Thursday, January 28, 2010

JALAN KELUAR untuk ZULKIFLI

ZUL DIPERSIMPANGAN

UMNO parti yang memiliki sejarah peranan dan sumbangan yang luas. Tapi kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan dalam proses pembetulan. Tahap mana ‘TRANSFORMASI’ itu kini berada, kita kurang pasti. Tapi usaha sudah dibuat, kesannya sudah mula kelihatan. Kekuatannya terletak kepada memelihara induk kuasa Melayu dan menghormati kebersamaan.

PKR parti baru pelbagai kaum yang asas perjuangannya ialah ‘hak ketuanan Malaysia’. Melayu dan Islam nampaknya bukan agenda utamanya, malah seolah-olah cuba memecahkan tradisi dan struktur yang ada. Parti ini juga sedang menghadapi perpecahan pemimpin, dan kemerosotan sokongan orang Melayu. Kekuatannya terletak pada personaliti Anwar dan perjuangan hak sama rata semua kaum.

Zulkifli Nordin
Seorang tokoh politik yang memiliki kredibilitinya tersendiri.
Objektif memperjuangkan hak dan kedudukan Melayu dan Islam, di samping menghormati hak bukan Melayu. Beliau menghormati struktur asal politik dan sosial Malaysia seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Kerana mempertahankan prinsip asas kenegaraan Malaysia, beliau telah beberapa kali berpolemik hingga ke tahap krisis, dalam parti, mahupun dalam pakatan pembangkang.

Sebagai seorang idealis, dia telah mencuba dengan sangat gigih untuk menegakkan dan memelihara struktur yang ada, untuk meyakinkan partinya dan rakan dalam pakatan bahawa bebera dasar dan tindakan mereka tidak betul, dan tidak menepati aspirasi nasional.

Namun kini dia di persimpangan, terhimpit ke sudut, dan bergelut memastikan survival dalam parti. Antara prinsip, maruah diri, idealisma yang diyakini dan diperjuangkan, demi menjaga kredibiliti, dia sebenarnya sudah sampai ke tahap mesti membuat keputusan sendiri, tanpa bergantung atau menunggu ‘dijatuhi hukuman’.

Pilihan yang ada ialah;
Pertama; bertahan dalam PKR dalam keadaan berseorangan, dan cenderung untuk mendatangkan kesan yang minima dalam setiap isu yang diperjuangkan. Berdasarkan perbezaan prinsip asas partinya, beliau akan terperangkap dengan konflik yang tidak berhujung. Namun keupayaan untuk menegur pemerintah tentu lebih luas.

Kedua; menyertai UMNO dan meneruskan segala hasrat dan perjuangan yang lebih mirip. Namun dia mungkin akan menghadapi konflik @ krisis kredibiliti, dan mungkin agak memakan masa untuk memulihkannya, tapi tidaklah terlalu sukar. Budaya dalam UMNO mungkin membataskan beliau untuk membuat pelbagai teguran, atau mendapat tempat penting dalam Kepimpinan. Namun beberapa perubahan sudah dibuat, keadaan berubah. Sistem pemilihan begitu terbuka. Budaya menegur semakin subur.

Ketiga; Menjadi ahli bebas. Dia boleh meneruskan stail dan prinsipnya. Dia berupaya menegur kedua-dua pihak – BN dan PR. Dan dia mungkin akan lebih mendapat fokus yang lebih dari rakyat yang di atas pagar dan ahli parti yang tidak puas hati kepada kepimpinan masing-masing. Namun, kelemahannya ialah dia mungkin kekurangan platform, walaupun mungkin tidak menghadapi masalah ‘crowd’.

Fenomena Ibrahim Ali dan Senario Semasa
Ibrahim Ali ialah seorang yang terkenal kelantangannya, konsisten melaungkan kepentingan Melayu/Islam, sentiasa memberi teguran kepada kedua pihak- kerajaan dan pembangkang, secara berkesan. Walaupun imejnya pernah tercalar dan cuba digambarkan oleh setengah pihak sebagai suka bertukar parti, namun kehadirannya dalam senario politik semasa menjadi sangat dirasakan.

Dengan kedudukan parti-parti politik Melayu yang lemah ketika ini, tawar-menawar antara Melayu-cina-india semakin memuncak, Melayu dilihat semakin kurang mendapat pembelaan dari parti politik yang ‘terdesak & didesak’ itu.

Perjuangan Ibrahim Ali sangat releven ketika ini, namun dia kelihatan berseorangan. Zulkifli Nordin adalah tokoh yang memiliki kredibiliti tinggi untuk masuk dalam senario itu dan menjadikan suara Melayu dan Islam kembali segar dan berkesan.

6 comments:

  1. selamat pagi pak ^^

    kunjungan perdana,terima kasih sudah mengunjungi blogku .
    salam kenal ^^

    ReplyDelete
  2. Berpolitik ini jika punyai kejujuran & perjuangan yang kukuh tinggal di mana parti pun akan ramai pengikutnya.

    Tak kisah tidak mendapat tempat di puncak tetapi cukuplah jika diterima segala teguran & wawasan kita.

    Susah-susah masuk ke NGO.

    ReplyDelete
  3. zulkifli & ibrahim ni sape lak bang Zainal? baca je entry bang Zainal ni, tapi tak kenai la sapa depa. hik hik..

    kalau cerita pasal bang zainal, takpe gak..kenai gak saya..boleh la komen2 kumis manis tuh..hik hik..
    oppsss! gurau saja..

    selamat hari selasa yek..

    ReplyDelete
  4. Senja,
    Terima kasih.
    Selamat berkarya.
    Salam jakarta.

    ReplyDelete
  5. iDAN,
    Terima kasih sudi singgah.
    Ya, Parti cuma paltform.
    Tapi platform yang baik pun sangat penting.
    Dan kredibiliti seorang tokoh pula menjadikan dia dihormati, partinya dapat sokongan.
    Saya sekadar melakar senario. Zul tentu lebih tahu, arah yang mahu dituju.

    ReplyDelete
  6. Felicia,
    Apa lah ada pada kumis...
    Apa pun selamat menerobos pemikiran politik Malaysia.
    Terima kasih Felicia.

    ReplyDelete