Saturday, December 19, 2009

UMNO/BN MAKIN LEMAH ?

KEADAAN LUAR BIASA
TINDAKAN MESTI LUAR BIASA


Kemenangan tipis, kekalahan di beberapa negeri pada PRU 12, masih menghantui UMNO/BN. Perbincangan tentang banyak faktor penyebab, sudah jadi klise dan membosankan.

NAMUN ;
. Lagak kehadiran di parlimen macam BN menang besar, tak serius dengan amanah dan amaran rakyat!
. Lagak bodoh sombong pemimpin UMNO memungkinkan kita berhadapan dengan satu lagi pilihanraya kecil yang memenatkan dan membuang masa dan duit rakyat!
. Lagak ramai pemimpin di negeri kalah masih macam dia memerintah!
. Lagak pengkritik dalaman, dari yang sudah bergelar negarawan, sampailah kepada bloggers, tak tahu membezakan kritikan membina dan kritikan membunuh!
. Krisis politik lampau cuba dibawa dan diwarisi oleh pewaris dan kumpulannya, sehingga barisan pemimpin muda yang sebenarnya cerdik tapi semakin dibadutkan di mata rakyat!
. Trend mengagungkan kejayaan silam, tidak mengkaji kelemahan silam, tapi memperlekeh usaha semasa, tidak membantu membina masa depan!
. Pemimpin dan ahli di bawah tak menampakkan bahawa mereka benar-benar engage dengan transformasi parti yang digerakkan Presiden.

LALU KITA TERFIKIR ;
. Sejauh mana segala faktor kekalahan sudah dikenalpasti?
. Sejauh mana strategi komprehensif sudah disusun mengikut prioriti?
. Sejauh mana prestasi jentera dan kualiti pelaksanaannya?
. Kalau semua itu sudah dibuat, apa yang kurang, apa yang perlu ditambah, sudahkah dikenalpasti?

DALAM NADA LAIN ;
. Sejauh mana kerja dilakukan secara kolektif, berpasukan, dengan satu comand?
Atau beberapa pemimpin membuat kerja mengikut cara masing-masing?

. Sudahkah pemimpin dari MT, negeri, bahagian, cawangan, terjaga dari mimpi?
Atau masih lena, semakin lena kerana kurang vitamin, kurang yakin, kurang macam-macam?

SEJUJURNYA ;
. Yang nampak serius memerah kepala, mengerah keringat, membanting tulang, cuma PM, TPM dan beberapa orang MT atau menteri. Yang lain ?
. Secara rambang,(ambil kira - & +), adakah kekuatan UMNO/BN meningkat? Macam tidak.
. Polemik di sayap, khususnya Pemuda mesti dihentikan. Krisis di Negeri/Bahagian mesti segera diatasi. Krisis parti gabungan mesti segera diselesaikan.

KEADAAN AGAK LUAR BIASA;

Strategi dan rancangan mesti luar biasa.
Semangat dan komitmen kerja juga mesti luar biasa.
Mereka yang Cuma buat kerja macam biasa, apa lagi tak buat kerja, adalah sabotaj kepada transformasi parti, mesti diambil tindakan.
Rakyat memang mahu kesan @ hasil dari perubahan
Tapi sebelumnya kerajaan mesti membuat
Tindakan yg mengejutkan & meyakinkan.

6 comments:

  1. TANDA-TANDA KEJATUHAN BN...??????? AHLI PARLIMEN BN PUN DAH TAK DE MOOD NAK GI PARLIMEN....MASING-MASING TENGAH BERGELUT DENGAN MASALAH DAN KORUPSI...

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Ya, tanda kejatuhan bukan sahaja nampak, malah sangat menjolok mata. Tapi proses transformasi dan kebangkitan setakat ini tampak tidak cukup untuk menimbusi tanda-tanda itu.

    Ramai di antara mereka masih asyik bermain air di tepi pantai, membina istana pasir, dan merenung kaki langit. Anak cucu yang sedang tercungap di tengah laut tak disedari.

    Kalau tsunami tak cukup menggugah mereka, mungkin halilintar yang membelah bumi akan tampil.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Bang Zainal..
    Since blog abang lebih menjurus kepada isu politik, saya mungkin takde pengetahuan yang mendalam tentang ini.

    Tapi apa yang saya tau, politik sekarang semakin kotor dan mereka sanggup lakukan apa2 saja asal boleh sampai ke atas. Di kaca tv, memang takde cerita lain dah, sampai naik muak..derang more to gaduh sesama sendiri tanpa menyedari, kesibukan mereka bertelagah telah menyebabkan mereka mengabaikan kebajikan masyarakat..persepsi masyarakat pun derang tak amik kisah..if you ask me, i'd say they're doing nothing different than before, worse maybe..

    ReplyDelete
  4. Felicia,

    Tq, pandangan yang jujur. Memang akhir-akhir ini, persepsi segolongan masyarakat menjadi kurang baik kepada politik.

    Walaupun u tak minat politik, tapi bagus untuk u memberi komen dan feedback, supaya mereka semua tahu apa yang rakyat fikir.

    Semoga politik dan kehidupan kita semua akan lebih baik di tahun baru.

    ReplyDelete
  5. Apapun, golongan yang menentang Islam seperti UMNO takkan mampu menewaskan tentera2 Allah....

    Kami umat Islam akan tetap teguh dan terus bangkit menjatuhkan UMNO munafik, penipu dan zalim...

    ReplyDelete
  6. Saudara MyVirtuous,

    Walaupun tak sealiran, adalah tidak adil untuk mempertikaikan keIslaman orang lain.
    Memang UMNO tidak perfect, tapi dari rekod, pencapaian, hasrat, perancangan, program dan vision, UMNOlah yang paling berkesan melaksanakan pelbagai kerja agama Islam kita.

    Sejujurnya, ini cuma polemik yang agak klise untuk kita perbincangkan.

    Apa pun t.kasih atas perhatian saudara kepada catatan saya.

    ReplyDelete