Pages

Wednesday, January 6, 2010

AKIBAT POLITICAL GAME YANG TERLAMPAU

BILA SI KITUL DAPAT LABU DARI SI LUNCAI
APA LAGI YANG AKAN TERGADAI ?


Bermula dengan mencabar hak & ketuanan Melayu,
Kemudian memperlekeh dan mempersoal kedudukan & kuasa raja,
Sekarang nama Allah pula menjadi pertaruhan.


Pertama, saya melihat ini sebagai kesan klimaks kepada political game Melayu yang terlampau. Kegelojohan kepada kuasa, persaingan dan tawar-menawar, telah menjadikan Melayu yang menjadi bangsa teras kini mengemis simpati dari golongan minoriti dan seperti sanggup sujud dengan memberi pelbagai “tawaran istimewa”.

Kedua, jangan lupa bahawa setiap kali Melayu atau Islam lemah, orang lain akan dengan rakus menyabit dan menuai di bendang kita, sedangkan kita tertiarap cedera asyik bertikam sesama sendiri, hanya mampu melihat mereka menuai, sambil menyorok di celah semak.

Islam akan dipandang rendah, diperlekeh, bila penganutnya lemah dan bercakaran sesama sendiri. Penganut Islam di sini ialah 'Melayu', maka sikap memperlekeh Melayu yang dianggap tidak penting, kononnya Islam yang diperjuangkan, adalah perangai politikus yang separuh masak, yang dangkal tentang Islam dan survival masa depan, terperangkap dalam ideal rekaan barat, tetapi jumud dan taksub dengan diri sendiri.

Ketiga, kristian secara tradisinya, akan mencari sebab untuk memperlekeh dan menyaingi Islam di setiap pelosok yang dia boleh masuk, dengan strategi yang berbeza. Di bahagian lain di dunia, nama Allah langsung tidak penting pada mereka, tapi di sini mereka bermati-matian mahu menggunakan nama Allah. Itu adalah strategi di Malaysia.

Sangat malang apabila ada pemimpin Melayu berlagak telus dan terbuka, menjadi si kitul yang membukakan pintu untuk tikaman belakang yang sangat melukakan kepada bangsa dan agamanya sendiri.

Umat Islam patut bertenang, jangan memberi reaksi rebel, tetapi kita tidak boleh duduk diam sehingga memberi gambaran bahawa kita sudah sangat bersedia untuk dipijak-pijak dan dilumatkan. Kita perlu bangkit, beri isyarat dengan sangat bijak dan wajar.

Semoga Allah memberi petunjuk dan kiambang kembali bertaut.

6 comments:

  1. Hi Bang Zainal..

    Kes ni kan, macam sunyi sepi je kat Sarawak..Sorry ye bang zainal, tapi saya tengok kat sini, macam takde apa2 je..rilek je sesama geng non-muslim duduk kedai kopi makan breakfast, takde masalah pon. Sarawak ada banyak etnik, bangsa tapi boleh je idup satu bumbung. kawan baik saya sendiri pon non-muslim. hujung minggu pun saya bley duduk lepak dengan kawan-kawan cina..bergelak ketawa sama-sama..

    Tah lah bang zainal.. kadang2 perkara begini hanya akan membangkitkan lagi isu perkauman antara kita..tak boleh ke kita berdamai saja.. lepas satu, satu..tak habis2..bosan!

    ReplyDelete
  2. nurayunni,
    tq sudi ziarah.
    semoga dapat terus bertukar pendapat, demi kebaikan generasi yang bakal kita tinggalkan.

    ReplyDelete
  3. Hi Felicia,
    Di negara macam kita yang multi racial ni, dengan keadaan politik yang begitu, memang akan muncul banyak 'demagogue' yang suka mengacau air yang tenang.
    Tanpa permainan mereka, masyarakat di bawah memang asalnya aman.
    Sebab itu kita sangat perlu ISA, sebagai kaedah memadam api masa dia kecil. Bukan tunggu dah besar, marak membakar, baru nak sedar.
    Tq, mahu share pengalaman.

    ReplyDelete
  4. Silaturahmi, salam kenal dan persahabatan!
    Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal, kepadanyalah semua manusia kembali!

    ReplyDelete
  5. nuansa pena,
    Tk, salam persahabatan.
    Sangat penting ide tentang jatidiri & kekuatan, dari dua negara satu rumpun dan satu akar, dikolabrasikan bagi menjana masa depan yang hebat.

    ReplyDelete