Pages

Tuesday, April 6, 2010

DENYUT NADI RAKYAT - MENGATAKAN....

Sentimen siapa menjadi ‘favourite’ pengundi kriteria utama mesti diambil kira

KEMPEN PRK Hulu Selangor bukan lagi membabitkan teori perancangan strategik. Usaha memenangi hati pengundi akhirnya berbalik kepada faktor perasaan dan hati. Dengan kedudukan dianggap 50-50, maka calon adalah faktor penentu kemenangan.

Calon popular, diterima rakyat, berjasa dan boleh memberi kemenangan antara kriteria yang perlu diambil kira. Ada 63,593 pengundi di Parlimen Hulu Selangor.

PRK ini menyaksikan ‘situasi sukar’ kepada PKR mempertahankan kerusi itu mahupun BN yang mahu memenanginya semula. Bermula dengan mencari calon hingga kempen, masing-masing bakal melalui pelbagai keadaan sukar kerana beberapa elemen yang bakal memberi kesan negatif jika tidak ditangani dengan bijaksana. Ketika PKR tandus calon, keadaan parti kucar-kacir dan pemimpin tertinggi dibelenggu ‘kes’, peluang parti itu mengekalkan kerusi berkenaan sangat samar. Siapa calon PKR di sana – Dr Halili Rahmat atau Mohd Nasharuddin Abd Aziz, nama Datuk Zaid Ibrahim turut disebut.


Ketika PKR dalam situasi sukar, Umno pula kelihatan semakin tangkas selepas melalui proses pemulihan, BN ada peluang lebih cerah. Situasi sukar untuk BN ialah majoriti pengundi mahu calon Melayu. Mereka tidak mahu Palanivel. Pengundi sudah menghantar mesej itu melalui keputusan PRU 2008 apabila beliau tewas dengan majoriti 198 undi.

Palanivel pada PRU 2004 memperoleh 27,807 undi menewaskan Datuk Ismail Kamus (Pas-13,324 undi)-majoriti 14,483. Palanivel hilang 14,285 undi pada 2008 berbanding 2004. MIC perlu merenung dan memikir kenapa itu berlaku. Andai MIC menyifatkan kekalahan Palanivel adalah kerana ‘tsunami politik’ maka itu sekadar alasan untuk melepaskan diri daripada menerima kenyataan bahawa pengundi sudah menolak beliau atau MIC di Hulu Selangor. Lagipun, jika fenomena itu melanda Hulu Selangor, kenapa tiga DUN masih kekal milik BN. Jumlah majoriti ketiga-tiga calon ialah 6,156.

Jelas, sama ada pengundi (Melayu, Cina atau India) menolak MIC atau Palanivel. Sebagai kawasan paling selamat kepada mana-mana calon BN selama 11 penggal, MIC sememangnya beranggapan perlu mempertahankan status quo itu. Tetapi jangan lupa, MIC memperoleh kerusi itu pun melalui semangat kompromi BN pada PRU Ke-8 (1990) apabila MCA memindahkan Lee Kim Sai dari Hulu Selangor ke Hulu Langat.

Lagipun, asal Parlimen Hulu Selangor adalah milik Umno, iaitu diwakili Halimaton Saadiah dalam pilihan raya pada 1955. Datuk Harun Idris, ketika itu bersetuju ‘meminjamkan’ kerusi berkenaan kepada MCA dalam PRU pertama 1959 atas kesepakatan bersama. Namun kerusi itu akhirnya diduduki selama tujuh penggal oleh calon MCA (1959-1986). Ini diikuti dengan MIC (1990-2004).

Palanivel sendiri diangkat 4 kali - PRU Ke-9 (1995) hingga PRU Ke-12 (2008). Tempoh itu sudah cukup rasional betapa Palanivel tidak mungkin dipilih untuk kali kelima di situ dan pasti tidak untuk kali keenam untuk PRU Ke-13 jika beliau menjadi calon BN yang akan diumumkan pada 17 April ini dan kemudian menang pada 25 April.

Jika dilihat daripada sejarah, pusingan giliran calon memang wajar untuk Umno semula mulai PRK ini. Lantas tidak perlu ada sentimen kononnya BN mengetepikan calon MIC. Meletakkan calon Umno juga perlu kerana keputusan PRK itu akan memberi beberapa jawapan besar kepada BN.
Ini berbeza dengan pendirian perwakilan MIC Hulu Selangor yang bermesyuarat dengan Datuk Seri S Samy Vellu dan Palanivel minggu lalu, sebulat suara setuju Palanivel sebagai calon MIC. “MIC bahagian mahu mengekalkan Palanivel. Tetapi keputusan siapa calon BN akan dibuat Perdana Menteri,” kata Bendahari MIC Bahagian.

Mohamed Idris meluahkan peringatan yang memberi makna sangat mendalam: “PKR tengah kelam kabut, tapi kita kalah... teruk kita.” Maknanya, adalah suatu yang mengecewakan jika BN tewas gara-gara tersilap memilih calon ketika BN semakin mantap, manakala parti lawan semakin kehilangan sokongan.
“Siapa calon BN akan menjadi faktor paling utama kemenangan BN di sini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu (MCA), Wong Koon Mun. (petikan kamal ahmad b.harian)

BN BARU MAHU PULIH KEKUATAN. BN TIDAK BOLEH BERDEGIL DENGAN TIDAK MENDENGAR SUARA MAJORITI PENGUNDI. PKR DENGAN MUDAH AKAN MENANGGUK DI AIR KEROH. WAHAI MIC YANG BERJIWA BESAR, BERKATALAH "OH, SAHABATKU UMNO, PROSPEK KAMI UNTUK MENANG AGAK TIPIS, DEMI BN DAN NEGARA, TOLONGLAH LETAKKAN CALON UMNO."

3 comments:

  1. DULU-DULU..
    CALON BATANG KAYU PUN BOLEH MENANG.

    LA NI...
    JANGAN HARAP...
    SILAP HARI BULAN..
    MUSUH PUN BOLEH MENANG.

    adam amin
    Jerlun, Kedah

    ReplyDelete
  2. anon 6:42 tepat sekali pendapat saudara

    ReplyDelete
  3. Anon, Mohamed, kita faham dilema dan sukarnya BN nak buat keputusan, tapi saya fikir MIC kena berjiwa besar, kena faham makna sebenar 1Malaysia, dan jangan sampai kehilangan cermin.

    ReplyDelete