Pages

Monday, June 22, 2009

PEMIMPIN:JIWA BESAR@CITA-CITA BESAR?

Isu Perpaduan, Apa Bezanya
BERJIWA BESAR & BERCITA-CITA BESAR?


Perdebatan tentang kerajaan perpaduan yang berlaku sekarang ini sekurang-kurangnya telah memperlihatkan kepada masyarakat tentang ciri atau kepribadian sebenar para pemimpin yang ada di hadapan mereka. Pendedahan itu sepatutnya memudahkan mereka membuat penilaian siapakah pemimpin sebenar yang patut mereka dukung, dan siapakah yang tidak layak untuk berada dalam gelanggang politik.


PEMIMPIN BERJIWA BESAR

Semakin tinggi diberi kuasa, dia semakin merendah diri, semakin tawaduk
Menghadapi setiap isu dan krisis dengan positif dan optimis.
Bersedia melupakan perselisihan, bersifat pemaaf dan bersikap terbuka.
Bersifat pelindung, sentiasa menasihat, tapi turut sedia menerima pandangan/teguran
Kepentingan rakyat keseluruhan sentiasa diberi keutamaan.


PEMIMPIN BERCITA-CITA BESAR

Semakin diberi kuasa, dia semakin tamak kuasa, tidak mahu berkongsi, angkuh.
Menghadapi isu dan perbincangan dengan prejudis/prasangka dan pesimis.
Bersikap memendam rasa, pendendam dan jumud.
Bersifat penakluk, diktator. Sentiasa mahu memberi nasihat dan arahan, tetapi
tidak bersedia menerima nasihat dan terguran.
Sentiasa memikirkan kepentingan diri atau kelompok kecil, bukan rakyat keseluruhan.

Rakyat sepatutnya tidak terkeliru menilai pemimpin berdasarkan imej dan label semata-mata, dan mereka seharusnya tahu meletakkan seseorang tokoh di tempat yang sepatutnya...

2 comments:

  1. Lu sindih siapa ni bro? Abby

    ReplyDelete
  2. Rakyat harus faham beza antara kapten bola juara liga di Kota Bharu, dengan kapten pasukan juara piala dunia. Jangan suruh Lee Chong Wei mengetuai pasukan bolasepak kebangsaan. Dan begitulah jangan sembarangan meletakkan seorang guru pondok sebagai negarawan. Dia boleh jadi guru pondok terbaik di dunia, tapi jangan paksa dia bertelur emas, jadi pemimpin agung - kononnnya.

    ReplyDelete