Tuesday, December 29, 2009

CINA MB? OH ! LIBERALNYA NIK AZIZ !

BUKAN MELAYU JADI MB KELANTAN?

Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada bukan Melayu beragama Islam menjadi MB. Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.

"Dasar Islam adalah dia orang Islam, akhlak baik cukuplah, tak kira bangsa, tidak ada kelebihan bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali takwa. Kalau orang Arab jahat, saya akan kempen tak beri, saya akan lawan, tapi kalau Cina baik, saya akan sokong jadi MB, ini boleh meluaskan keadilan Islam di Malaysia." (petikan U. Malaysia)

ULASAN:
Saya fikir, itu bukan kenyataan tuntas dan asli seorang ulamak atau seorang pemimpin Melayu. Mungkin betul dia ulamak, tapi nampaknya dia juga dalam keadaan confuse, sedang terperangkap/terbelit dengan ‘kekeliruannya sendiri’.
Secara jelas, dengan platform, latar, status, malah realiti dirinya, kenyataan tersebut sangat jelas satu kenyataan politik, dari seorang yang sedang merengek, terus merengek, untuk mendapat sokongan.

Merengek sambil memberi; dapat
Merengek, terus memberi lebih banyak; dapat sikit.
Merengek, terus memberi lagi banyak; kena gigit….
Kena gigit, terus kena gigit; tapi tak rasa sakit,
Sebab terus hayal dan mabuk akibat dapat sikit yang dulu
Terus tak dapat, atau terus dapat sikit, tapi terus kena gigit,
Tapi terus beri banyak,
Beri lebih banyak, lebih banyak !!!
Terus kena gigit! Hayal!!!
Oh! Tuhan!


Kita kena faham, ada beza antara sesuatu yang ideal, dengan realiti semasa yang ada di depan mata, apatahlagi dengan realiti yang tak terjangka dan tak terjangkau.
Saya fikir, mungkin kita akan sampai ke tahap itu, secara proses natural, tapi jika satu usaha drastik cuba dibuat seperti percubaan Nik Aziz itu, apatahlagi melihat senario semasa, kebarangkalian terdedah kepada manipulasi dan eksploitasi sangat besar.

Nik Aziz juga sebenarnya mendedahkan dirinya kepada kemungkinan dituduh cuba 'blame' kejadian tuhan (nauzubillah)kerana Tuhan sendiri yang mencipta dan mengiktiraf bangsa-bangsa, dengan wilayahnya. Lebih baik cari sebab dan kekuatan di sebaliknya, bukan cari jalan mudah seperti itu.

Semoga kita tidak mudah terperangkap dengan kenyataan yang kononnya Islamik, tapi sebenarnya cuma bertopeng Islam, tidak patriotik, dan tidak futuristik.

Waalahua'alam.

4 comments:

  1. Hi Bang Zainal..

    sekali lagi saye datang menziarah..hik hik..tapi jangan gelak kalau idea saya cetek ye...

    Bang Zainal, for someone like me yang kurang mengikuti perkembangan politik, tak bermakna saya kurang pengetahuan agama. Setahu saya, pemimpin sesebuah negara/negeri, salah satu syaratnya adalah beragama Islam. Sebab itulah Sultan kita Islam, dan PM kita Islam.

    Jadi kenapa Nik Aziz yang ternyata kuat pegangan agamanya boleh berkata sedemikian rupa? Saya tidak menafikan hak kaum lain, tetapi memandangkan ia keluar dari mulut seorang insan yang dianggap wira oleh sebilangan masyarakat, ia menjadi amat janggal dan pelik di pendengaran saya..

    mungkinkah saya yang kurang peka, bang zainal boleh perjelaskan lagi..:)

    ReplyDelete
  2. Lain la kalau dia cina islam..mungkin kott..tertinggal plak ayat ni tadi

    ReplyDelete
  3. Hi Felicia,

    Betul, Nik Aziz sebut cina Islam.
    Tapi dia bercakap atas sifatnya sebagai Bos Dewan ulamak PAS.
    Motif politik. Dia cuma buat simpel logik kononnya berasaskan Islam, tapi tiada langsung nilai analisis kesan jangka pendek dan jangka panjang.
    Saya berpendirian,kenyataan itu keluar dari gerak hati seorang ahli politik yang sangat dahagakan sokongan bukan Melayu, tanpa sedar dia sedang 'berjudi dan bergadai'.

    ReplyDelete
  4. Aha..nanti saye cakap lebih2, kena ISA plak..gerun. mekasih for the explanation ye Bang Zainal

    ReplyDelete