Pages

Thursday, June 17, 2010

"ANWAR PENYOKONG KUAT MAGNUM"

Sikap berpura-pura dan 'talam dua muka' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan pelbagai kenyataan terhadap beberapa isu sememangnya sudah diketahui umum. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, daripada pembentukan 'Kerajaan 16 September' hingga kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, semuanya adalah palsu untuk menutup kes liwatnya yang masih dibicarakan di mahkamah.

''Terbaru sikap berpura-pura jelas dilihat dalam isu penentangan terhadap lesen pertaruhan sukan. Walhal, ketika masih dalam Kabinet dahulu, beliau adalah penyokong kepada syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum). ''Ini didedahkan sendiri oleh rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan yang jelas menampakkan lagi siapa dirinya yang sebenar. Pendedahan ini bagi saya tidak memeranjatkan kerana ia sudah diketahui,''


Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan yang menyifatkan bekas rakan karibnya, Anwar tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan. Menurut Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), sepanjang bersahabat selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara. Zahid berkata, dalam isu jawatan TPM II untuk DAP, Anwar kelihatan 'tidak berpijak di bumi nyata' .
''Sedangkan jawatan Ketua Pembangkang pun diberikan kepadanya atas ihsan DAP. Kerusi Parlimen milik PKR sudah berkurangan dan saya tidak fikir DAP akan memberi laluan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika DAP menguasai.''petikan U.Malaysia

ULASAN : Sangat aneh untuk karektor seperti ini untuk terus dipercayai oleh segelintir penyokong. Apatahlagi sekelompok rakan-rakan terdekat sendiri yg terdiri dari mereka yg dihormati peribadinya seperti Zulkifli Nordin, Dato' Dr. Halili, dan keseluruhan senarai yg meninggalkan beliau dan PKR.
MAKSUDNYA: Baik Anwar, mahupun beberapa kerat lagi penyokong yang tinggal bersamanya, bukanlah orang yang mendukung sebarang perjuangan untuk rakyat, melainkan matlamat tertentu @ pribadi, yg sempit.

No comments:

Post a Comment