Sunday, May 16, 2010

KERANA SYAITAN BESAR: PKR IPOH BARAT BUBAR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat hari ini dibubarkan selepas 19 daripada 25 Ahli Jawatankuasanya (AJK) bertindak meletakkan jawatan. Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, daripada jumlah itu, seramai 14 AJK bertindak keluar parti manakala lima lagi mengosongkan jawatan masing-masing.

Beliau turut mengumumkan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat turut dibubarkan selepas 11 AJK sayap itu keluar parti iaitu kurang dua bulan selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu dibubarkan.
''Sehubungan itu, bilangan ahli PKR Ipoh Barat yang keluar secara rasmi adalah seramai 488 orang termasuk AJK dan ahli dari 15 ranting yang saya tubuhkan. ''Mereka sudah menandatangani surat keluar parti dan saya akan serahkan senarai ini kepada PKR Pusat,"

Fauzi tidak berpuas hati dengan kumpulan yang didakwa sebagai 'syaitan besar' dalam PKR negeri kerana cuba menjatuhkan beliau. Kumpulan itu juga dikatakan menjadi punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meletak jawatan dan keluar PKR.
Menurut Fauzi kumpulan 'syaitan besar' dalam PKR negeri. ''Kumpulan 'kotor' inilah yang mengkhianati parti. ''Saya juga tahu maksud Madzi mengatakan saya pengacau kerana saya menjadi pengacau kepada kumpulan beliau untuk menjadikan PKR Perak sebagai platform agenda besar demi kepentingan kabilah dan peribadi mereka," Beliau turut mendesak Madzi menjelaskan kepada rakyat dan ahli parti tentang skandal penyelewengan dana PKR RM250,000 semasa beliau menjadi Bendahari PKR negeri 2008.

Jika gagal berbuat demikian satu laporan kepada SPRM akan dibuat. Kata Fauzi, skandal tersebut telah menjadi isu hangat dalam mesyuarat PKR negeri Disember 2009. ''Saya akan membuat laporan kepada ROS untuk menyiasat penipuan Mesyuarat Agung Cabang PKR negeri. ''Banyak cabang yang bermesyuarat tidak cukup kuorum tetapi dibenarkan kerana pemantau bersekongkol menipu untuk menyelamatkan cabang-cabang daripada gagal bermesyuarat," tegasnya yang juga merupakan antara pengasas PKR di negeri ini.

2 comments:

  1. Emmm... ada skandal jugak rupanya PKR.
    Ingatkan parti yang bersih lagi suci....

    ReplyDelete
  2. Anon, 'suci dalam debu'.
    Rakyat kena tengok tokoh-tokoh yang tinggalkan PKR, Dr. Chandra, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong, Dato' Zaharin, dan ramai lagi, adalah orang-orang yang memiliki kredibiliti tinggi. Mereka akhirnya sedar perjuangan sia-sia PKR, dan mereka telah diperalatkan.
    Kalau kita berfikiran terbuka, kita akan faham parti jenis apakah PKR ini.

    ReplyDelete