Pages

Tuesday, October 13, 2009

OH ! ONG TEE KIAT

ORANG LAIN MAKAN NANGKA
UMNO PULA DIKENAKAN GETAHNYA

Sudah menjadi semacam budaya pembangkang, apa sahaja perkara negatif yang berlaku di sekeliling akan cuba dikaitkan dengan UMNO. Kali ini krisis dalaman MCA yang tidak ada kaitan dengan UMNO pun cuba dikaitkan.

Tuduhan yang mengatakan UMNO perancang kejatuhan Ong Tee Kiat, sangat tidak adil dan berniat jahat.

Tetapi seperti biasa:

Penjenayah yang mati, UMNO yang salah.
Orang mati jatuh bangunan, UMNO salah
Skandal gambar bogel diambil boyfriend, UMNO yang salah.
Ada orang usung kepala lembu UMNO salah
Ada pemimpin Melayu dungu luluskan kuil UMNO salah
Pembangkang kalah pilihanraya, UMNO salah
Mangsa liwat buat repot, peliwat buat onar, UMNO salah
Apa sahaja… UMNO berjaya disalahkan di mata sebahagian rakyat

Parti-parti pembangkang cukup kaya dengan segerombolan tukang karut yang apabila mereka bercakap, pengikut akan percaya bulat-bulat. Tukang putar ini pula disanjung macam wira. Rakyat yang kurang faham, akan dengan mudah dikelirukan.

3 comments:

  1. Ye lah tu pak jenal. UMNO tu ok dan banyak juga yang tak ok. sama-samalah kita betulkan mana-mana yang tak ok ye

    ReplyDelete
  2. PEMBANGKANG DAH TAK DE MODAL. LAGI PUN PENYOKONG DEPA TU TARAF SAMPAH, PENYOKONG YANG TAK PUNYA AKAL PANJANG BILA DENGAR PEMIMPIN BERCAKAP.

    SAYA TAK KESIANKAN UMNO, TAPI SAYA KESIANKAN PENYOKONG PEMBANGKANG YANG TERUS-TERUSAN DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN DEPA TU....

    ReplyDelete
  3. Pengamal demokrasi yang matang hanya berbalah pendapat atau berkempen ketika proses pemilihan berlangsung. Selepas kerajaan dipilih, atau selepas proses pemilihan berakhir, sebagai rakyat yang patriotik, sokongan perlu ditumpukan kepada usaha membangun negara dan membela rakyat. Tetapi kita sekarang melihat sekelompok manusia yang 24 jam sehari, 360 hari setahun, sepanjang masa, secara ekstrem, pemikiran dan fokusnya hanya untuk menghancurkan UMNO dan BN. Politik sebegini sangat merugikan rakyat, dan membahayakan negara, kerana seringkali mereka secara tak sedar menjadi tak patriotik dan anti nasional.

    ReplyDelete