Pages

Monday, April 19, 2010

RAHMAT & LIMPAHAN RASAKSA DIMUSNAHKAN

UiTM SERENDAH:
Rahmat dan Limpahan Rasaksa Dimusnahkan


Ulu Selangor adalah daerah yang terluas di negeri Selangor tetapi masih ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Sembilan daerah lain di Negeri Selangor. Kedudukannya yang agak jauh dari kawasan tumpuan pembangunan dan pentadbiran berbanding lokasi lain di negiri ini, menjadikannya bukan pilihan utama industri atau perniagaan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional, secara berperingkat-peringkat telah membawa pembangunan dan mula mengubah wajah kawasan yang sebelumnya digelar sleeping hollow itu. Pembinaan industri otomobil kereta kedua Negara Perodua, dan kewujudan kawasan industri di Bukit Beruntung, dan peningkatan taraf dan prasarana di pelbagai lokasi tumpuan, pembinaan Bandar moden Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batangkali dan Lembah Beringin, telah banyak membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat di situ.

Cadangan projek bernilai RM300 juta, iaitu pembinaan kampus UiTM di kawasan seluas 400 hektar oleh Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK), kemudian akan disusuli dengan kehadiran 2 kolej swasta yang berprestij yang bakal mengambil keluasan kira-kira 200 hektar lagi, adalah satu gelombang rasaksa pembangunan yang sedang dibawa ke kawasan ini.


Lembah Ilmu Negara
Dengan kapasiti pelajar seramai 5,000 orang, dan boleh meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, belum termasuk tenaga pengajar dan pekerja pelbagai peringkat, kita boleh membayangkan impak luarbiasa yang bakal dibawa ke kawasan itu. Ditambah dengan kehadiran dua kolej swasta yang tentunya berskala besar itu, Ulu Selangor bukan sahaja akan menerima limpahan pembangunan berlipat ganda, malah akan wujud sebagai satu lembah ilmu yang baru di negeri Selangor, malah di Negara ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat telah mengambil langkah yang luar biasa dengan melakukan pelbagai tindakan untuk menggagalkan usaha yang murni itu. Pelbagai tindakan itu berbaur politik, tidak menampakkan asas dari aspek pentadbiran, mahupun kepentingan rakyat, apalagi kepentingan negeri dan masa depan pendidikan generasi muda Negara.

Sama ada agenda peribadi, atau agenda politik, motif tersiratnya tidak sukar untuk ditafsir. Menteri Besar dan pimpinan PR yang akhirnya Berjaya menggagalkan projek itu, langsung tidak memperdulikan manfaat dan limpahan besar yang bakal diperolehi oleh rakyat.

Penduduk Ulu Selangor yang berjumlah lebih 200,000 orang, terdiri dari Melayu 53 peratus, Cina 26 peratus dan India 19 peratus, sentiasa dahagakan pembangunan di kawasan mereka, telah membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada projek tersebut.

Setiap perkembangan bukan sahaja diikuti, malah tindakan YBK dan PYBK sentiasa disertai oleh rakyat pelbagai lapisan dan pelbagai kaum. Baik ketika membuat bantahan kepada pejabat MB, laporan polis terhadap MB, laporan kepada Suhakam dan sebagainya.


Pelbagai limpahan yang bakal diterima
Pembandaran : Pembangunan kampus UiTM yang seluas 400 hektar, serta dua kolej swasta sekitar 200 hektar, adalah keluasan yang sangat mencukupi bagi sebuah perbandaran baru. Kita boleh lihat pembinaan Kampus induk UiTM di Shah Alam sendiri yang pada zaman awalnya merupakan pelopor kebangkitan Shah Alam sebagai Bandar dan ibu negeri Selangor. Pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula misalnya, telah menjadi pemangkin kepada proses pembandaran dan petempatan yang pesat di Bangi. Contoh paling klasik pula ialah pembinaan kampus induk Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok Kedah, di mana kehadirannya telah mengubah satu kawasan hutan menjadi kawasan pertumbuhan baru, dan mendorong pembangunan pesat kawasan sekitarnya.


