Pages

Tuesday, September 8, 2009

ANWAR & KHALID IBRAHIM : KERA & BUNGA : ANJING & BAYANG-BAYANG

ANTARA:
ANWAR YANG CUMA PETAH BERCAKAP
DAN KHALID YANG CUMA BERLAGAK KORPERAT
SELANGOR MUSNAH

Seorang atau sebuah parti yang selama ini atau sudah menjadi pembangkang terlalu lama, apatahlagi terperangkap dalam lingkungan budaya politik yang tidak matang, tiba-tiba mendapat kuasa di beberapa negeri.
Secara jujur mereka kena akui bahawa (selain Kelantan) mereka tidak pernah terfikir dan merancang atau bersedia untuk dapat memerintah beberapa negeri selepas PRU 12. Yang mereka tahu, lawan tetap lawan, bangkang tetap bangkang.
Ini kerana sebahagian pemimpin di atas dan sekelompok pengikut di bawah sangat marah atau kecewa dengan UMNO/BN. Separuh dari pengikut mereka tidak faham kenapa mereka ikut pakatan atau parti itu. Tapi secara psikologi sebenarnya :
mereka berasa seronok menaiki gerabak band wagon anti eshtablishment.

Memang ada segelintir karektor manusia yang suka menjerit, puas bila dapat menegur dan mengaibkan orang lain yang buat silap, atau orang lain yang dia tidak suka. Orang seperti ini akan berasa dirinya hebat bila berada 'di sebelah kiri', dan berasa dirinya bodoh atau diperbodohkan bila berada di arus eshtablishment.
Kelompok ini sebenarnya kecil, tapi nampak dominan kerana mereka rajin menonjolkan diri dan terus-terusan mempengaruhi rakyat marhain – pendekatan sosialis yang sangat efektif, terutama dalam era kegawatan ekonomi dan sosial.

Kesannya: apabila mereka sudah menjadi pemerintah, mereka terlajak perangai, terus berlagak seperti pembangkang. Terus berkempen, bercakap, berarak, menjerit ke hulu ke hilir kerana ghairah untuk mendapat kuasa yang lebih besar (memerintah negara), sehingga mereka terlupa bunga yang sudah ada di tangan.
Macam kera dapat bunga. Macam anjing dengan bayang-bayang.

Mereka tidakpun merancang atau membuat apa-apa kerja besar untuk membina bangsa atau negeri yang dikuasai, tapi cuma sibuk kepada pelbagai perkara kecil, gula-gula untuk rakyat, yang membuat rakyat terleka, terus taksub kepada mereka, sedangkan masa depan semakin dirosakkan.
Perancangan pembangunan negeri jadi lintang pukang.
Pelaburan merudum. Pendapatan negeri merosot teruk.
Duit zakat cuba dirampas untuk mengurus negeri, kerana cemas masa untuk membentang belanjawan makin dekat, tapi kantung semakin kering.

Baru mereka sedar kail di tangan cuma sejengkal, tapi berlagak ke laut dalam.
Anak kapal lapar, kebingunan, tak ada yang tahu melayarkan bahtera.
Namun kerana ego, keangkuhan, dan kuasa, mereka tak akan undur. Rakyat yang tak sedar, dan masih marah dengan BN kerana beberapa isu, terus memberi sokongan. Segelintir yang sedar, sedang cemas, bimbang, ada yang menangis kerana sangat takut melihat bahaya di depan anak cucunya.

Tsunami kesan dari globalisasi sudah menunjukkan kemusnahan yang dahsyat. Sudah diberitahu sejak dua dekad lepas (era 90-an), namun tiada usaha mempersiapkan diri. Ini satu era di mana satu virus sebesar zarah, boleh memusnahkan satu benua. Gelombang maya berupaya menukar hitam menjadi putih, putih menjadi hitam.
Rakyat yang walaupun terpelajar,
tapi sama ada kerana masih liar dengan IT atau globalisasi,
atau kerana tidak patriotik dan tidak kuat jatidiri,
atau kerana tekanan ekonomi,
atau tekanan kegagalan semasa parti pemerintah yang menjolok mata,
maka mereka keliru dan membuat perhitungan dengan memberi peluang kepada pembangkang yang tidak pernah bersedia untuk memerintah itu.

Setelah 1 tahun 6 bulan mereka memerintah, kerosakan kepada Melayu, Islam, dan perpaduan, semakin menjadi-jadi, semakin besar dan semakin menakutkan.
Maka apabila ada kemungkinan KERAJAAN ANWAR-KHALID-KIT SIANG akan tumbang, anggaplah itu sebagai kerja besar untuk menyelamatkan bangsa, sebelum kerosakan yang lebih besar berlaku. Kalau ada segelintir rakyat yang marah, masih terlena dengan gula-gula pembangkang, biarlah.

MASA AKAN MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA MEMBUAT KERJA YANG BETUL!

2 comments:

  1. Salam Abang,

    Kita menyatakan bahawa mereka telah membawa kerosakan kepada tanah air tercinta ini selama 1 tahun 6 bulan.

    Dewasa ini pula blogger patriot mewar-warkan bahawa kerajaan ini bakal tumbang tak lama lagi. Berbagai usaha dilakukan bagi memastikan BN kembai berkuasa.

    Persoalannya disini.
    1. Adakah kita telah sedar dari tidur yang panjang sejak 8 Mac 2008?
    2. Jika telah sedar apa yang telah kita buat bagi mengembalikan kepercayaan rakyat?
    3. Adakah pemimpin-pemimpin BN masih selesa di kerusi empuk? Sedangkan ahli biasa terkial-kial mencari tapak? dan,
    4. Benar-benarkah kita telah bersedia untuk mentadbir kembali negeri yang telah tumpas di tangan pembangkang?

    Andai persoalan ini mampu dijawab, percayalah Pas takkan mampu memerintah Kelantan selama 19 tahun. BN juga tak mungkin akan hilang 5 negeri dan hilang 2/3 majoriti ketika PRU ke 12 yang lalu.


    alongstreamyx

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara, komen yang bernas.

    Ya betul, masih banyak kelemahan yang masih belum diatasi.
    Tapi UMNO tak boleh menongkat dagu dan melihat sahaja kemungkaran yang dibuat oleh PR.
    Yang lemah sedang diperkuatkan, yang tak betul perlu terus diperbeulkan. Tapi perjuangan tidak boleh berhenti.

    Ikuti posting saya seterusnya.

    ReplyDelete