Pages

Monday, November 9, 2009

OH ! JAHILIAHNYA PAS

OH ! JAHILIAHNYA PAS ...
ISTERI MENANGIS, SUAMI MENGGIGIL ...

(Petikan dari UM)


Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Si suami turut menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri. Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Zulkifli Noordin selepas mendengar pengakuan beberapa wakil rakyat parti itu. Wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Khalid Samad.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. "Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah. "Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini.”

Zulkifli lebih terkejut apabila diberitahu bai'ah itu dilulus dan direstui kepimpinan Pas. Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata. "Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi. "Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik." Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?" ujar Zulkifli.


ULASAN:
Dari segi dasar - Diktator
Dari segi kemanusian - Zalim/tak berperi kemanusiaan
Dari segi akal - Dangkal/low class
Dari segi perangai - Jahiliah
Dari segi politik - Kekampungan

INIKAH KAREKTOR BAKAL PEMERINTAH NEGARA?

2 comments:

  1. Hanya akal je blh membezekan mana satu yg baik mana satu yg buruk.
    Tima kasih singgah blog CC.
    Semuanya ok cuma keadaan memaksa CC utk rehat sekejap sambil minum kopi.

    :p

    ReplyDelete
  2. Cik cookie,
    Ya mudah-mudahan orang Melayu mampu menyaring setiap manipulasi akal yang cuba dimainkan oleh mereka yang cuma mahu kuasa, tak kira risiko.
    Tq.

    ReplyDelete