ‘blessing’ kepada hasrat Ku Li dan DAP itu. Kalau begitu, anwar yang selama ini ‘takut dengan bayang konspirasi’ akan benar-benar menjadi mangsa konspirasi DAP dan Ku Li.

Peluang berbeza, keadaan berbeza, era yang berbeza. Ku Li mungkin faham kalau kemungkinan dia harus menentang UMNO secara besar-besaran dan membuta tuli, pengalamannya mengatakan, dia akan dilihat penderhaka oleh majoriti orang Melayu yang sebahagiannya bukan ahli UMNO pun. Strategi Ku Li kali ini mungkin lebih “bersifat Melayu” seperti Brutos yang menikam Ceaser, Ku Li menyanjung UMNO tapi mempertikai seluruh kepimpinannya.

Sejauh mana kebijaksanaan political game Ku Li kali ini membuktikan beliau mempunyai finishing yang bagus, hanya masa dan kebijaksanaan Najib dan UMNO akan menentukannya.

5 comments:

  1. sedar2lah kuli, kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi, persiapan ke rumah baru dah lengkap ke? masih nak kejar pangkat PM lagi ke? kesian kat kuli.

    ReplyDelete
  2. anwar "cedera parah" kerana dicederaparahkan oleh siapa? hohoho

    ReplyDelete
  3. Anon, nikmat satu pangkat, cuma yg mengidamnya saja yang tahu. Tapi, yalah, kadangkala, ada orang fikir dia boleh betulkan dunia ini dgn kebijaksanaannya, sampai dia fikir orang lain semua tak boleh, tak layak...

    ReplyDelete
  4. Ibu Bunga,
    "dicederakan oleh siapa" ? satu percubaan mencari salah org lain yg baik. Mari belajar salahkan diri sendiri.
    Spt kanak-kanak yg bermain pisau, atau spt kera yg bermain belacan, atau juga spt Si Luncai dgn labu-labunya...

    ReplyDelete
  5. hahaha...bagus bagus. mari wak jenal, kita salahkan diri sendiri, supaya tidak akan berlaku silap berkali2...kami enggan didodoi dgn sejarah, dan dikeliru pula bahawa negara x pernah dijajah...pening pening...

    ReplyDelete