Pages

Friday, December 11, 2009

SEKALI MELAYU LEMAH- BERPUSU DATANG MEMIJAK

ANWAR-PAS-DAP HANCURKAN MELAYU-ISLAM

Yang bercakap ialah Datuk Ibrahim Ali,
Yang mengulas ialah Anuar Shaari.
Siapa yang bercakap tidak penting,
Yang penting Melayu perlu sedar kedudukannya sangat genting
.

TAIPING 7 Dis. Melayu akan hancur selagi terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan Islam dan menjadi tunggangan PKR serta DAP. Kehancuran orang Melayu akan lebih kritikal jika tidak bersatu menentang DAP yang semakin melampau dan kurang ajar memijak kepala bumiputera dan Islam.

"Kalau tidak ditangani dengan betul, Melayu boleh jadi bangsa Palestin dan Melayu Singapura yang kehilangan negara." Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada ceramah perdana isu-isu semasa di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau. Menurutnya, kejahatan Anwar, yang dahulunya ditatang 'bagai minyak penuh' di zaman Tun Dr. Mahathir telah dihukum Allah SWT 'secara tunai' di dunia ini kerana sikapnya itu. Katanya, Anwar sanggup menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada Pas dan DAP tanpa memikirkan kepentingan dan nasib Melayu dan Islam.

Melayu dalam pembangkang jadi pengecut dan hanya diam bila DAP kurang ajar. ''Apabila DAP menghina institusi raja, menyamakan Islam dengan agama lain dan memperlekeh bahasa Melayu, Anwar diam membisu, sampai sekarang tidak bersuara. Pas hanya dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk memecahkan undi Melayu.
Melayu perlu kuat dan bersatu kembali di bawah UMNO dan BN demi agama, bangsa dan negara."

GUNA MELAYU HANCUR MELAYU

K. LUMPUR 8 Dis. – Datuk Seri Anwar menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan Melayu. Anuar Shaari bekas Setiausaha Sulitnya berkata, “Dia memang licik, sehingga sebilangan orang Melayu taksub kepadanya. Depan Melayu, dia tonjol diri sebagai juara. Tapi di depan kaum lain, dia cakap lain. Dia sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Beliau menasihatkan Melayu yang masih percaya Anwar, sedar dan meninggalkannya. (Petikan U.Malaysia)


ULASAN:

Sekali Melayu berpecah dan lemah, berpusu-pusu orang datang memijak pusara nenek moyangnya.
Sekali bukan melayu diajar kurang ajar, beribu kali mereka menghina, mencabar dan menuntut segala di luar batasan.

Apa lagikah yang mampu membuat Melayu bangkit sedar dari mimpi bahawa serigala lapar sedang menyalak, menggigit dan merobek di sekelilingnya?
Apa lagikah yang mampu membuat Melayu sedar, nenek moyang mereka menderita melihat dari kuburan, cucu cicitnya semakin dayus dan tak berdaya?
Apa lagi yang mampu membuat kita insaf, anak cucu bakal mati kelaparan di kepuk sendiri, mati kehausan di sungai yang luas?

Sedarkah bahawa kita semua sedang mengumpul dosa, meracuni anak dalam kandungan sendiri?

2 comments:

  1. Aslmkm Zainal.
    Kak G sudah respon kpd ulasan sdr tu di blog kak G sendiri. Sila la ke sana lg utk membacanya ya ...
    Paparan di blog ini membawa maksud sdr amat sayangkan bangsa Melayu. Kak G percaya kebanyakan orang Melayu juga begitu. Cuma Kak G berdoa semoga juga semuanya jujur & ikhlas kerana Allah SWT. ... Kalau sdr sudah yakin Kak G ni 'educated,' alhamdulillah Kak G telah dianugerahkan hingga dpt sampai ke tahap akademik yg tertinggi. Yakini jugalah bahawa Kak G berfikiran terbuka & tidak mempunyai kepentingan peribadi.
    Hmmm, jelas anda juga sampai ke tahap bencikan Anwar, tetapi dlm nafas yg sama menyokong Tok Mat serta pro UMNO. Kak G pula tidak bencikan sesiapa & tak juga memuja sesiapa atau organisasi apa ... tp bila membuat rumusan, mmg amat rasional & praktikal, selepas melihat & menilai dgn adil & saksama ... bertindak juga sebijaksana yg terdaya.
    Pada Kak G, kalau mmg ikhlas mahu menolong Melayu, tolonglah saja semuanya ... terlalu byk caranya dan daya upaya serta juga sudah pasti akan menguntungkan bangsa ... jgn bersyarat serta guna taktik yg jelek-jelek sp manipulasi & provokasi. Taktik begitu dah lapuk, dah basi & tdk relevan lg. Jadilah sp ibubapa yg tulus ikhlas & adil mengasihi serta berkorban apa saja untuk semua anak-anaknya. Tak gitu?
    Sdr punya 'credentials' yg memberangsangkan. Kak G percaya semuanya mmg wadah yg baik utk berkhidmat & berjuang kpd kebaikan umah. Selamat berkhidmat.

    ReplyDelete
  2. DDrfauziah,

    Saya faham, kita agak berbeza, tapi yang penting ialah saling menghormati pendirian, dan bertukar fikiran secara terhormat.

    Saya fikir, masalah orang Melayu hari ini ialah mereka sentiasa cuba melihat atau mejangka sentiasa mendapat sesuatu dalam bentuk hitam putih.
    Konflik akan timbul bila di depannya terdapat sesuatu yang kurang hitam dan kurang putih.

    Masalah itu pula timbul sama ada kerana realiti sebenarnya memang begitu, atau keterbasan ilmu dan keupayaan untuk mentafsir, atau kerana manipulasi melampau yang memerangkap.

    Dalam keadaan itu, manusia terdedah kepada kemungkinan untuk membuat kesilapan ketika membuat keputusan.

    Apa pun, tq Kak G.

    ReplyDelete