Pages

Monday, June 29, 2009

MANIK URAI: PAS ANGKUH - GENTAR

UMNO : SAKIT - BANGKIT





Pembalakan aktif di Manik Urai







PAS, NYIOR YANG LESU, DEDAUN KERING YANG RAPUH




MANIK URAI-Pas berasa dirinya masih kuat seperti sebelum PRU 12, dengan meletakkan calon dari luar Manik Urai, kerana masih yakin pengikutnya tetap setia. Walau siapapun yang dinamakan, keputusan presiden tetap dihormati.
Sedangkan UMNO yang dikatakan mempunyai ahli semasa yang kurang setia, suka berbalah berebut kerusi, calon yang dipilih presiden pun sering dipertikai, kali ini dengan rendah diri mendepani rakyat dengan calon lokal yang khabarnya begitu rapat dengan masyarakat.
Seperti beberapa pilihanraya kecil yang lepas, isu besar yang masih berlegar dalam parti itu ialah rapuhnya perpaduan, komitmen, kesetiaan kepada parti dan pemimpin, jentera yang lemah, tak terkordinasi dan tak berkesan, masih menghantui.
Kelemahan itu tentu sudah lama diketahui tapi ternyata masih gagal diatasi. Ia sudah menjadi pengetahuan umum, malah menjadi lagu iringan yang begitu mengasyikkan PAS, DAP dan PKR.

Yang paling menarik untuk diperhatikan dalam pertarungan kali ini ialah antara;
PAS yang angkuh seperti arnab tangkas, mendapat sorakan sokongan, sedang seronok bebulan madu dengan lempahan harapan rakyat, tapi dia mungkin boleh terlena.
UMNO/BN yang malu dan rendah diri seperti kura-kura yang sedar lemah tapi terus berusaha memperbaiki diri dan membina keyakinan sesama sendiri.
Untuk terus menjadi arnab yang gembira bukan mudah bagi PR, kerana sifatnya yang semakin angkuh akan menyebabkan dia tersandung jatuh. Sorakan akan semakin berkurangan, bila penyokong makin kenal arnab cuma tahu berlagak, tak tau berlumba.
Untuk BN kembali dari kura-kura menjelma semula menjadi singa, mereka mesti bersedia menghadapi proses yang menyakitkan. Kalau terus terbuai dengan zaman kehebatan yang telah berlalu, kura-kura boleh jatuh ke sungai, lepas ke laut luas tak dapat dikesan.


2 comments:

  1. bang,
    rasanya UMNO lagi kuat angkuhnya. kadang-kadang nak muntah tengok keangkuhan orang UMNO sekarang.

    ReplyDelete
  2. Orang yang angkuh memang tak layak jadi pemimpin.Rasa nak muntah tu bukan saudara seorang, saya pun, malah ramai yang tak mau undi calon-calon BN tu pun tentu macam tu. Tapi sebagai sebuah parti, tak ada sebab untuk kita ketepikan UMNO yang sangat berjasa dan tak ada alternatifnya. Sebagai sebuah kapal yang telah membawa kita belayar sejauh ini, kalau ada sikit rosak dan bocor, marilah kita tampal dan baiki. Kapal ini terbukti berjaya, destinasinya jelas, strukturnya hebat, dan boleh dibaiki. Jadi, kita jangan biar tenggelam. Sama ada kita akan sama karam, atau kita berenang mendapatkan tongkang di seberang yang belum pasti nakhodanya, penghuninya, dan destinasinya.
    Samudera ini terlalu luas dan bahaya untuk kita biar anak cucu harungi dengan sikap kita yang 'cincai'.

    ReplyDelete