Pages

Thursday, February 18, 2010

"SI KITUL, 'GUINEA PIG' & BOM JANGKA"

RUPANYA DIA BUKAN SI KITUL,
DIA BUKAN SI LUNCAI,
Dia adalah 'guinea pig' dan bom jangka !!!


Sejarah adalah cermin untuk kita membentuk masa depan yang lebih baik. Sejarah juga adalah asas kepada pengukuhan jatidiri dan patriotisma. Tetapi sejarah juga menunjukkan bahawa keruntuhan sesuatu tamadun, atau kemusnahan sesuatu bangsa itu ialah apabila mereka tidak lagi menghormati sejarah sendiri, malah memperlekeh, lebih buruk lagi cuba memadam sejarah.


Itulah yang sedang berlaku di depan mata kita. Sekumpulan 'guinea pig', serigala jadian, haiwan aneh dan luar biasa yang terhasil dari ujikaji makmal yang gagal, dengan pimpinan dan strategi, serta kelakuan luar biasa, seperti menikam dada sendiri, menikam anak dalam kandungannya sendiri, membakar kelambu malah rumah sendiri, dan membongkar, membakar pusara nenek moyangnya sendiri.
Siang berwajah tampan menawan, tuturnya sopan memikat, malam bertukar menjadi liar, penuh nafsu, tiada perasaan, tiada pertimbangan, mampu berbuat apa sahaja.

Kita tentu tidak pernah terfikir akan berhadapan dengan kumpulan seperti itu, yang motifnya mahu melumpuhkan apa yang dianggap musuhnya, sedangkan yang dihadapi ialah saudara kandung, dan yang sedang dimusnahkan ialah generasi yang bakal dilahirkan. Matlamatnya cuma satu: KUASA.

"Setelah MENGGADAIKAN KETUANAN MELAYU, MENGHUMBANKAN RAJA MELAYU KE HUJUNG KAKI, MEMPERDAGANGKAN ALLAH TUHAN YANG ESA; hari ini dia membuka pintu kota MENGHERET MASUK SERIGALA LAPAR YANG SENTIASA MENUNGGU UNTUK MENYIAT-NYIAT MANGSANYA."

Kalau dulu, si Kitul membuka pintu kota membiarkan musuh masuk membawa pedang dan lembing, hari ini serigala jadian yang terlepas itu bersama serigala lapar asing, mengendung bom jangka yang tak terjangka kekuatannya. Barangkali beribu kali lebih hebat dari tragedi Hiroshima. Beribu kali lebih hebat dari kehancuran di Iraq.
Hari ini kita semakin tahu, dia bukan si kitul, dia bukan si luncai.
Dia adalah serigala jadian yang terlepas !

Wahai Seluruh Umat Melayu .... BUKALAH MATA !!!

3 comments:

  1. Hi Felicia,
    Siapa.. hm..U boleh jadikan ini satu latihan kreativiti.
    Sorry, lama tak sempat jenguk blog u yang ceria tu.

    ReplyDelete
  2. latihan memerah otak ek?
    baiklah, saya sahut cabaran..
    hehehe
    takpe..pastikan bang zainal sihat sentiasa yek

    ReplyDelete