Pages

Tuesday, September 22, 2009

BERKUPIAH, PETAH:GUNTING DALAM LIPATAN

BERKUPIAH? BELUM TENTU MELAYU
PETAH DAN MENGHIBURKAN?
AWAS, GUNTING DALAM LIPATAN
UMNO, AMANAH UNTUK ORANG MELAYU


Seluruh orang Melayu kena faham, tidak keliru atau dikelirukan. UMNO adalah satu-satunya bahtera yang sesuai dan terbaik untuk orang Melayu. Bukan PAS, apa lagi PKR.
Sangat penting bagi orang Melayu faham dengan jelas tentang sejarah, tidak keliru atau dikelirukan, faham dan jelas tentang masa depan bangsanya, baru dia akan tahu bahawa setakat ini, tidak ada alternatif bagi UMNO.

Oleh itu;

Tugas memperkuatkan dan memperbetulkan UMNO, bukan sahaja terletak dipundak orang UMNO, tetapi juga di batu jemala seluruh orang Melayu.

Sebagai bahtera yang sedang dalam perlumbaan, walaupun ia bocor, ia harus terus belayar sambil memperbaiki kebocoran.

Sebagai pahlawan yang sedang berjuang, ia perlu terus tangkas bertempur, walaupun sedang cedera, dan sambil merawat lukanya sendiri.

Kewujudan UMNO, sejarah gemilang UMNO, keupayaan UMNO, tanggungjawab masa depan UMNO, adalah satu anugerah luarbiasa kepada bangsa Melayu. Kalau dia cedera, seluruh orang Melayu perlu bersama merawatnya. Yang lemah dikuatkan, yang bersalah dihukum, yang tak layak diketepikan, yang jadi liabiliti mesti sedar diri.

Rakyat pula kena faham perbezaan antara, marahkan anak tangan-tangankan, dengan marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Menghina, memperlekeh, mempermainkan, memperkecil atau memutarbelitkan segala kebaikan yang telah dibawa oleh UMNO, adalah satu RAHMAT BESAR KEPADA SELURUH ORANG YANG MEMUSUHI MELAYU.
Semua Melayu harus faham bahawa PROSES MEMBUNUH UMNO ADALAH PROSES MEMBUNUH MELAYU.

Walau siapa pun yang mendalangi kerja itu, walau siapa pun yang menjadi tali barutnya, orang Melayu jangan mudah keliru dan terperangkap dengan golongan yang bertopeng kononnya alternative pejuang Melayu. Ada yang berkupiah, ada yang bersongkok, bermadah seloka, kelihatan sangat Melayu, lebih Melayunya, tetapi kerja yang dibuat ialah MEMBAKAR BAHTERA MELAYU.

Percayalah, Tuhan sayangkan UMNO, Tuhan sayangkan Melayu, Tuhan sayangkan Islam di bumi Malaysia. Tsunami 2008 adalah amaran, supaya bukan sahaja UMNO, tapi Melayu mesti berubah. Kalau UMNO terlalu busuk seperti dibandingkan oleh orang yang jahil, dengan parti di India, Indonesia, atau Jepun, UMNO hanya tinggal sejarah pada 2008. TAPI jika amaran 2008 itu tidak mewujudkan keadaan UMNO dan Melayu yang lebih baik, percayalah, bahawa, tsunami yang lebih besar akan melanda, kali ini, ia bukan sahaja akan MENGHANCURKAN UMNO, MALAH SELURUH BANGSA MELAYU.

2 comments:

  1. Salam

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

    Pada saya UMNO itu sendiri memang telah sedia kuat. Lihat perlembagaannya. Dengan tujuan, matlamat dan sasaran bagi mendaulatkan Islam, Melayu dan Tanah air. Tiada cacat celanya.

    Yang rosaknya dewasa ini adalah ahli-ahli dan pemimpinnya. Bukan UMNO! Berapa peratus Ahli Jawatankuasa Bahagian yang memahami dan hafaz Perlembagaan UMNO? 50%? 30%? atau 5%? atau hanya Pengerusi Tetap dan Setiausaha Bahagian Sahaja? Itu belum lagi di peringkat sayap bahagian dan cawangan. Kalau di tanya ahli- ahli majlis tertinggi pun dah tentu mereka akan menggigil menjawab akan perihal Perlembagaan UMNO. Yang lancar menjawab cuma Setiausaha Agung dan yang pasti Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Itupun sebab dah diberi gelaran hafiz perlembagaan.

    Inilah akibatnya apabila terlalu asyik mahsyuk dengan politiking. Segala peraturan sudah tidak menjadi batasan lagi. Kerusi utama, kedudukan dan harta mejadi keutamaan. Segalanya dengan prinsip masuk UMNO mesti KAYA. Dan segolongan lagi masuk UMNO dengan tak tahu apa-apa. Borang pun diisikan oleh ketua cawangan, yuran dibayarkan oleh ketua cawangan. bila tak hadir persidangan dimarah ketua cawangan. Sedangkan ahli yang didaftarkan itu tak tahu apa-apa pasal UMNO.

    Kita kena hidupkan dan memperkasakan kembali Biro Tatanegara sebagai sayap UMNO. Atau mewujudkan satu agensi yang mampu menjadi pusat latihan perkaderan UMNO. INMIND, IBBM, Akademi Pemuda dan pelbagai institusi yang diwujudkan oleh UMNO telah luput ditelan masa MODULnya. Ciptalah modul baru untuk kesinambungan generasi.

    Akhirnya, percayalah, UMNO akan terus hidup sekiranya ahli-ahlinya faham dan tahu akan Perlembagaan UMNO.


    alongstreamyx...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya,
    Maaf zahir batin.

    Memang tidak ada jalan mudah untuk UMNO kembali menikmati era sokongan padu rakyat. Apatahlagi sebahagian rakyat sudah dididik jadi kurang ajar dan dirosakkan pemikiran atau persepsi mereka kepada UMNO oleh pembangkang.

    Saya yakin, baik Najib, Muhyiddin, mahupun naib-naib presiden, punya kebijaksanaan, dan tentu tidak berpeluk tubuh melihat kelemahan itu.

    Sudah tentu mereka sudah bersedia dengan plan segera, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengembalikan kegemilangan UMNO.

    Saya yakin mereka tentu sedar dan lebih arif bahawa UMNO perlu sentiasa dipastikan kuat bukan semata-mata untuk menghadapi pembangkang dalam negara, tetapi bagi menerajui proses pembinaan tamadun Melayu, dan bertanggungjawab untuk memimpin Islam sedunia.

    Namun, sejauh mana kefahaman dan kesungguhan itu dikongsi oleh setiap lapisan kepimpinan, dari MT, hingga ke negeri, bahagian dan apa lagi cawangan... wallahuaalam.

    ReplyDelete