Thursday, August 6, 2009

DEKAT BAU BUNGA, JAUH BAU TAHI

Semoga Kiambang Bertaut

Kita bersyukur bahawa kekerapan bertemu secara formal atau tidak formal, antara pemimpin kerajaan dan pembangkang, akan membina rasa selesa, membina persefahaman, dan meminimakan rasa curiga, sangsi atau salah persepsi.

Pertemuan Dato’ Seri Najib dan Dato’ Nik Aziz kelmarin dan semalam, adalah peristiwa yang sebaiknya dipertingkatkan dari semasa ke semasa, dan di semua peringkat kepimpinan Melayu. Semua pemimpin Melayu kena faham, matlamat utama berpolitik ialah bangsa. Jika hasil dari berpolitik itu ialah bangsa menjadi lemah/dipijak, maka kita adalah `politikus parasit’ yang hanya membawa bencana kepada bangsa.

Berbeza dengan makna asal pepatah Melayu itu, jauh bau bunga, dalam politik, kalau kita sentiasa berjauhan, dan tidak ada komunikasi langsung, maka lama kelamaan ia akan menyebabkan terbinanya jurang, dan terdedah kepada pelbagai persepsi yang salah. Akhirnya ia menjadi snowball effect, iaitu konflik atau percakaran yang sukar dimeterai.

Kita yakin, Dato’ Seri Najib seorang yang berjiwa besar, dan mampu mengendalikan kiambang, walaupun baru dilanda ombak besar. Semoga episod yang seterusnya akan memberi makna kepada masa depan Melayu dan negara.

2 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
    klik disini.

    Setiap dari kita punyai pendapat sendiri.. kita hanya mampu menyatakan. Namun kita x mampu memaksa sesiapa menerima pendapat serta pandangan kita.. wallahualam.
    Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    wassalam

    ReplyDelete
  2. Bujang Susah,

    Terima kasih atas beberapa tips.
    Salam sahabat.

    ReplyDelete