Wednesday, June 17, 2009

PERPADUAN: IKHLASvsPRASANGKA

PERPADUAN:
IKHLAS VS PRASANGKA



Sejak berlaku kegawatan politik beberapa tahun lalu, kita lihat beberapa perlakuan negatif semakin meningkat. Sikap biadap, kurang ajar, prasangka, tuduhan dan tuntutan melampau, provokasi dan dengki, bercampur baur dalam masyarakat. Di tengah-tegah kemelut itu, tiba-tiba Datuk Seri Najib melahirkan keyakinannya terhadap keikhlasan, orang yang boleh dianggap setengah orang sebagai musuh politik UMNO, Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang, untuk berbincang.
Saya fikir, hati kita patut tersentuh bila menghayati bahawa kenyataan itu dikeluarkan oleh Najib juga dengan ikhlas (dari psikologi riak wajah dan patah-patah perkataan yang diungkapkan). Rakyat, terutama para pemimpin, lebih khusus lagi pemimpin Melayu, patut mengambil iktibar dari keikhlasan pemimpin nombor satu itu. Kenyataan yang ringkas tapi penuh makna dan implikasi. Semoga semua pihak mula mengendurkan setiap ketegangan, membuang prasangka, melihat ke depan dengan cara yang lebih baik.
Akhirnya, keikhlasan itu akan teruji tahap dan kualitinya, dari sejauh mana pihak yang terlibat dalam perbincangan itu sanggup mengenepikan ego dan prasangka, citarasa dan cita-cita peribadi, dan memberikan keutamaan yang hakiki kepada masa depan bangsa.
Sebarang unsur seperti kebimbangan satu pihak kepada kemungkinan diperalat oleh pihak yang lain, atau kecelaruan emosi dari rekod sejarah yang negatif dari perspektif masing-masing, adalah gangguan kepada keihklasan yang patut dikikis.
Dalam persekitaran yang Melayu sudah terhimpit di sudut, saya optimis, bahawa kedua-dua pemimpin itu akan berupaya memikir dan merangka sesuatu yang penting untuk survival bangsa Melayu, dan negara Malaysia. Marilah kita berdoa agar kita akan melihat tahap seterusnya yang lebih positif dari keikhlasan tersebut.

4 comments:

  1. Melayu mudah lupa... maka bersatulah wahai Melayu... Namun Bumiputera juga tidak dilupa... oleh itu bersama-samalah kita bersatu...

    ReplyDelete
  2. saya setuju, sebenar konsep kongsi kuasa yang diamalkan selama ini adalah kerajaan perpaduan. Cuma kerajaan parpaduan dengan DAP dan PKR itu mustahil sikit sebab dengan PAS itu jelas. Kerana Islam dan Melayu

    ReplyDelete
  3. Salam....,

    Saya terkejut ketika sedang minum pagi, bila tiba-tiba seorang Melayu Islam berkata..."Buat apa dan bersatu pulak, dah teruk baru nak ingat". Saya lantas teringat apa yang ditulis oleh Us. Asri, mantan Mufti Perlis, bahawa orang islam yang menolak perpaduan sesama islam itu, seperti dirasuk syaitan. Terdetik hati saya....tentunya Nik Aziz juga sedang dirasuk syaitan....kerana menolak perpaduan yang dicetuskan oleh Hadi Awang...Subhanallah.

    ReplyDelete
  4. Nik Aziz bukan maksum. Bahawasanya dia tak mahu terima teguran, bahawasanya dia menolak perpaduan, bahawasanya dia menuduh orang UMNO komunis, bahawasanya dia sedia bekerjasama dengan syaitan untuk menang, bahawasanya dia kata pemimpin yang kaki mencarut itu ok, bahawasanya dengan angkuh dia mencabar orang untuk berdebat; rakyat boleh menilai sendiri.
    TETAPI - Bahawasnya NIK AZIZ sudah berjaya dalam propaganda, mencipta lebel pada dirinya, sehingga pengikut sanggup telan apa sahaja yang dimuntahkannya, itu kita kena hantar semua student propaganda untuk belajar dengan dia.

    ReplyDelete