Pages

Tuesday, September 1, 2009

OH! ONG TEE KIAT, OH! SAMY VELLU

ONG TEE KIAT & SAMY VELLU
MESTI MENGADAP NAJIB
NAJIB ADA HAK UNTUK 'MEROTAN'


Bukan rahsia lagi bahawasanya, MCA dan MIC, kini berada di tahap tidak menyumbang langsung kepada kekuatan BN. Walaupun UMNO juga sebelum ini menghadapi kemelut, namun nampak jelas UMNO berusaha keras memperbaiki keadaan, dan terbukti hasilnya dalam beberapa pilihanraya kecil.
Sokongan orang Melayu jauh meningkat. Kecenderungan hilang kepercayaan kepada pembangkang meningkat, sedangkan sokongan bukan Melayu semakin buruk.
Sebagai satu keluarga yang kuat, pada ketika UMNO diasak hebat oleh pembangkang Melayu, sepatutnya ketika inilah kita menagih komitmen dan 'kesehidupsematian' persahabatan dari MCA dan MIC.

Malangnya, dalam beberapa aspek, mereka sebaliknya menjadi liabiliti kepada BN.
Krisis kepimpinan Samy Vellu sudah menjadi pertikaian sejak beberapa dekad.
Konflik kepimpinan MCA masih berterusan walau sudah tiga kali bertukar team kepimpinan.
Selama inipun mereka memang sentiasa selesa kerana bergantung kemenangan pilihanraya dari kekuatan UMNO dan BN keseluruhan.
Sehingga mereka seperti tidak ada kesedaran untuk membantu ketika UMNO sedang dilemahkan.

2 parti komponen yang paling besar, dan paling diharapkan gagal memberi sumbangan ketika UMNO kritikal memerlukan bantuan. Lantas sampai bilakah keadaan itu akan berterusan?
BN adalah satu keluarga besar yang mempunyai sistem berorganisasi yang dihormati.
BN ada pemimpin tertinggi, ada Majlis Tertinggi.
Sejak bila mereka berfikir yang masalah MCA adalah masalah dalaman MCA.
Masalah MIC adalah masalah dalaman MIC.
Sebarang masalah yang mereka anggap dalaman tetapi menyebabkan BN lemah, itu adalah masalah BN. Pemimpin tertinggi BN bukan sahaja perlu dirujuk, malah wajib dilibatkan untuk mencari jalan penyelesaian.
Saya fikir Najib sendiri sudah cukup layak dan berupaya menangani ‘kebongkakkan senioriti’ pemimpin BN lain, sekiranya ada. Majlis Tertinggi BN juga sewajarnya sentiasa berada di kedudukan mampu menangani setiap krisis komponennya.

Pilihanraya kecil hadir satu persatu, PRU pula semakin hampir mendatang, sepak terajang ekonomi dan globalisasi semakin mencabar. Jadi, ISU REMEH TEMEH dalam kelambu yang sepatutnya bukan sukar untuk diselesaikan, kita kena selesaikan dengan pantas.
Jangan kerana sehelai benang layang-layang yang terbuang, dibiar terbelit dan membelit kaki, kita tergolek jatuh menyembah bumi.

2 comments:

  1. Ini kelemahan saya. namun saya selalu percaya dan yakin dengan kelemahan ini. Saya selalu dilabel racist dengan agama & bangsa, namun saya peduli apa, kerana saya sayangkan survival agama dan bangsa saya.

    Saya memang negative thinking dengan sumbangan MCA dan MIC dalam memperkukuhkan Barisan Nasional. Saya yakin, mereka selama ini sekadar menumpang kekuatan UMNO dalam Barisan Nasional. Kemenangan calon-calon mereka selama ini, peratusan besarnya disumbangkan oleh kekuatan UMNO. Pengundi samada Melayu, cina dan india menyokong BN, kerana mereka yakin dengan kekuatan UMNO...kerana itu calon-calon dari MCA dan MIC mampu menang dalam pilihanraya. majoriti kerja keras dari jentera UMNO...bukan BN.

    PRU ke 12 menyerlahkan lagi keyakinan saya bahawa MIC dan MCA tidak menyumbang. Mereka hanya menyumbang kepada kekalahan BN sahaja. Boleh dikatakan semua saluran pengundi cina dan india beralih ke calon PKR, PAS @ DAP.

    Hari ini MCA dan MIC main game lagi. Sudahla mereka tak dapat lagi sokongan kaum masing-masing, tetapi masih sombong dan bongkak, konon bijak untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. Saya percaya PRU13 MIC dan MCA akan menamatkan hayat mereka dan jangan terkejut...kalau UMNO juga bakal mengakhiri hayatnya sebagai pemerintah di Malaysia ini gara-gara 2 rakan kongsi yang hanya mementingkan diri sendiri.

    Ada pandangan orang, game itu sengaja dicetuskan, agar mereka punya alasan untuk demand dalam menuntut sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Saya setuju.
    Saya fikir, orang Cina & India, tak pernah kisah siapa pun yang mewakili mereka, dan mungkin tak pernah kisahpun tentang apa yang akan terjadi kepada orang Melayu dan negara ini.
    Tapi,bagi orang Melayu, baik ahli UMNO atau penentang UMNO, saya percaya majoriti mereka tidak sedar, hari tewasnya UMNO adalah hari kehancuran Melayu. Sama ada ini satu statement extreme atau rasional, masa akan membuktikannya.
    Maka saya fikir, para pemimpin dan pejuang Melayu tak ada pilihan lain selain dari memperkuatkan semula UMNO, dan jangan pernah berfikir 'parti lintang pukang' yang ada di luar sana berupaya menjadi alternatif kepada UMNO.
    Dan saya fikir, orang Melayu yang tak suka UMNO sekalipun, perlu berhenti memperlekeh, mempersenda, malah mempermain-mainkan UMNO; kerana sama ada tindakan itu cerdik atau bodoh, di luar sana ada orang yang sedang bertepuk, tersenyum atau sinis.
    Waallahuaklam...

    ReplyDelete