Pages

Wednesday, June 9, 2010

MENJAJAH BUMIPUTERA ? MENUMBANGKAN BN ?

1. Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei 2010 telah mengupas luar dalam Model Baru Ekonomi (MBE). MBE tersebut telah dibentangkan oleh Prof. Dr Normah, Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dan diulas pula oleh empat orang ahli panel – Senator Datuk Akbar Ali, Datuk Halipah Esa, En. Rajani Ramlan dan Prof. Datuk Ramlah Adam.


2. Tujuan MBE untuk melonjakkan Negara ke tahap berpendapatan tinggi, dari GNP Per Kapita US7,250 (2008) ke US$15,000 (2020), adalah baik dan disokong. Tetapi, setelah mengkajinya dengan teliti, KEB, dengan sebulat suara, telah menerimanya secara bersyarat atau pada prinsipnya ianya DITOLAK. Pendirian ini terpahat dalam Resolusi yang mengandungi 31 syor.

3. Pendirian tersebut dibuat kerana didapati:
3.1 MPEN mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB); yang demikian mengingkari arahan DSN yang mahu objektif DEB terus dikekalkan tetapi kaedah pelaksanaannya yang perlu ditransformasikan;
3.2 MPEN tidak berlaku adil kepada DEB dengan meletakkan kesemua kegagalan / kelemahan pengurusan ekonomi negara ke atas Dasar tersebut dan, yang demikian, tujuan sebenar adalah untuk menyerang dan menghina pemimpin Melayu, khususnya, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir;

3.3 MPEN menghumbankan ke longkang hak-hak keistemewaan Bumiputera di bawah Perkara 153, Perlembagaan Negara dan Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya;
3.4 MPEN tidak menyatakan dengan jelas agenda pembangunan Bumiputera; hanya dua kali perkataan ‘Bumiputera’ disebut dalam buku Ringkasan Eksekutifnya;

3.5 MBE tidak menjamin output / outcome kerana MPEN lebih mengutamakan proses daripada output / outcome; bertentangan dengan arahan TSMY;
3.6 Potensi outcomenya membimbangkan di mana jurang akan semakin melebar dan Bumiputera akan semakin terpinggir – umpama ayam di kepuk mati kelaparan, itek di air mati kehausan;
3.7 MBE boleh menjadi alat untuk menjajah Bumiputera;

3.8 MBE boleh menjadi senjata untuk menumbangkan kerajaan (BN) kerana analisanya yang tidak seimbang – menelanjangkan kelemahan / kegagalan kerajaan (BN) dan kurang memaparkan kejayaannya;
3.9 Kerangka teori MBE agak lemah;
3.10 Bahasa yang digunakan oleh MPEN terhadap kerajaan adalah keras dan kasar; dan
3.11 MPEN tidak jujur serta membuat perbandingan yang tidak adil terhadap usaha kerajaan.

4. Di Majlis Makan Malam pada 29 Mei 2010 anjuran MPM sempena penyerahan Resolusi tersebut kepada DSN, beliau membuat pengakuan berani berikut:
4.1 menegaskan bahawa MBE adalah dokumen MPEN, bukan dokumen kerajaan; ia belum dimuktamadkan (makna PM menjauhkan diri dari dokumen berkenaan);
4.2 memberi jaminan MBE tidak ketepikan agenda Melayu dan Bumiputera;
4.3 meminta orang Melayu jangan khuatir, beliau akan meneliti semua pandangan, termasuk daripada MPM sebagai rakan perundingan utama; dan
4.4 memberi pengakuan bahawa sebagai Presiden UMNO, tidak mungkin beliau tidak mendengar suara orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

5. Laporan / ulasan terhadap KEB ini terdapat di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

6. Pandangan awal saya mengenai MBE terdapat di sini, di sini dan di sini. Ulasan lanjut saya di Kongres tersebut terdapat dalam slides ini – > KEB-MBE.

7. Semua rakyat Malaysia (Bumi dan bukan Bumi) mempunyai stake ke atas MBE ini. Bukan Bumiputera telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap model tersebut demi untuk mempastikan kepentingan masa depan mereka terjamin. Itu hak dan tanggungjawab mereka ke atas anak cucu mereka. Justeru, kaum Bumiputera tidak menyanggah usaha mereka itu memajukan permohanan kepada MPEN.