Limpahan Yang DiterimaLantas, apakah maknanya atau manfaat yang bakal diterima oleh masyarakat setempat dan sekitarnya, jika itu rupa bentuk pembangunan yang datang? Satu impak besar dan mendadak akan datang dan seluruh masyarakat setempat dan di sekitarnya akan mendapat rahmat yang sukar dibayangkan.

Sektor hartanah – Nilai hartanah (tanah dan bangunan) di sekitarnya akan melonjak dengan begitu tinggi, rakyat atau pemilik tanah akan mendapat durian runtuh. Projek-projek pembangunan rumah, kedai, industry atau komersial akan bernilai tinggi dan mendapat permintaan yang memberangkan, pemaju hartanah akan mendapat peluang yang besar.

Sektor industri dan pembuatan akan datang ke kawasan ini untuk memenuhi permintaan dan pasaran yang meningkat. Sektor pembekalan dan peruncitan juga akan menjadi begitu luas dengan pertambahan permintaan yang mendadak. Pelbagai bidang perusahaan kecil sedarhana akan mendapat tempat yang baik. Bidang landscape dan nursery, percetakan, khidmat rundingan dalam pelbagai lapangan, bidang pengangkutan, restoran, bengkel, malah lebih jauh dari itu, limpahan juga akan turut dirasai oleh para penjaja kecil dan kelompok yang baru mahu memulakan sebarang usaha niaga.

Peluang Pekerjaan : Kehadiran tiga buah kampus university berskala besar itu yang berpotensi menempatkan pelajar sehingga 10,000 orang akan secara langsung meyediakan ruang untuk tenaga kerja yang sangat luas, dari tenaga akademiknya, pentadbir, pegawai sehinggalah kumpulan sokongan. Kemudian dengan kehadiran atau kepesatan bidang industry dan perniagaan di kawasan itu pula akan secara serentak menyediakan peluang kerja yang begitu besar yang tidak mungkin mampu pun ditampung oleh penduduk setempat sahaja. Migrasi penduduk dari luar pula akan menjadi pemangkin kepada kepesatan kawasan tersebut.

Limpahan Ilmu dan Persekitaran Hebat : Satu kesan yang kurang disedari oleh ramai pihak ialah, kehadiran sebuah atau beberapa buah institusi pengajian tinggi di sesuatu kawasan akan membentuk satu persekitaran keilmuan dalam masyarakat. Ini adalah satu anugerah yang tidak terbanding dengan nilai ringgit dan material. Kita boleh menjangka potensi generasi yang bakal dilahirkan dari persekitaran sedemikian.

Ini berbanding dengan pilihan sekiranya sesuatu kawasan itu dibangunkan menjadi kawasan industri misalnya, yang kemudian akan mendatangkan pelbagai implikasi alam sekitar, implikasi social dan sebagainya. Begitu juga jika pembangunan pembandaran dan pusat komersial, masyarakat setempat akan menghadapi kesukaran untuk turut serta dalam proses urbanisasi. Bukan mudah untuk mereka menyesuaikan diri dalam kehidupan bandar yang drastik, malah isu social juga adalah masalah induk yang akan turut serta dalam proses tersebut.

Gambaran itu menunjukkan dengan sangat jelas bahawa kehadiran projek rasaksa lembah Ilmu ke kawasan Serendah ini tidak akan mampu ditolak oleh mana-mana pemimpin dan kerajaan yang bertangungjawab dan perihatin terhadap usaha membela nasib rakyat. Malahan di pihak rakyat sendiri, jika mereka Berjaya memahami dan menghayati pelbagai kesan dan limpahan luar biasa yang bakal hadir di depan mata dari projek tersebut, mereka akan bagaimana untuk menjustifikasikan makna sebuah kerajaan negeri yang gagal dan tidak berupaya di beri amanah.

No comments:

Post a Comment