8. Apa pulak usaha dan tindakan kaum Bumiputera? Terus tidur, lalai dan leka di mana kubur telahpun digalikan untuk bangsa kita? Atau bingkas bangun mempertahan dan memperjuangkan hak anak cucu kita?

9. MPM telah melaksanakan tindakan (a) yang berani dengan MENOLAK MBE dan (b) mengemukakan pula syor yang mantap kepada MPEN. Tindakan tersebut perluhlah disokong oleh semua kaum Bumiputera atas prinsip bulat air kerana pembentung dan bulat masyarakat kerana muafakat. Sebaliknya jika kita tidak bersatu maka yang pastinya ialah antan sama lesung berlaga, ayam yang kenyang!

10. Anehnya mengapa bukan Bumi mengutuk usaha MPM itu dan menghina pula DSN seperti yang terkandung dalam twitter ini?
@weekasiongmp YB, commendable s’ment on MPM. But ur BN Big Boss still took time off 2 address this “primitive” group. How shd we label him? 2:21 AM May 31st via web.
Apa patut dilabelkan orang seperti ini dan tindakan yang sesuai patut diambil?
RENCANA DARI BLOG HIDUP TUAH!

ULASAN SAYA:
Kita sedang berhadapan dan berurusan dgn sekelompok manusia yg sudah tercabut akar (jatidiri), akibat pengabaian kpd aspek budaya, tradisi dan patriotisma puluhan tahun yg lalu.
Kita gila dan rakus kpd matematik dan sains, dan teknologi, sehingga soal roh, jiwa dan batang tubuh manusia kita lihat spt robot yg mahu kita jadikan produk dlm acuan yg diimpikan. Akibatnya kita melahirkan sekelompok manusia yg tak tahu di mana bumi dipijak, tak tahu, ke mana langkah mahu dituju.
Saya bukan mahu menyalahkan generasi terdahulu.
Tapi iktibarnya ialah, kita jangan hilang fokus, jangan keliru dgn prioriti.

4 comments:

  1. Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
    Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
    Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
    Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
    Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, komen tuan.
    Melayu bukan majoriti ?
    kita tak boleh membuat satu penyeluruhan berasaskan kes terpencil atau beberapa kes.

    Ya. Melayu tengah ada masalah. Ya, pemerintah pun sedang ada sedikit masalah.
    Tapi dalam mengharapkan yang perfect, kita semua jugak, kalau mengaku sebagai warga yang baik, perlu bersifat bertanggungjawab.

    Kalau betul ada yng tertidur, kita kejutkan, jangan ditikam dari belakang. Kalau ada nyamuk, kita sembur ridsect, bukan kita bakar kelambu.
    Kemarahan tak terkawal sepanjang masa, sinis, skeptikal, kebencian...tak membantu apa-apa. Malah mungkin memburukkan lagi keadaan.
    Tak gitu tuan.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Bukankah semua yang wujud sekarang bermula sebagai satu bilangan yang asas atau 'terpencil'.
    Banyak yang hebat dan gah sekarang bermula daripada sesuatu yang pada awalnya 'terpencil'.
    Banyak yang hebat dan gah suatu masa dulu, kini 'terpencil'.
    Banyak undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen adalah sesuatu yang 'terpencil'.
    Parlimen adalah pusat kuasa politik dan perundangan yang tertinggi.
    Jika apa yang disebut di Parlimen dan diabadikan dalam hansard dianggap terpencil, kita tunggulah bila Tee Yong diteladani oleh orang lain.
    Masa itu barulah boleh difikirkan sebab dah ramai.
    Betul kata Tuan, kebencian tak membantu apa-apa.
    Kita boleh mula minati dan ucapkan tahniah kepada Tee Yong.

    ReplyDelete
  4. Tuan Shaf Nor,
    Itu pendekatan nak memutarbelitkan hujah saya. Kalau kita nak cari kebaikan bukan begitu bunyinya. Kalau kita nak cari salah sahaja, barangkali, ya.
    Mesej saya, kalau marah nyamuk jgn bakar kelambu. itu jelas.
    U nak harapkan kerajaan yg perfect?
    Ada silap, boleh dibetulkan.
    Tak perlu kita perjudikan nasib dgn menyerahkan kuasa kpd org atau kumpulan yg rekodnya bukan elok pun, malah mcm2 benda buruk & potensi buruk pun yg dah dibuat.
    Jangan sebab ghairah nak yg perfect, semua hancur...
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete